Translate

Memaparkan catatan dengan label penipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penipu. Papar semua catatan

Rabu, 13 Jun 2012

Bakal Menantu Najib Yang Hebat.


Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan,  menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.

Daniya Nazarbayev (gambar) – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut.

Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber.

Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu.

Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001.

Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas.

Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.
Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan.

Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut.

Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan.

Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street.

Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan.

Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas.

Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau.

Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang.

(Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa)

Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia.

Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau.

Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama.

Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan. Sumber

Sabtu, 27 November 2010

Setakat Inilah Sahaja Tahap Hujah Blooger Upahan Umno.


Kali ini kita bagi faham sikit kat Taipingmali berkaitan duit Umno dengan duit kerajaan kerana tahap IQ beliau dan yang sewaktu dengannya. Mereka patut dihantar ke Hospital Tanjong Rambutan agar dapat dipulih kembali pemimkiran mereka.

BLOGGER TAK LAKU PAS DAH HANGIN SATU BADAN


Memang dari PRK Bukit Gantang dulu blogger Umno tak berani berdebat - Cenangau



Nampak sangat Taiping Mali ni memang penakut. Kalau penakut nak berdebat tu mengaku saja la. Nak buat macamana kalau dah memang jenis penakut, mengaku penakut saja la. Senang macam tu. Tapi nak mengaku penakut malu kut, jatuh la sandard kalau mengaku penakut. lepas tu mula la membebel macam-macam. Rata bersilat sampai nama Nga Kor Meng pun dikaitkan sekali. Lain kali, kalau tak beran nak berdebat jangan la sampai tersasul ajak orang berdebat. Bila orang dah sahut cabaran tu, mula la rasa kecut perut. Mula la merapu membebel taktau punca. Pemuda...
NOTA KAKI;
 Kalau ikut profile cenangau dia kata dia kerja gomen. Hmmmm makan gaji laa tu..agaknya gomen pasir dua butir atau kerajaan pasir berdengung. sebab tu lah angin satu badan.
Kalau kerja dengan gomen Umno tetapi makan duit haram, sebab baru-baru ini Pas Pusat telah keluarkan fatwa bahawa Haram menerima bantuan kerajaan UMNO/BN.  
Dulu  Pas kata duit kerajaan duit rakyat dan halal dimakan sebab tu bukan duit Umno. Dalam masa yang sama kutuk UMNO BN sebagai kerajaan rasuah, korup dan macam-macam lagi. Kalau dah kata kerajaan rasuah, kurop dan sebagainya , tak payah ambil duit kerajaan. 

Macam budak universiti ahli Gamis, yang kata dia tak sokong kerajaan BN yan korup dan rasuah. kerajaan haram. tetapi bila tanya balik, awak mengaji di Universiti siapa tanggung?  Lantas dia menjawab itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah. 

Jawapan standard Pas lah tuu...macam cerita tok guru ikan kepada besar. Hooi Cenangau...bila hang nak letak jawatan daripada makan gaji daripada kerajaan haram...??

Nota Kepala Lutut

Memang PAS ada menyatakan mengambil duit kerajaan itgu haram, tapi dari mana sumber duit itu. Kenapa tidak menulis cerita yang sebenar-benarnya untuk bacaan orang ramai. Rupa-rupanya penulis tersebut tak ada teloq. Jika adapun mungkin dah simpan dalam almari.

Apa yang PAS kata berkenaan wang royalty minyak yang sepatutnya menjadi milik kerajaan Kelantan tetapi Umno telah meletakkan dibawah wang ehsan  . Kerana itulah wang tersebut 'Haram' untuk rakyat kelantan. Macam mana nak kata duit itu halal jika wang itu sendiri adalah daripada hasil rompakan.

Memang penulis BPN tahap pemikiran mereka baik sikit daripada budak UPSR.  Realitinya  Umno mana  ada duit, oleh kerana Umno pegang Putrajaya/kerajaan pusat maka merekalah yang memegang amanah  di khazanah negara. Jika duit tersebut milik Umno, saya jamin negara Malaysia terpaksa digadaikan kepada Singapura.

Apakah menjadi satu kesalahan apabila kita sebagai rakyat Malaysia yang dilindungi oleh perlembagaan mengkritik kerajaan Umno. Mengapa kita boleh mengambil duit kerajaan yang memerintah walau pun berlainan ideologi. 

Duit kerajaan adalah duit rakyat dan rakyat berhak menuntutnya. Hak  ideologi yang rakyat pilih, tiada kena mengena dengan Umno. Tahukah para-para BPN bahawasanya rakyat yang mengkritik Umnolah yang paling ramai membayar incometax. 

Dan para pemimpin Umno yang suka mengelak daripada LHDN, mungkin juga blogger BPN pun tak berkecuali. So...... apa kena mengenal duit Umno dengan duit kerajaan. Berapa ratus juta duit Umno yang ada sekarang ini hasil daripada derma dari konglomerat (jika nak projek kena derma kat Umno), persen daripada satu-satu projek dan yuran ahli Umno seramai 3 juta lebih (itupun yuran terpaksa ditaja oleh ketua bahagian).

Jadi tepatlah jika itulah hujah yang  diberikan oleh ahli  'GAMIS' kepada Umno yang mengaku bijak. Kita kena ingat, duit itu adalah duit kita dan duit itu bukan duit mak bapak Umno  punya. Jika duit itu adalah duit mak bapak Umno punya, jangan kata nak pegang, kita nak cium pun haram tak baginya ,kerana........ Umno kedekut........ Umno tangkai jering......... Umno Buruk siku.

Selasa, 23 November 2010

Berita Panas... Panas...Panas Dari Pemuda Umno!!!!!!!

Sebelum anda baca dengan lebih jauh sila klik dua link dibawah terlebih dahulu agar anda dapat memahami kisahnya dengan lebih jelas.

Link 1 klik di sini

Link 2 klik di sini

Satu atau dua hari selepas saya mencatitkan tulisan dalam link kedua, seorang teman menghubungi saya menyampaikan pesanan daripada Sohaimi Shahadan kononnya tulisan tersebut tidak benar.

Saya pesan balik kepada teman saya supaya beliau memberitahu Sohaimi agar menjawab dakwaan tersebut di media masa atau e mel kepada saya dan saya akan siarkan penafian dia.



Teman saya berkata dia telah mencadangkan kepada Sohaimi agar melakukan perkara tersebut tetapi dia tidak mahu melakukannya dan tidak mahu melayan dakwaan saya. Sohaimi berkata kepadanya dia sibuk dengan kerja-kerja lain dan banyak benda yang dia nak kena 'present' kepada PM setiap kali mereka berjumpa. Wah ! hebatnya mamat ini, selalu jumpa PM 'present' itu ini. Betulkah perkara ini ? Semoga Pejabat PM dapat menjelaskannya. Kita bimbang takut ada orang jual nama PM.

Kenapa Sohaimi tidak mahu menjawab dakwaan saya ? Rakan-rakan sekalian, dalam soal melemparkan dakwaan saya tidak akan menulis membabi buta jika perkara tersebut tiada asasnya.

Daripada hari pertama saya mendapat info tersebut lagi saya telah yakin yang info itu ada asasnya. Sebab itulah Sohaimi Shahadan tidak berani menjawabnya.

Saya diberitahu pada mulanya CEO 1901 Hotdogs adalah antara usahawan yang dipilih untuk menerima pengiktirafan daripada Pemuda Umno.

Tetapi setelah penganjur program yang diketuai oleh Sohaimi Shahadan meminta bayaran sebanyak RM 15,000.00 daripada CEO terbabit untuk pengiktirafan tersebut , maka CEO 1901 hotdogs menolak untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Satu langkah yang bijak telah diambil oleh CEO tersebut. Saya puji keputusan beraninya dan mengeji kerja gila yang dibuat oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO .

Sudahlah usahawan-usahawan yang dipilih bukannya di didik oleh biro tersebut, kemudian minta duit pula untuk dapat pengiktirafan. Itu bukan majlis bagi pengiktirafan, tetapi majlis mencari duit.

Sekarang sudah diketahui oleh kita, mengapa mereka memilih untuk mengiktiraf usahawan yang kaya-kaya dan yang sudah berjaya. Rupa-rupanya kerana nak cari duit. Benarlah kata seorang penghantar komen yang bernama Hisham dalam tulisan sebelum ini berkenaan perkara itu.

hisham said...

saudara rbf..
jika pemuda umno kutip anak2 muda dan bantu mereka berniaga apa yang pemuda umno bolih dapat?jika pemuda umno bantu makcik dan kakak yang berniaga nasi lemak serta pisang goreng ditepi2 jalan,apa yang mereka ini bolih beri.?jika pemuda umno menolong mencarikan kerja untuk lepasan sekolah rendah dan menengah mendapatkan kerja,apa yang pemuda umno akan terima?tapi,jika pemuda umno bantu dan sokong serta iktiraf mereka2 yang berjaya..fikir2kan lah...berapa dan apa keutungan yang pemuda umno bolih dapat dari mereka2 ini.semua kerana wang...wang wang...yang dah kaya dikayakan lagi.berapa ramai orang melayu yang telah berjaya hasil dari dasar ekonomi baru yang benar2 membantu bangsanya sendiri.mereka ini memandang bangsa sendiri pun dengan perasaan jijik.kecuali yang ada cita2 nak jadi ahli politik,itu pun bolih dipertikai kejujuranya.sebab inilah anak2 muda melayu benci dengan umno.mereka bukan tidak sayang pada bangsa dan negara ini.kerana sikap dan perangai buruk pemimpin2 dalam pemuda dan wanita serta sebahgian daripemimpin tertinggi umno sendiri membuat mereka menbenci umno.anak2 muda ini harus didekati dan dibantu,kalau dibiarkan maka mereka akan mencari alternatif lain untuk melepaskan kemarahan dan rasa kecewa.
October 19, 2010 5:38 PM

Saya difahamkan bayaran-bayaran yang diterima untuk majlis tersebut bukannya dibayar atas nama Pemuda Umno sebaliknya di atas nama sebuah syarikat. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini saya tidak pasti. Harap Pemuda Umno dan Ibu Pejabat Umno dapat menyiasat dakwaan ini.

Saya difahamkan juga, nama TPM telah digunakan untuk majlis terbabit dan mungkin juga nama TPM telah dijual untuk mendapatkan wang daripada penerima-penerima pengiktirafan terbabit. Semoga Pejabat TPM juga dapat menyiasat perkara ini.

Sebelum rakyat menghukum kita dalam pru akan datang, adalah lebih baik kita menghukum orang-orang kita yang berperangai dibenci rakyat.

Orang seperti inikah yang nak jadi Ketua Pemuda Selangor ?

Cukup setakat ini untuk hari ini.

Ada lagi yang bakal menyusul.

Selepas ini kita cerita tentang modus operandi yang sama juga tetapi majlis yang berbeza. Majlis deklamasi sajak pula.

Cerita penuh mengenai baja juga telah berada di tangan saya.

Jangan risau, saya akan dedahkan semua itu.

Sumber: RBF

House PK: Aku ada beberapa soalan nak tanya Pemuda UMNO ni, kalau mereka jujur maka mereka mesti kena jawab:

1. Benarkah mereka diminta untuk membayar mengikut anugerah yang diterima?

2. Benarkah ahli perniagaan ini ditipu bahawa mereka akan menerima anugerah dari Timbalan Perdana Menteri?

3. Benarkah mereka yang tidak bayar seperti yang telah diminta maka anugerah mereka ditarik balik?

4. Kemanakah perginya wang tersebut? Ke kantong Khairy Kitol atau ke kantong Sohaimi Shahdan?

Ahad, 18 April 2010

Selamat Bertugas Buat Para Pertugas PAS.

Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah salah satu Dun yang terletak dalam parlimen Hulu Selangor. Diantara 3 Dun yang berada didalam parlimen Hulu Selangor, iaitu N5 Hulu Bernam, N6 Kuala Kubu Baharu dan N7 Batang Kali, Dun Hulu Bernam mempunyai peratusan kaum Melayu paling tinggi, 67.7 % daripada 17,549 pengundi berdaftar. Para pertugas dan perayu undi PAS terpaksa bekerja keras kerana dalam PRU 12 yang lepas, Dun Hulu Bernam telah mengalami kekalahan dengan majoriti paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Dun Kuala Kubu Baharu dan Batang kali. Calon BN telah mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 3,549 undi.BN diwakili oleh Datuk Mohamed Idris Abu Bakar memperolehi undi sebanyak 7,985. Manakala calon PAS yang diwakili oleh Sukor Ali hanya memperolehi undi sebanyak 4,436 dengan peratusan yang keluar mengundi ialah 72.59 % (12,739). Memandangkan majoriti pertugas dikawasan tersebut adalah daripada Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya dan saya juga menjangkakan ramai dari kalangan mereka adalah saudara mara, sahabat dan kenalan saya. Apa yang saya dapat lakukan ialah berdoa agar mereka diberi kekuatan dalam menghadapi jentera Umno/Bn yang telah dijadimilik 'MakBapak' mereka (Harapkan Umno, mereka mana ada jentera). Seandainya majoriti Dun Hulu Bernam dapat dikurangkan, pasti puak-puak dari kayangan akan terbang awal ke kayangan. Kerana itu kerja keras perlu dilakukan dalam keadaan Unmo/Bn yang terlalu terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut. Pasti pertugas Pakatan Rakyat akan menghadapi laluan sukar setelah Umno/Bn akan .me'Makbapak'kan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi Umno/Bn sekarang ini kekurangan isu untuk diketengahkan setelah teruk dibelasah dengan APCO. Saya pasti Umno tidak akan memainkan isu berkaitan saman Datuk Zaid terhadap Hukum Hudud. Andainya isu itu dicanangkan, pasti Umno sendiri yang akan terkena dengan bahananya kerana semasa beliau menyamannya, Datuk Zaid masih lagi menjadi ahli Umno dan Umno sendiri seperti merestuinya. Mungkin dalam PRK kali ini akan menempa sejarah apabila calon BN, Kamalanathan akan berkempen dengan menggunakan tiga identiti. Jika beliau berkempen di kawasan Hulu Bernam, beliau akan mengaku sebagai bangsa Melayu dengan menggunakan nama 'KAMAL'. Di kawasan Kuala Kubu Baharu pula, beliau akan mengaku sebagai keturunan Cina dengan menggunakan 'ALAN' dan di kawasan Batang Kali baru beliau akan mengaku berbangsa India dengan menggunakan nama 'NATHAN'. Inilah hasil daripada idea APCO dalam usaha menjulangkan slogan 1Malaysia : KAUM KERABAT DIDAHULUKAN, KEKAYAAN DIUTAMAKAN. UNDI PAKATAN RAKYAT (PKR) BERMAKNA MENYOKONG PERUBAHAN. UNDI BN BERMAKNA MENYOKONG ISRAEL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN.

Jumaat, 16 April 2010

RM 100 : Sudahlah Tak Beri, Bongkak Pula!


“PATUTKAH warga emas yang diberi RM100 diucap takziah? Sudikah YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil sedekahkah kami RM100 lagi setiap seorang?”

Penulis memetik ungkapan ini dalam ruangan R@kan BH di muka surat 41 akhbar Berita Harian, tanggal Khamis, 8 April 2010. Demikianlah rakyat kurang senang dengan gelagat Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecil dan mempersenda pemberian RM100 setiap warga emas oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini penulis berpeluang menyaksikan melalui kaca televisyen, aksi cemuhan dengan muka meluat Shahrizat terhadap usaha Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar beliau. Sungguh sedih melihat Shahrizat dengan mimik muka masam menempelak Guan Eng dengan berkata Ketua Menteri itu menghina golongan tua dengan pemberian wang tidak sampai RM10 sebulan atau kurang RM1 sehari.

Benar Shahrizat melalui kementerian banyak membantu golongan kurang mampu, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya. Jumlah pemberian tentunya ‘besar’, yang biasa didengari adalah RM300 sebulan. Tentulah jumlah ini ‘besar’ berbanding wang ‘ciput’ yang diberi oleh Guan Eng.

Namun Shahrizat perlu sedar wang pemberian RM300 sebulan kepada golongan kurang upaya itu adalah daripada jabatan di bawah kementerian yang diterajui beliau yang diamanahkan oleh kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat miskin. Ini adalah tanggungjawab sosial yang wajib dijalankan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia ini.

Sebenarnya, RM300 itu bukannya banyak. Melalui program Bersamamu TV3, dapat disaksikan betapa deritanya hidup golongan kurang upaya ini walaupun mereka mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka sudah diberi RM300 sebulan tetapi mengapa Syarikat Beras Faizah, korporat lain malahan kolej, universiti dan persatuan tidak lepas tangan memberikan bantuan. Malah ada yang menerima bantuan lain misalnya daripada Pusat Zakat, tetapi mengapa mereka mengadu semua itu tidak cukup menampung perbelanjaan mereka?

Kalau Shahrizat mahu berbangga dengan pemberiaan RM300 yang dirasakan sudah terlalu banyak yang membolehkan beliau bongkak dengan menyindir pemberian RM100 oleh Lim Guan Eng, tak usahlah minta lagi Syarikat Faizah dan pihak lain membuat sumbangan. Cukuplah, kerana orang miskin dan kurang upaya itu mampu hidup selesa dengan pemberiaan RM300 sebulan oleh kementerian Shahrizat! Pihak TV3 pula berhentilah merayu orang ramai membantu.

Pada pandangan penulis yang kurang arif ini, sama seperti langkah mengalu-alukan bantuan oleh Syarikat Faizah dan pihak lain, adalah amat molek Shahrizat mengalu-alukan kesudian Guan Eng untuk memberikan RM100 kepada setiap warga emas. Ertinya marilah sama-sama membuat kebajikan, janganlah pula seseorang itu tergamak menghina kesudian seseorang atau pihak itu untuk membantu orang lain.

Adabnya, kita tidak perlu membangga diri pemberian kita kepada orang lain apatah lagi mengungkit-ungkit jumlahnya ‘yang sangat besar’ dan pada masa yang sama memperlekeh usaha pihak lain membuat kebajikan apatah lagi menyoal nilai sumbangan yang dakwanya ‘ciput’ itu.

Apa yang penting di sini adalah keikhlasan, bukan jumlahnya. Atau pemberian bermaksud ada udang di sebalik batu. Tetapi itulah yang kerap berlaku sekarang ini termasuk menjelang pilihan raya kecil atau umum.

Adalah menjadi hak orang miskin atau OKU untuk mendapat wang bantuan terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi mengapa pihak-pihak tertentu begitu ghairah memberinya di kawasan pilihan raya? Apa, tidak ada masa lain yang sesuai untuk diberikan hak rakyat miskin itu?

Demikian juga pengagihan wang zakat, wang itu adalah hak asnaf termasuk orang miskin tetapi mengapa sibuk mahu diberikan masa pilihan raya oleh pemimpin parti yang mengetuai kerajaan pula? Apakah makna ini semua? Kepada orang berhak, berikan hak mereka sama ada ada pilihan raya atau tidak, itu hak mereka bukan hak orang menyampaikan bantuan.

Pemimpin yang menyampaikan bantuan, wang itu bukan daripada kocek awak, wang itu adalah hak rakyat (jika wang zakat itu adalah hak asnaf) tetapi mengapa kamu mahu berbangga? Sehubungan itu bagi pemimpin yang mendabik dada, seolah-olah wang diberikan itu adalah wang mereka, mulai sekarang KELUARKAN sendiri wang kamu untuk dibagikan kepada rakyat.

Apabila ini kamu lakukan, barulah kamu tahu nilaian wang 10 sen, RM1, RM10 atau RM100 itu. Wang daripada titik peluh kamu ini jika diberikan dengan ikhlas, barulah ada kebarakahannya dan salah satu tandanya tidaklah kamu MENGHINA-HINA orang lain yang bersedekah dalam jumlah kecil!

Untuk pengetahuan, jumlah warga emas berdaftar di Pulau Pinang adalah seramai 82,983 orang dan jika semuanya dihadiahkan RM100 seorang, jumlah perlu dikeluarkan adalah RM8,298,300 (kira-kira RM8.3 juta). Sebagai langkah awal mendapat kebarakahan, apa kata Shahrizat dengan ikhlas berkongsi membiayainya daripada POKET SENDIRI dan jangan dibuat masa kempen pilihan raya? 
(Roslan, Melaka)

Jumaat, 9 April 2010

Tarif Elektrik : Buat Pengundi Hulu Selangor,Tunjukkan Protes Anda Terhadap BN..

Seminggu yang lepas, adik ipar saya berkunjung kerumah saya bersama suaminya (kira biras la). Semasa saya bersembang dengan Biras saya, beliau menanya kepada berkenaan bil api kat rumah dia. Katanya, dulu bil api dia setiap bulan lebih kurang RM 240 - RM 260 tapi sekarang sudah sampai RM 330 - RM 350. Beliau tanya saya, adakah tarif letrik telah naik pasal tambahan yang beliau perlu bayar amat tinggi sedangkan kegunaannya sama sahaja seperti dulu.

Bila tanya saya, saya katakan kemungkinan meter beliau rosak dan saya syorkan agar beliau bawa bil-bil beliau yang lepas dengan yang terbaru ke pejabat TNB buat aduan. Saya katakan lagi berkemungkinan TNB telah mengubah meter baru mereka agar putaran lebih cepat. Bagi pendapat saya, apabila sesuatu perniagaan dimonopoli oleh satu pihak sahaja, mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mengawal. Oleh itu apa yang mereka lakukan ialah mengaut seberapa banyak keuntungan tanpa memikirkan pengguna itu kelas bawahan ke, miskin ke, kurang kaya ke  atau pun memangnya miskin.

Ingatkan rumah adik ipar sahaja yang kena, rupa-rupanya saya pun terkena juga bila terima bil yang terbaru semalam. Saya kena lagi dahsyat, biasa kegunaan tiap-tiap bulan dalam lingkungan RM 115 - RM 125. Kali ini memang dapat durian runtuh, tengok bil pun terkejut beruk.... RM 332.87 sedangkan bil terakhir saya ialah RM 118.10. Ini baru betul wahai  Najib One Malaysia........ RAKYAT DIDAHULUKAN kepala hotak hang. Hang nak bagi RAKYAT DIDAHULUKAN makan pasir, bil istana hang puluh ribu tiap-tiap bulan bukan hang yang bayar...... RAKYAT DIDAHULUKAN yang tukang bayar........ celako.......celako...... celako........ 100 kali celako aku bagi kat hang.

Seperti kata lawak bodoh daripada CEO TNB, kalau tarif elektrik dinaikkan TNB tetap rugi....... kepala hotak hang rugi. Habis tiap-tiap suku tahun duk umum untung ratus-ratus juta tu buat apa.... takkan nak tipu pemegang saham kot. CEO TNB tolong mai rumah aku sat....... aku nak lekuk-lekuk kepala hang yang bergeliga tu. Ni yang nak buat aku cakap kurang ajar kat Umno/Bn yang sememangnya kurang ajar. 

Blogger BPN penjilat nombor wahid....... mai tolong jawab awat jadi lagu tu. Aku nak dengor sangat hujah dari blogger BPN (Biar Punah Negara) tentang aduan aku ni. Nak dengar lagu mana yang kamu akan dendangkan, irama keroncong ke, rock ke, rap ke, hip pop ke, lantak kamulah....... janji tolong jawab. Kalau tak ada sumber maklumat, tanya kat TNB pasal TNB tu geng kamu.

Buat pengundi Hulu Selangor, sekarang kuasa mengundi dah kat tangan, inilah masanya untuk anda mewakili kami sebagai rakyat Malaysia agar menolak BN yang korup itu. Mungkin anda belum terkena lagi kerana Umno/Bn sedang menunjukkan sikap 'pijak semut tak mati'. Inilah masa untuk anda memberi sedikit pengajaran kepada Umno/Bn yang sedang menindas rakyat marhean.

Rabu, 7 April 2010

Apabila Zahrain Mula Bercerita...

Dengan dendam yang membara dihati, Zahrain mula bercerita tentang keburukkan DSAI. Itulah sikap ahli politik yang sedang mencari nama ketika namanya masih lagi laku. Setelah pendedahan beliau di parlimen tempoh hari menjadi berita utama dalam media massa pencacai selama berhari-hari. Sekali lagi beliau membuat pendedahan terhadap DSAI dengan menampilkan Zul Kulim. Bacalah sebagaimana penceritaannya yang terbaru dibawah ini........... 


 Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Zahrain turut mendedahkan bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.


Ketika mendedahkan perkara itu, Zahrain berkata diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.
"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu. 

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di sini, malam tadi. 

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA). 

Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. 
Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri menjadi peguam bela kepada Azilah, dilapokan berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes itu. 

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren. 

Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Awnar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008. 

Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka. 
Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat. 

"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis. 

"Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya. 

Sementara itu, Reezal mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka dengan Zahrain bagi membincangkan isu berkaitan Melayu di satu forum bakal dianjurkan oleh BEMUDA di Kepala Batas, bulan depan. 

Selasa, 6 April 2010

Apa Pasal Mahaguru Tulang Besi Melalak Kat Singapura.

Dalam masa jemaah PAS sedang bertungkuslumus mempertahankan TGNA dan PAS Kelantan, tak pasal-pasal Mahaguru dok melalak kat Singapura. Dah tak ada lagi fitnah untuk dilemparkan kepada PAS. Yang hang dok susah-susah menjaja cerita tentang Singapura, apa pasal.

Dah buang tabiat ke, atau saja nak test ilmu Laduni yang hang dapat dari Lombok. Mungkin juga untuk melihat boleh ke ilmu tersebut sampai kat peringkat antarabangsa. Sebagai permulaan, hang test negara yang dekat dengan Malaysia dulu, iaitu Singapura.

Oleh jerana ilmu tersebut dapat kat Indonesia, maka hang tak bolehlah nak test kat Indonesia pasal takut dikejar dengan buluh runcing gayang Malaysia. Mengikut perkiraan Mahaguru Tulang Besi, ianya tidak molek ilmu Laduni beliau dilakukan kat Indonesia, pasal takut nanti orang kata lawan taukeh pulak.

Jika mengikut perkiraan Mahaguru Tulang Besi, apa yang berlaku di Kelantan adalah fitnah (kerana tiada individu yang disebut oleh Kickdefella) jadi berliau terpaksa berdiam diri kerana jawapan daripada beliau pun berunsur fitnah juga.

Jadi mengikut ilmu Laduni Mahaguru Tulang Besi yang telah sampai tahap wali, tidak moleklah perkara fitnah dijawab dengan fitnah juga. Mana boleh fitnah lawan fitnah, apatah lagi mereka pula adalah adik beradik berlainan bapa dan ibu, jawabnya tak ngamlah untuk bernalah. Jalan terbaik bagi Mahaguru Tulang Besi ialah berdiam diri.

Walau pun mulut dan tangan memang terasa amat gatal untuk menulis berita-berita fitnah, terpaksalah Mahaguru Tulang Besi berpuasa sunat. Antara sebab yang terbesar, takut-takut ilmu Laduni yang beliau miliki secara tiba-tiba akan hilang secara tiba-tiba juga............ Nasib kamulah labu.

Hulu Selangor Akan Bermandi Dengan Mod Cek.

Semasa pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, surau dan masjid-masjid telah dijanjikan dengan peruntukkan yang disampaikan oleh One Malaysia. Apabila mereka pergi untuk menunaikannya, seorang pegawai memberitahu tabung tersebut sebenarnya tidak wujud.

Dan yang terakhir berlaku di Terengganu bila akhbar dan media pencacai memaparkan gambar One Malaysia menghulurkan mod cek antara yang terbesar, wang pembayaran hasil minyak bernilai lebih RM 400 juta. Bukan main tersenggeh Mat Said menerimanya tapi sampai sekarang wang tersebut tidak dapat.

Sekarang ini pasti 'Tipah Tertipu Lagi Bang', akan berlaku kat Hulu Selangor pulak. Tidak tahu berapa banyak lagi mod cek yang akan dihulurkan oleh timbalan One Malaysia untuk rakyat Hulu Selangor.

Jentera-jentera berat sudah mula memasuki Hulu Selangor bila mendengar kematian MPnya. Projek-projek 'Mee Segera' mula menbanjiri Hulu Selangor dengan SPR hanya memejamkan mata sahaja. Buat penduduk Hulu Selangor, jika ada keinginan untuk membeli tilam baru, simpan dahulu niat itu kerana nanti ada tilam yang akan dilelong.


Inilah masanya syarikat percetakkan untuk membuat duit dan tidak berkecuali bagi penduduk Hulu Selangor menjadikan kediaman mereka untuk disewa. Hang letaklah tinggi-tinggi sewa rumah dan pastikan sewa daripada Umno mesti diambil dahulu, jika tidak jangan diharap Umno akan membayar selepas PRK.


Jika si Bapak kaki penipu, apatah lagi anak-anak buah mereka yang di ibaratkan .Bapak Borek Anak Rentik'. Depa bagi jangan ditolak, tapi undi pandai-pandai fikir yang mana terbaik.

Jumaat, 26 Mac 2010

Tuduhan Jahat Si Munafik Tulang Besi.

Saya rasa si Tulang Besi betul-betul  seorang yang penuh dengan sifat kebencian terhadap blogger yang tidak sebulu dengannya. Saya anggap tuduhan Tulang Besi yang mengaku ahli PAS, tapi tidak dipastikan benar atau tidak memang seorang yang busuk hati. Petikan yang saya kutip dari blog Malaysia Waves...

Tulang Besi said...
musafirlalu,

mung ke yang beri "maklumat" pasal aku ke PapaGomo?

Ahad, 21 Mac 2010

Tulang Besi Ahli PAS Paling Bodoh Sombong Yang Pernah PAS Miliki.

Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 UMNO seperti Papa Gomo untuk membantu mereka menyerang Tulang Besi. Mereka ni tak malu mengaku penyokong kepimpinan ulamak dan tarbiyyah PAS, sekarang dengan jelas meminta bantuan dari blogger UMNO seperti Papa Gomo yang jelas terlibat dalam dosa Qazaf dengan si Saiful Bukhari.


Di bawah adalah berbalas email antara Tulang Besi dengan Papa Gomo
.
Email di atas memberi konfirmasi:

1.0 Puak2 Pro UMNO dalam PAS sedang bekerja sama dengan Blogger UMNO menyerang PAS

2.0 Pendedahan Tulang Besi berkenaan Roslan SMS, Suwardi Yaakob, Dr Shamsuri sedang mebuat puak2 Pro UMNO kepanasan

3.0 Puak2 yang sedang menyerang Tulang Besi ni adalah puak2 yang sama dibelakang blog Anti Husam

4.0 Mereka lagi takut sebab Tulang Besi sedang dalam proses mendedahkan mereka2 yang dibelakang blog "Anti Husam" dahulu.

5.0 Puak2 ni mengaku penyokong ulama, mengaku ditarbiyyah dsbnya. Tapi, sanggup bekerjasama dengan blogger UMNO. Ertinya, agama cuma di bibir mereka sahaja. Hati mereka hitam.

6.0 Mereka bagi maklumat (dakyah) berkenaan Tulang Besi pada Papa Gomo, dia pun tak konfiden maklumat puak2 ni.

7.0 Mereka cuba buat blog didedikasi memfitnah Tulang Besi. Tapi, tak da sambutan. Akhirnya, terpaksa mintak tolong Blogger2 yang terlibat dalam Qazaf macam Papa Gomo.

8.0 Mereka yang nak fitnah Tulang Besi sangat ni, saya tak tau agama apa mereka ni anut. Tak berani berhujjah, skrg nak guna fitnah.

Alhamdulillah, Allah SWT semakin mendedahkan kemunafikan mereka ini.

Tulang Besi


Ulasan Musafirlalu..........


Sebenarnya saya bukan suka sangat untuk menulis N3 ini, tetapi memandang sikap jahat beliau untuk melaga-laga dan menjahanamkan PAS maka saya tidak boleh berdiam diri. Jenislah jenis manusia perosak yang bertopengkan PAS.

Beliau mencari segala kesalahan dan cuba mengada-adakan cerita, walau pun terpaksa masuk ke lubuk blogger BPN. Kita lihatlah bagaimana beliau berbalas-balas email denga Papa Gomo. Beliau akan menjadikan email tersebut sebagai hujah bodohnya untuk menonjolkan isu pihak cuba menyerang beliau.

Apakah beliau bangang atau pun jenis bodoh sombong dengan memapar email Papa Gomo yang kononnya boleh dijadikan bukti. Jika inilah yang dikatakan bukti, memang beliau 100 kali bodoh. Jika dibawa kemahkamh pun pasti hakim akan membakul sampalkan bukti tersebut.

Beliau cuba dilihat sebagai seorang yang bijak dengan mendesak dan terus mendesak agar Papa Gomo dapat memberikan beliau sedikit klu. Kenapa saya kata Tulang Besi bodoh, beliau sendiri tahu bagaimana jika sesuatu maklumat tentang parti jatuh ketangan musuh. Apakah beliau akan merasakan musuh tersebut letak dalam bingkai dan buat koleksi.

Beliau sepatutnya cermin dirinya sendiri, bagaimana jika beliau dapat satu maklumat yang penting tentang pemimpin PAS yang beliau tak suka (kita sebut UGlah kerana mengikut khayalan puak-puaknya), apakah beliau akan simpan cerita tersebut. Jangan kata nak disimpan, jika perut beliau memulas pun beliau sanggup berak dalam seluar janji N3 tersebut disiarkan secepat mungkin.

Bagi beliau, hanya beliaulah yang paling bijak dalam PAS yang lain hampas belaka. Kemudian duk jajalah yang beliau ini adalah hasil tarbiah PAS, tarbiah Saudara Khalid Samad. Lepas tu mulalah memperlekehkan orang-orang yang tidak sebulu dengan beliau, Seperti biasa yang keluar dalan N3 beliau,' aku duk dalam PAS pergi usrah, waktu engkau pakai lampin lagi. Jika macam inilah sikap beliau, buat malu Y.B Khalid sahaja.


Ni nak bagi nasihat kat hang sikit, aku ni duk dalam perjuangan PAS masa hang telanjang bulat lagi. Masa orang dok kata PAS parti orang kampung dan nak pergi dengar ceramah terpaksa kongsi duit minyak. Tak macam hang, kenal PAS pun dah boleh dikatakan prespeksi orang terhadap PAS dah banyak berubah.

Hang jangan rasa hang belajar kat oversea, hang ni dah betul-betul bijak. Tolong hormat sikit dengan orang lama. Memang selama ni aku duk tengok je apa hang dok tulis. Malas nak layan sangat dengan orang macam hang ni. Tapi bila sampai masa terpaksalah tegur, kalau tahap menulis tu bukan kerana nak memperkuatkan PAS tetapi lebih terarah nak menghancurkan PAS yang kami susah payah mempertahankannya.

Sebenarnya orang macam hang ni memang tak patut dok dalam PAS, pasal perangai hang ni lebih teruk dari Umno. PAS tak pecat hang kerana PAS bukannya bodoh macam hang. PAS tahu baik buruknya jika pecat makluk macam hang ni, ia pasti akan jadi modal besar buat hang.......... sorrylah mangkuk hayun, PAS tidak sebodoh hang dalam politik.

Khamis, 18 Mac 2010

Rupanya Tan Sri Datuk Seri Dr. SB Harussani Zakaria


[179px-Harussani.jpg]
Patutlah beliau lebih Umno daripada Umno itu sendiri, rupa-rupanya beliau adalah bekas pakar sebagai pegawai risikan  kerajaan Umno/Bn. Tiga tahun berkhidmat dalam bahagian Cawangan Khas (SB) di KDN, iaitu pada 1964 sehingga 1967 sudah cukup untuk diberi gelaran Pakar.

Semua orang tahu bagaimana peranan dan jenis kerja SB-SB didalam PDRM. Didalam PDRM, jawatan SB adalah jawatan yang paling dibenci oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana peranan para-para SB adalah untuk menjaga kepentingan Umno/Bn dan yang sewaktu dengannya.

Puak-puak SB ini lebih dibenci daripada si Topi Merah (FRU lah tu) kerana merekalah yang membuat provokasi dalam setiap perhimpunan atau pun demotrasi aman oleh rakyat Malaysia agar perhimpunan itu dapat di ambil alih oleh Si Topi Merah.

Kerana peranan merekalah, si Topi Merah dapat membuat latihan secara live (bukan lakonan) terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa dengan menembak bom pemedih mata, menyembur air berwarna warni dari trak Water Cannon  dan menghayun belantan (cota) ke tubuh rakyat jelata.

Bagi rakyat jelata, elakkan diri anda daripada ditangkap oleh puak-puak SB ini, jika dapat ditangkap alamaknya nayalah anda. Puak-puak ini cukup pakar dalam mencuci otak, mengalah doktor pakar otak. Sebagaimana dalam peristiwa 'turn about' pada tahun 1968.

Satu kerugian besar buat Tok Mufti Harus Harum Hamissani tidak sempat tumpang sekaki kerana beliau bertukar jawatan pada 1967.  Jika tidak, tak tahulah bagaimana nak kita bayangkan Tok Mufti Harus Harum Hamissani buat kerja soal siasat terhadap mangsa. Bayangkan kalau Tok Mufti Harus Harum Hamissani gunakan kekerasan, mungkin beliau akan gunakan cota atau getah paip atau batang penyapu atau pun buku panduan talipon yang tebal tu......... Pasti dahsyat punya penangan yang akan Tok Mufti Harus Harum Hamissani  gunakan untuk mengorek maklumat.

Peristiwa tersebut berlaku kerana Umno terlalu marah akibat kekalahan mereka di Kelantan. Disebabkan terdesak, maka trompet dari kulit kerang gergasi telah ditiupkan untuk memanggil para SB-SB yang sudah pekak badak kerana mereka sentiasa bertempik dengan kuat setiap kali menyoal siasat mangsa-mangsa mereka.

Bermula dengan penahanan dan penangkapan 5 pemimpin PAS yang terdiri daripada En. Saufi bin Idris, Ustaz Abdullah bin Haji Yusof, beliau merupakan speaker DUN Kelantan, Ustaz Abdul Rahman bin Salleh ( bukan Abdul Rahman Talib Lombok la), En. Yusoff Abdul Latif, mereka merupakan exco kerajaan negeri dan En. Omar Muhammad.

Mengikut cerita, mereka yang ditangkap itu dikurung dan sentiasa diugut oleh SB-SB (geng Tok Mufti Harus Harum Hamissani) agar membuat pengakuan dan berjanji untuk mengistiharkan diri mereka keluar PAS dan masuk Umno (mungkin idea dari Tok Mufti Harus Harum Hamissani kot). Tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu kerana hanya 2 orang sahaja yang berpaling tadah.

Usaha murni Umno dengan pertolongan dan kerja keras daripada SB-SB untuk melakukan kejutan di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akhirnya menemui kegagalan dan kerajaan PAS berjaya diselamatkan. Mungkin jika Tok Mufti Harus Harum Hamissani masih lagi menjadi SB pada masa itu, berkemungkinan fakta sejarah akan berubah.

Dengan pendedahan terbaru yang mengatakan Tok Mufti Harus Harum Hamissani  pernah menjadi Pegawai Cawangan Khas telah menaikkan lagi kredibiliti beliau keperingkat yang lebih tinggi dan patut di calonkan oleh Umno untuk jawatan CEO Mufti Sedunia.
Begitu juga dengan pendedahan Tok Mufti Harus Harum Hamissani  yang mengatakan bahawa beliau berjaya memujuk TGNA dan TGHH bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak. Maka kita sebagai seorang yang mengaku Islam patut menyiasat dahulu berita-berita yang dibawa oleh si Munafik.

Kerana begitu besarnya jasa Tok Mufti Harus Harum Hamissani, Tok Jib One Malaysia and Big Mama patut memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada beliau. Dan Tok Jib One Malaysia and Big Mama boleh menyuruh Zambry D'Pulau buktikan tahap mana  kesetiaannya kepada Umno dengan mengosongkan kerusi D'Pulau untuk memberi laluan kepada Tok Mufti Harus Harum Hamissani bertanding dikawasan yang selesa. Inilah masa yang sesuai untuk membalas jasa-jasa Tok Mufti Harus Harum Hamissani, apatah lagi dalam keadaan beliau yang telah meroyan untuk menjadi ahli politik.

Tapi jangan sesekali menyuruh Kak Midah mengosongkan kerusinya sudah lah. Bukan apa...... takut nanti jatuh tahi lalat kat mukanya kerana terkejut beruk. Besar jasa Tok Mufti Harus Harum Hamissani terhadap Umno, melebihi jasa yang dilakukan oleh Tok Jib One Malaysia atau pun Big Mama.

Jumaat, 12 Februari 2010

Kerana Terlalu Lama Berada Di Kayangan, Umno Semakin Angkuh.





Semakin lama semakin angkuh, itulah kata-kata yang sesuai buat Umno yang terlalu lama diberi tampuk pemerintahan. Mereka merasakan bahawa banyak berjasa kepada rakyat diatas pembangunan yang telah dilakukan. Jika boleh, mereka ingin menjadi Raja di Malaysia yang secara teorinya mereka sudah melakukannya. Cuma mereka tidak ditabalkan sahaja sebagai Raja sebenar.

Keangkuhan Umno semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan Umno yang ada sekarang ini bukan Umno atau Pekembar yang ditubuhkan pada tahun 1946. Merekalah Raja segala Raja di dibumi Malaysia atau Malaya atau Tanah Melayu atau pun Semenanjung Emas. Ditambah pula dengan kemenangan mereka di Mahkamah Rayuan berhubung pertikaian siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah.

Tiada Mahkamah yang dapat mengungkai kekebalan mereka, hatta Raja-Raja Melayu pun boleh didakwa di Mahkamah Khas.Sebab itulah tiada Mahkamah yang berani memberi keputusan yang tidak memihak kepada Umno. Jika ada yang mempertikaikannya, alasan yang diberi ialah tiada orang siapa yang kebal dari undang-undang. Dan mereka akan berkata............. lihatlah bagaimana pemimpin berprofail tinggi pun didakwa seperti Tan Sri Kasitah, seorang menteri penuh. 

Realitinya, pemimpin-peminpin yang didakwa ialah pemimpin yang sudah tidak diingini lagi. Kerana itulah mereka didakwa, itulah dakwaan para pemimpin Umno. Jika hendak mengharapkan Peguam Negara untuk mendakwa pemimpin Umno, simpan sahajalah hasrat hati itu. Walau sebanyak mana bukti dibawa yang boleh mensabitkan para pemimpin Umno, pasti bukti-bukti tersebut akan dibangkul sampahkan. Jika dirujuk kepada undang-undang, Peguam Negara mempunyai kuasa yang cukup besar kerana hanya Peguam Negara yang boleh membawa Perdana Menteri ke muka pengadilan.

Jika Peguam Negara sendiri pun duduk bersekongkol dengan para pemimpin Umno , apa yang rakyat boleh katakan........... Umnolah Raja di Malaysia. Lihatlah bagaimana satu kes video seks yang melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari MIC, walau pun sudah cukup bukti untuk mendakwa Timbalan Speaker tetapi atas arahan Peguam Negaralah pita video seks tersebut dibakar. Kejadian tersebut berlaku semasa rejim Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kerana itulah kita tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi kes Menteri Besar Perak. Kita tidak hairan langsung jika kalah tetapi kita akan cukup-cukup hairan jika kita memenangi kes tersebut. Itulah bukti bagaimana badan kehakiman telah dilacur dan diliwat secara beramai-ramai oleh Umno. Apabila kita menghentam kerajaan Umno/Bn, pasti juak-juak mereka yang mendapat seratus dua akan berkata.......... apakah Umno tidak melalukan apa-apa.......... pembangunan yang ada sekarang ini, pembangkang ke yang buat.......... apa pemimpin PAS boleh bagi kat penyokongnya, masuk syurga.......... apa kerajaan PAS Kelantan lakukan selama 20 tahun memerintah.......... pembangunan yang ada kat Kelantan itu pun kerajaan pusat yang bagi.......... dan bla bla bla bla.......... para juak-juak Umno berhujah.

Sebenarnya apa yang mereka hujahkan itu menunjukkan bagaimana dangkalnya akal mereka tentang politik. Apakah mereka merasakan pembangunan yang ada sekarang ini adalah menggunakan duit mak bapak mereka. Parti mana pun yang memegang pemerintahan pusat, wajib menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri tersebut. Jika mereka tidak menyalurkan bantuan tersebut, maka kerajaan pusat tidak berhak mengenakan cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai export, cukai import dan apa jenis cukai tok nenek terhadap rakyat negeri tersebut.
Andainya kerajaan Umno/Bn menyatakan bahawa rakyat dinegeri yang diperintah oleh pembangkang tidak dikenakan segala cukai kerana kerajaan negeri tersebut akan menguruskan kewangan mereka sendiri. Jika benar-benar berlaku, kita pasti orang Umnolah yang pertama-tama akan mengaku yang mereka adalah rakyat negeri tersebut............... jika tidak percaya.............. cubalah buat!!!!!!!!!

Khamis, 11 Februari 2010

Zul Kulim Melalak Lagi : Pakatan Pembangkang Tidak Perlukan DAP.

Saya tidak tahu apa nak dikatakan lagi berkenaan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu atau lebih dikenali dengan Zul Kulim. Selepas satu, satu isu yang dikeluarkan oleh beliau yang sentiasa menimbulkan kenyataan tidak menyenangkan Pakatan Rakyat.

Dengan kenyataan terbarunya, beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan DAP dalam gabungan pembangkang. Beliau menyatakan bahawa DAP lah yang menjadi punca permasalahan dalaman yang menimpa Pakatan Rakyat. Kerana itulah beliau sangat disukai oleh Brahim Ali agar bersama-sama berjuang disebabkan pemikiran politiknya serupa dengan Brahim.

Brahim nampak apa yang ada pada diri Zul Kulim kerana beliau berpotensi bersama-sama beliau. Apa tidaknya jika sejak kebelakangan ini Zul Kulim sentiasa dicari oleh para wartawan media cetak dan juga media elektronik. Ini semua adalah gara-gara beliau yang sentiasa lawan tauke. Beliau merasakan yang beliau lebih bijak dar semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Payah juga dengan manusia yang tidak mengenang budi ini. Apakah beliau merasakan kemenangan yang beliau perolehi kerana kekuatan yang ada pada dirinya itu. Hakikatnya, beliau sudah menjadi liabiliti buat PKR dan Pakatan Rakyat disebabkan kepandaiannanya berpolitik. Inilah yang dikatakan jenis tidak mengenang budi. Jika beliau tidak menjadi seorang ahli parlimen.............. siapalah dia.

Beliau hanyalah jenis yang suka menumpang populariti seseorang yang sudah ada nama besar diarena politik.. Kalau sekadar mengharapkan namanya......... hampas, jangan harap beliau mampu menjadi ahli parlimen. Bercakap sahaja besar tetapi dari maklumat orang ramai, beliau tidak layak menyandang jawatan tersebut kerana kawasan parlimennya langsung diabaikan.

Ada pejabat, sewa tak bayar........... dapat peruntukkan berkempen.............. entah kemana hilangnya duit tersebut. Sedangkan kerja-kerja yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pun mereka mengeluarkan duit saku sendiri. Daripada banner hinggakan poster-poster, semuanya adalah ehsan daripada penyokong. Jadi, kemana perginya peruntukkan tersebut?

Tidakkah beliau merasa malu dengan segala perbuatan yang tidak beretika itu, sedangkan beliau adalah seorang lawyer............. mungkin loyar buruk kut. Bayangkan seorang wakil rakyat Kulim Bandar Baharu, Kedah boleh buka pejabatnya kat Kuala Lumpur. Apakah beliau sudah naik lemak dengan jawatan MPnya itu?. Hai Y.B.......... tak kan pengundi Kulim terpaksa ke Kuala Lumpur untuk mengadu sesuatu isu. Hang tu hamba rakyat............. bukannya rakyat hamba hang.
Cakap bab Islam............ mengalah alim ulama bertaraf dunia.............. tetapi habuk tak ada. Sekarang dah pandai-pandai nak main politik dengan menghentam DAP. Hang sedarlah diri tu sikit............... hang menang pada PRU 12 kerana hang dapat undi Melayu ke. Jika tidak kerana undi kaum Cina dan India, jangan harap hang boleh jadi Y.B.............. cerminlah diri dulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Apa yang boleh diandaikan............. hang sebenarnya jenis jahil tapi nak tunjuk alim.

Orang sibuk kat mahkamah............ hang pun tumpang sekaki............ bila lihat gambar.......... ingatkan hang jadi peguambela............ rupa-rupanya hang jadi hantu raya. Kalau nak desak hang letak jawatan........... jangan haraplah........... pasal hang bukan anak jantan.............. bagus juga hang berkawan dengan Brahim Ali.............. kalau hang bersama Brahim Ali............. bagaikan pinang dibelah dua............. sepadan bebenar.

“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang"............. Sebenarnya bukan DAP yang menjadi masaalah, tetapi hanglah ibu segala masaalah. Hang tidak malu ke............ bagaimana pendokong-pendokong Pakatan Rakyat bekerja siang dan malam tanpa mengira hari............. semata-mata untuk memenangkan hang............. apa balas yang hang bagi........... batang hidung pun tak nampak.

Hang senang-senang je lari kat Kuala Lumpur............... makan gaji buta............. nak balik Kulim takut kena serbu.............. takut rakyat minta duit kat hang. Yang aku dengar cerita............. betul tak betul tak tahulah............. dengar kata pejabat hang dalam bas espress.............. Malulah hoi Y.B tahi hidung masim............ kedekut melebihi Haji Bakhil............... cakap bab agama tak mahu kalah.

Sedarlah diri wahai Y.B. Zul Kulim............. hang tak takut ke makan hasil dari bukan sumber yang halal........ hang mesti tahu............ pasal hang kan tok alim............ kalau-kalau bab agama............ hang ingat undi yang hang dapat sebanyak 22,255 undi tu............ semua kaum Melayu bagi ke?............... Kaum Melayu kat Kulim Bandar Baharu ada sekitar 36,136............ hang menang dengan majoriti 5,583 undi......... undi kaum Cina campur India.............. dok ada 15,754.............. hang fikir sendirilah siapa yang bagi undi kat hang........... sampai hang boleh pijak bangunan Parlimen.

Jangan jadi si tanggang dari Kedah sudahlah............. kat Negeri Sembilan ada sorang............... kat Serawak ada sorang.............. jadi, kat Kedah tu............. hanglah............. ni nak habak kat hang............ hang jangan dok lok lak sangat dengan nama Zul Kulim tu............... hang ingat hang tu glamour sangat ke.......... kita tengoklah nanti PRU 13........... Hang dengan Brahim Ali............ campur dengan tiga ekor katak dari Perak........... campur lagi dengan MB haram Zambry D'Pulau.............. kat pulau mana rakyat nak terajang hang dengan puak-puak 6 jahanam hang tu.

Hajat dihati hendak memikat
Hendak memikat si pekembar
Manalah tahu dapat ketingkat empat
Baru masuk pintu Big Mama bagi  penampar

Lompat si katak lompat
Lompat tinggi-tinggi
Belum sampai tempat
Suara Big Mama sudah meninggi

Rabu, 10 Februari 2010

Walaupun Di Viruskan, Musafirlalu Tetap Bertahan : Keputusan Yang Telah Di Jangkakan...

Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan kepada Menteri Besar haram telah pun dijangkakan. Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah penghakiman 5-0, tanpa tiada seorang pun yang memihak kepada Nizar. Walau pun Zambry telah diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah, difikiran rakyat Perak tetap menyatakan Zambry tetap MB haram.

Bagi rakyat Perak yang telah dibuat kajian oleh Merdeka Centre, kaum Melayu ramai memihak kepada Zambry berbanding kaum Cina dan India yang majoritinya memihak kepada Nizar. Kita tidak perlu hairan disebabkan isu perkauman yang telah berjaya dimainkan oleh Umno.
Dimanakah lagi tempat untuk rakyat mengadu setelah semua institusi-institusi penting seperti PDRM, SPRM, Kehakiman dan institusi lain telah diliwat dan diliwat dan terus diliwat oleh kerajaan Umno/Bn. Mereka merasakan kemenangan yang mereka perolehi adalah kemenangan mutlak, hakikatnya mereka silap.

Yang pasti keputusan yang mereka perolehi ini sebenarnya akan memakan diri mereka sendiri dimasa akan datang. Penghakiman yang telah dilakukan oleh Mahkamah Rayuan akan menjadi bahan rujukkan bagaimana perlembagaan negeri dilacur dan diliwat semata-mata untuk kepentingan jangka pendek mereka yang sememangnya gila kuasa.

Ketidak adilan terhadap Pakatan Rakyat dapat dilihat dari mula perampasan kuasa secara memalukan oleh Umno. Dengan membeli 3 ekor katak yang tamak, maka tumbanglah demokrasi dan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara adil. Walau pun semasa PRU 12, BN yang ditunjangi oleh Umno telah menyalahi kuasa dan SPR sebagai boneka mereka.

Walau pun parti pembangkang seperti PAS, PKR, dan DAP serba kekurangan, lawan tetap lawan. Kerana masih percayakan demokrasilah pembangkang bertanding didalam pilihan raya walau pun ianya ternyata berat sebelah. Apa tidaknya jika pihak pembangkang bukan menghadapi jentera Umno/Bn, tetapi seluruh jentera kerajaan yang telah diperkuda-kudakan oleh Umno.

Mereka merasakan jentera kerajaan adalah milik mak bapak mereka kerana itulah mereka langsung tidak merasa malu. Dan PRU 12 telah melangkau sejarah apabila pihak pembangkang bersatu padu menghadapi Umno/Bn. Hasilnya, lima negeri (termasuk Kelantan) jatuh ketangan pembangkang. Inilah yang benar-benar menyakitkan hati Umno setelah dimalukan oleh pembangkang.

Kerana dendam mereka yang membara, maka mulalah mereka menunjukkan belang dengan membeli 3 ekor katak di Perak. Walau pun katak-katak tersebut menafikan yang mereka ada menerima habuan agar keluar parti, rakyat tetap tidak boleh menerima alasan bodoh mereka.

Setelah Nizar membawa kes tersebut ke Mahkamah dan memenanginya, tetapi hanya beberapa jam sahaja kerana Zambry telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan. Tanpa disedari, terlakar satu sejarah bagaimana seorang hakim Mahkamah Rayuan membenarkan kes tersebut pada hari yang sama.

Kerana itulah Pakatan Rakyat sudah menjangkakan kes tersebut tidak akan memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan Mahkamah Rayuan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengumumkan kemenangan Zambry. Sekalung tahniah buat Datuk Seri Zambry D'Pulau diatas kemenanganmu itu.

Apa pun yang berlaku di Perak, sekurang-kurangnya memberi sedikit pengajaran buat Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bagaimana dan macam mana jadinya apabila sesebuah institusi diliwat dan dilacurkan. Tiada lagi kepercayaan rakyat terhadap permainan kotor Umno/Bn. Hanya beberapa tahun sahaja lagi untuk Pakatan Rakyat mengatur strategi untuk menghadapi PRU 13......... Salam berjuang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular