Raja segala Beruk berkata kepada pengikut-pengikutnya, "Kita menyerah memorandum itu menuntut supaya Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri Parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar 50 ahli parlimen negara itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia serta satu permohonan maaf daripada Danby bagi pihak 50 ahli Parlimen itu".
Raja segala Beruk yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata memorandum itu juga menggesa Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 Ahli Parlimen negara itu.
"Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan daripada pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," kata Raja segala Beruk selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia, Penny Williams di sini, hari ini.
Dalam pertemuan kira-kira 15 minit itu, Raja Beruk berkata, Williams memberi jaminan bahawa kerajaan Australia tidak ingin campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia dan tidak mahu membuat satu pengadilan terlebih dulu berhubung perbicaraan Datuk Seri Anwar. Walaupun ini tidak datang dari kerajaan Australia, tapi kita menganggap ini adalah serius sebab 50 Ahli Parlimen itu menjadi wakil rakyat kepada Australia.
"Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan di Australia sehingga mencetuskan satu keadaan di mana campur tangan itu lebih ketara daripada apa yang kita lihat dua tiga hari lalu," kata Raja beruk tersebut..
Kira-kira 500 ekor Beruk terdiri daripada Pemuda Umno, Pemuda MIC dan ahli NGO belia menyertai perarakan aman yang bermula dari sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng.(Tengok macam 50 ekor jer)
Turut menyertai Raja Beruk ialah parti Muka Sakti turut menyerahkan memorandum sebagai bantahan terhadap campur tangan itu dengan berkata, akan ada lebih banyak bantahan jika Ahli Parlimen Australia itu tidak menghentikan campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia.
"Kami mahu memastikan mereka melakukan ini buat kali terakhir. Kami akan terus bantah jika mereka tidak berhenti di sini. Ini ingatan keras kepada semua Ahli Parlimen Australia," kata Raja Beruk dengan penuh semangat.
Kemudian adalah seekor beruk gatal mulut mengajukan pertanyaan kepada Raja Beruk............... "Kenapa dahulu tuanku memanggil orang buat demotrasi sebagai beruk dan apa kurangnya kita".............. "Celaka kamu, pandai-pandai tanya soalan bodoh". Kata Raja Beruk itu lagi, " Kita Beruk gred A........... orang-orang itu Beruk gred D-"............. Beruk tersebut terpinga-pinga lalu bertanya balik, " Gred A ke............. gred D- ke........... bukankah sama-sama spesis". Lalu tergaru-garu kepala Raja Beruk tersebut sambil dalam hatinya berkata, "ikutkan hati.............. aku terajang Beruk ni sekor............ banyak soal pulak............ dahlah nak suruh mai pun............ kena upah pisang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan