Allah mencipta setiap hambanya menjadi makhluk yang taat, begitu juga syaitan. Pada asalnya, syaitan juga beriman kepada Allah. Namun, makhluk yang diciptakan daripada api ini ingkar kerana enggan sujud kepada manusia pertama bernama Adam. Lalu, syaitan disingkir dari syurga dengan kehendak Allah. Umat Islam tahu kisah yang diceritakan dalam al-Quran ini yang membawa kepada penyingkiran Adam dan Hawa akibat diperdaya syaitan, malah turut diceritakan dalam Bible bab Genesis.
Kita tidak boleh terus kata Dajjal itu diciptakan sebagai makhluk kufur sejak dari permulaan dia dilahirkan. Allah tidak mencipta makhluk yang dianugerahkan akal untuk diazab, azab itu hanya diturunkan selepas sesuatu makhluk itu ingkar setelah disampaikan petunjuk dan hidayah. Allah Maha Adil, Dia tidak sekali-kali akan menghukum sesuatu makhluk tanpa kesalahan.
Jadi, apa kesalahan Dajjal yang membuatkan dia kufur, lalu Allah jadikan dia sebagai janji terhadap ancaman paling besar kepada umat manusia di akhir waktu? Amat penting untuk merungkai persoalan ini dengan
Namun malangnya dalam tajuk ini, kami tidak dapat mengesan siapakah orang yang menyebarkan doktrin agama sesat sejak dari permulaan sejarah sehingga melahirkan agama pagan yang terus wujud sehingga hari ini. Orang itu begitu licik dalam menjalankan kerjanya. Kami hanya menemui kesan iaitu agama pagan yang ditinggalkannya sahaja. Lalu, kami hanya mampu membuat loncatan ‘jump to conclusion’ iaitu orang itu adalah Dajjal. Tetapi, kami tidak tahu dengan nama apakah Dajjal beroperasi ketika menyemai agama pagan di dunia pada ribuan tahun dahulu.
Jika ketika operasi meninggalkan kod-kod kehadirannya di seluruh dunia, Dajjal memperkenalkan dirinya sebagai Horus, Merlin dan sebagainya melalui mitos-mitos dan kisah-kisah lagenda. Namun, apakah nama yang digunakan manusia aneh ini ketika menyebarkan agama pagan? Tinggalkan persoalan ini sehingga bab-bab akan datang.
Kita semua sudah tahu tamadun Babilon mewariskan agama pagan kepada dunia, kesesatan yang menjadi ibu kepada kekufuran lagi syirik terhadap Tuhan Yang Satu. Babilon adalah kuasa besar dalam tamadun kuno, tamadun ini juga mewariskan ramai keturunan dari darah pemerintahnya yang menjadi pemimpin dunia hari ini. Keturunan Babilon ini terus hidup dengan semangat survival yang tinggi, menyelinap masuk ke dalam kaum-kaum nabi terdahulu berbekalkan sifat munafik dan fasiq, mereka sanggup berbuat apa saja untuk terus hidup dengan melahirkan generasi-generasi baru sehingga akhir zaman. Kuasa-kuasa besar dunia hari ini adalah New Babylon,
Bangunlah, kita cipta sejarah baru, kita cipta sejarah baru mengenai umat yang gemilang, terbilang, bermaruah dan tidak menunduk segan di hadapan orang pagan. Jangan hanya duduk diam dan hanya mampu berbangga dengan sejarah kegemilangan generasi Islam terdahulu yang sudah menjadi bahan sejarah. Buatlah sesuatu, jika kita mampu buat sesuatu secara ‘think global’ , maka buatlah dengan berbekalkan segala sumber yang ada. Tetapi jika kita hanya mampu ‘think local’ , maka buatlah. Jangan berasa kecil dan membandingkan diri dengan ulama besar jika kita hanya mampu mengajak seorang sahaja jiran pergi ke surau setiap hari kerana kita hanya ‘think local’. Tetapi yakinlah, jika semua orang hanya mampu buat ‘think local’ secara serentak, maka ia juga akan menjadi ‘think global’.
Bersambung
Bersambung
1 ulasan:
salam tuan punya blog..
saya amat berminat dengan tajuk dajjal dan saya telah mengumpul maklumat yg banyak tentang dajjal,namun semuanya telah hilang selepas saya di tangkap dan dipenjarakan..
saya pernah ada satu kitab lama dari moyang saya ada cerita tentang dajjal.dari apa yang saya tahu,dalam ayat quran pun banyak kisah tentang dajjal.
setahu saya sejarah dajjal melangkau 4 nabi.ada keterangan dajjal al maisih sebab lahir dizaman nabi isa dan mati ditangan nabi isa,sebab tu dia guna al masih.namun nabi khidir pernah bertemu dajjal,nabi muhammad s.a.w juga pernah bertemu dajjal,namun kedua2 nabi ini tidak membunuh dajjal.mengikut satu hadis sahih nabi pernah bertemu dajjal sebanyak 3kali,ada sahabat bertanya kenapa nabi tidak membunuh dajjal,jawab nabi sesungguhnya allah telah menetapkan kematiannya ditangan nabi isa diakhir zaman dan itu yang terakhir nabi berjumpa dajjal.kalau baca kisah nabi khidir juga ada tertulis tentang dajjal,seperti nabi khidir,nabi isa dan dajjal mereka ini adalah orang yang dipelihara usia hingga akhir zaman sebab itu mereka ada disatu zaman dan berakhir disatu zaman juga.semuanya ada tertulis dalam quran.dalam kitab kalau tak salah saya ihya-ullumuddin ada juga tertulis iaitu tentang akhir zaman,bagaimana bumi bertembung dengan bintang,bagaimana kedatangan imam mahdi,bagaimana kedatangan isa,bagaimana kedatangan dajjal dan semua petanda2 tentang mereka dan kiamat ada tertulis dalam kitab tersebut berserta anggaran masa tentang satu2 kejadian.mungkin anda boleh rujuk kitab tu atau boleh juga cari hadis2 sahih tentang dajjal dan mungkin secara tepat lagi dari rujukan quran..
saya amat berminat tapi agak terbatas dalam rujukan dan kalau boleh saya ingin juga mengikuti perkembangan dari saudara..
mungkin saudara boleh kupas tentang permulaan pada segala masalah iaitu pelanggaran bintang dengan bumi dan di ikuti dengan kedatangan mereka yang dijanjikan Allah hingga kiamat..ini satu ilmu yang jarang dibincangkan..mungkin saudara boleh ketengahkan..
Catat Ulasan