Bagaimana pula kita mahu menjelaskan vortex seperti ini?
Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.
Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.
Kita fahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah)” (Quran, ar-Rahman: 33)
Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.
Maka teori dalam artikel sebelum ini bahawa UFO itu hanya keluar dari black hole yang terhasil di bumi, adalah munasabah dan boleh digunapakai. UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi. Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui.
Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan
Tenaga Ritual: Janakuasa Pasif dan Aktif
Dalam artikel bahagian pertama bab ini menjelaskan mengenai fungsi piramid dan binaan-binaan berbucu yang mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik.
Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik? Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Kami hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus.
Kita bukan mahu mengumpul puzzle dan mencantumkannya menjadi gambar yang jelas kerana hanya ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA JAWAPAN. Mencantum puzzle untuk menjadikan ia sebagai satu gambaran jelas hanyalah satu amalan para pemikir objektif. Di sini, kita masih berserah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala yang terahsia di langit dan di bumi.
Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima (rujuk bab Tenaga Ritual Bahagian 1). Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.
Allah menjelaskan dalam al-Quran melalui surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 bahawa setiap amalan itu akan dinilai walaupun sebesar zarah. Maka di sini, kita harus melihat kepada satu sandaran bahawa setiap perbuatan itu akan menghasilkan sama ada dosa atau pahala walaupun sekecil zarah. Maka, proses melakukan pahala atau dosa itu juga memerlukan tenaga.
Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan).
Bersolat adalah amalan yang boleh kita anggap sebagai amalan mengikut tertib (aktif) (hanya sekadar pendapat, mohon maaf jika pendapat ini silap) kerana memerlukan kita memenuhi segala syarat sah solat seperti wuduk, suci dari sebarang hadas, memenuhi rukun-rukun sah solat dan beserta niat, juga bacaan-bacaan surah al-Quran. Kita melakukannya dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.
Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.
Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.
Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipunyai oleh Dajjal, kaedah geometri dan kejuruteraan ‘Dajjalism’ itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan. Kami tidak akan membuat pengiraan matematik atau geometri di sini, kami tidak mahu memeningkan anda semua. (insya-Allah, kita akan mendalami sacred science, sacred geometri dan sacred mathematics dalam bab-bab akan datang).
Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga pasif itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal.
Kita sudah faham apa itu chakra (rujuk bab Mind Control). Namun, dalam masa yang sama juga, chakra adalah contoh asas kepada penjelasan cara tubuh manusia menghasilkan tenaga (disebut aura). Ia bukan sahaja terhasil daripada perbuatan, malah cara minda berfikir juga sudah cukup untuk menghasilkan tenaga. Maka sama jugalah jika kita memperoleh pahala dengan hanya mengingati Allah, ia adalah hasil penggunaan tenaga secara minimum dengan menggunakan minda.
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan