OK, apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mass-mind control supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya.
Tikus generator
Menurut pakar kaji tenaga bernama Barbara Brennan, Human Energy Field (HEF) (juga disebut aura) dalam sistem chakra ialah kombinasi kompleks melibatkan corak tenaga spiritual, mental, emosi dan perbuatan fizikal seseorang individu. HEF juga adalah sebahagian daripada Universal Energy Field(UEF). HEF boleh diterjemahkan kepada tiga bentuk iaitu tenaga meridian, tujuh chakra dan tenaga tubuh. Setiap bentuk tersebut boleh dijana melalui teknik-teknik penjanaan secara terus (aktif) atau tidak terus (pasif).
Chakra juga menurut Brennan, berfungsi sebagai janakuasa dalam menggerakkan tenaga dan dibebaskan sebagai aura (HEF) yang akan bercantum dengan UEF bagi menjadikan seseorang itu lebih sensitif terhadap persekitarannya. Maka, jelas bahawa tenaga pasif manusia juga mempunyai hubung kait dengan penyatuan tenaga di peringkat universal. Ia akan bercantum dan menghasilkan tenaga yang lebih besar kuantitinya.
Tenaga spiritual tubuh termasuk semua getaran yang melebihi kemampuan minda mengandungi maklumat yang turut akan dibebaskan menjadi sebahagian komponen vortex. Ia berkisar mengenai sentimen, kepercayaan, perasaan dan sebagainya yang akan membentuk komponen vortex tersendiri.
Tambah Brennan lagi, setiap chakra mempunyai empat tenaga vortice (sebelum bertukar menjadi vortex) yang mana aura yang dihasilkan itu akan berpusing ke atas dan ke bawah (di luar tubuh manusia) setiap kali dijanakan. Tekanan ke atas akan menghasilkan ‘vortex bukaan’ dan tekanan ke bawah pula menghasilkan ‘vortex tutup’ bagi meningkatkan koordinasi tenaga tubuh manusia.
Kes ini sama seperti kewujudan piramid normal (bucu di atas) dan piramid terbalik (bucu di bawah) yang turut berfungsi sebagai alat menjana kekuatan ‘membuka’ dan ‘menutup’ vortex. Ringkasnya, piramid normal akan membuka vortex dan piramid terbaik akan menutup vortex selepas dibuka. Malah, kes ini juga sama dengan pentagram normal dan pentagram terbalik yang berfungsi sebagai medium amalan sihir di kalangan penganut agama Wicca. Fungsi piramid terbalik tetap sama seperti piramid normal yang mampu memanipulasi tenaga, ia adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.
Namun ia masih perlu memenuhi ‘sacred geometry’ dengan menepati setiap nisbah kiraan mistik bagi membolehkan ia bertindak sedemikian, namun bangunan-bangunan moden di seluruh dunia hari ini kebanyakannya dibina oleh kepakaran kejuruteraan dari Barat yang sudah pasti mempunyai kiraan berunsur mistik sekiranya jurutera Barat itu menganut fahaman kejuruteraan Mason. Nampak? Dalam kes piramid terbalik, bezanya hanyalah arah tenaga itu dihalakan, ke atas ialah membuka dan ke bawah pula ialah menutup pintu vortex. (Hanya Allah lebih mengetahui)
Kiraan dalam sacred mathematics pula tidak hanya berkisar mengenai tambah, tolak, bahagi dan darab, ia memerlukan kaedah pengiraan yang sangat kompleks dan berpandukan formula-formula matematik pelik yang rumit dan sukar untuk difahami. Namun, formula ini kerap digunakan untuk membina binaan Masonic, piramid moden, ukiran batu dan sebagainya. Ia adalah asas pengiraan bagi membina monumen-monumen ritual para penyembah Dajjal. Pengiraan yang mampu menghasilkan bentuk binaan yang tepat dari segi nisbahnya dengan medan magnetik bumi, penggunaan formula sacred mathematics itu juga menjadikan sesuatu binaan berada pada titik yang tepat menghala kepada pusat vortex yang ada di ruang udara. Contoh paling mudah ialah merujuk kepada jajaran ley lines. (Allah lebih mengetahui segala rahsia).
Jajaran ley lines pula boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah matematik moden melalui fungsi matrix equation atau persamaan matriks. Namun ia masih perlu berpandukan beberapa pertukaran fungsi dan diadaptasi ke dalam formula-formula sacred mathematics. Matrix yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti matrix yang menjadi ilusi kehidupan dunia.
contoh fungsi persamaan matriks dalam matematik
Menurut pengkaji vortex bernama Richard Lefors Clarke, pengetahuan terhadap garisan grid bumi yang menjadikan medan magnetik sebagai titik-titik utama di setiap benua merupakan salah satu daripada pengetahuan yang sudah lama berkembang sejak zaman tamadun awal. Grid bumi terdiri daripada aliran garisan geometri di atas tenaga graviti yang terdapat di perut bumi.
Kita sudah tahu binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga, tapi bagaimana pula dengan ‘spike’ yang berbentuk piramid yang dipakai pada tangan? Spike ini lazim dipakai anak-anak muda sekarang (lazim dipakai penggemar muzik black metal dan sealiran dengannya), ia juga berbentuk seperti piramid yang melekat pada tubuh setiap kali dipakai, ia juga mampu mengalirkan tenaga untuk digandakan dengan piramid yang lebih besar. Kemampuannya mengalirkan tenaga adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan