Patutlah beliau lebih Umno daripada Umno itu sendiri, rupa-rupanya beliau adalah bekas pakar sebagai pegawai risikan kerajaan Umno/Bn. Tiga tahun berkhidmat dalam bahagian Cawangan Khas (SB) di KDN, iaitu pada 1964 sehingga 1967 sudah cukup untuk diberi gelaran Pakar.
Semua orang tahu bagaimana peranan dan jenis kerja SB-SB didalam PDRM. Didalam PDRM, jawatan SB adalah jawatan yang paling dibenci oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana peranan para-para SB adalah untuk menjaga kepentingan Umno/Bn dan yang sewaktu dengannya.
Puak-puak SB ini lebih dibenci daripada si Topi Merah (FRU lah tu) kerana merekalah yang membuat provokasi dalam setiap perhimpunan atau pun demotrasi aman oleh rakyat Malaysia agar perhimpunan itu dapat di ambil alih oleh Si Topi Merah.
Kerana peranan merekalah, si Topi Merah dapat membuat latihan secara live (bukan lakonan) terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa dengan menembak bom pemedih mata, menyembur air berwarna warni dari trak Water Cannon dan menghayun belantan (cota) ke tubuh rakyat jelata.
Bagi rakyat jelata, elakkan diri anda daripada ditangkap oleh puak-puak SB ini, jika dapat ditangkap alamaknya nayalah anda. Puak-puak ini cukup pakar dalam mencuci otak, mengalah doktor pakar otak. Sebagaimana dalam peristiwa 'turn about' pada tahun 1968.
Satu kerugian besar buat Tok Mufti Harus Harum Hamissani tidak sempat tumpang sekaki kerana beliau bertukar jawatan pada 1967. Jika tidak, tak tahulah bagaimana nak kita bayangkan Tok Mufti Harus Harum Hamissani buat kerja soal siasat terhadap mangsa. Bayangkan kalau Tok Mufti Harus Harum Hamissani gunakan kekerasan, mungkin beliau akan gunakan cota atau getah paip atau batang penyapu atau pun buku panduan talipon yang tebal tu......... Pasti dahsyat punya penangan yang akan Tok Mufti Harus Harum Hamissani gunakan untuk mengorek maklumat.
Peristiwa tersebut berlaku kerana Umno terlalu marah akibat kekalahan mereka di Kelantan. Disebabkan terdesak, maka trompet dari kulit kerang gergasi telah ditiupkan untuk memanggil para SB-SB yang sudah pekak badak kerana mereka sentiasa bertempik dengan kuat setiap kali menyoal siasat mangsa-mangsa mereka.
Bermula dengan penahanan dan penangkapan 5 pemimpin PAS yang terdiri daripada En. Saufi bin Idris, Ustaz Abdullah bin Haji Yusof, beliau merupakan speaker DUN Kelantan, Ustaz Abdul Rahman bin Salleh ( bukan Abdul Rahman Talib Lombok la), En. Yusoff Abdul Latif, mereka merupakan exco kerajaan negeri dan En. Omar Muhammad.
Mengikut cerita, mereka yang ditangkap itu dikurung dan sentiasa diugut oleh SB-SB (geng Tok Mufti Harus Harum Hamissani) agar membuat pengakuan dan berjanji untuk mengistiharkan diri mereka keluar PAS dan masuk Umno (mungkin idea dari Tok Mufti Harus Harum Hamissani kot). Tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu kerana hanya 2 orang sahaja yang berpaling tadah.
Usaha murni Umno dengan pertolongan dan kerja keras daripada SB-SB untuk melakukan kejutan di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akhirnya menemui kegagalan dan kerajaan PAS berjaya diselamatkan. Mungkin jika Tok Mufti Harus Harum Hamissani masih lagi menjadi SB pada masa itu, berkemungkinan fakta sejarah akan berubah.
Dengan pendedahan terbaru yang mengatakan Tok Mufti Harus Harum Hamissani pernah menjadi Pegawai Cawangan Khas telah menaikkan lagi kredibiliti beliau keperingkat yang lebih tinggi dan patut di calonkan oleh Umno untuk jawatan CEO Mufti Sedunia.
Begitu juga dengan pendedahan Tok Mufti Harus Harum Hamissani yang mengatakan bahawa beliau berjaya memujuk TGNA dan TGHH bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak. Maka kita sebagai seorang yang mengaku Islam patut menyiasat dahulu berita-berita yang dibawa oleh si Munafik.
Kerana begitu besarnya jasa Tok Mufti Harus Harum Hamissani, Tok Jib One Malaysia and Big Mama patut memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada beliau. Dan Tok Jib One Malaysia and Big Mama boleh menyuruh Zambry D'Pulau buktikan tahap mana kesetiaannya kepada Umno dengan mengosongkan kerusi D'Pulau untuk memberi laluan kepada Tok Mufti Harus Harum Hamissani bertanding dikawasan yang selesa. Inilah masa yang sesuai untuk membalas jasa-jasa Tok Mufti Harus Harum Hamissani, apatah lagi dalam keadaan beliau yang telah meroyan untuk menjadi ahli politik.
Tapi jangan sesekali menyuruh Kak Midah mengosongkan kerusinya sudah lah. Bukan apa...... takut nanti jatuh tahi lalat kat mukanya kerana terkejut beruk. Besar jasa Tok Mufti Harus Harum Hamissani terhadap Umno, melebihi jasa yang dilakukan oleh Tok Jib One Malaysia atau pun Big Mama.
2 ulasan:
Tuan Mufti Perak pernah jadi SB dulu...biar betul?
Ni Tuan Mufti kena bersihkan diri...
Tapi tak perlulah sampai negeri & negara jadi Darul Sumpah pulak..
Asalamualaikum .. mohon linkkan blog saya http://www.lusuka.com/
blog anda sudah saya linkkan.
Catat Ulasan