Picture used for the purpose of display
Dajjal mencipta sistem, manakala manusia pula menggerakkan sistem itu tanpa sedar disebabkan ada keseronokan yang terpampang dalam sistem itu dan terpengaruh dengan agenda mind control. Sistem itu pula berteraskan seks, hiburan, keseronokan melampau dan menjauhkan manusia daripada mengenal Allah. Dan, sistem itu pula bertindak sebagai ‘generator’ yang memerlukan ‘tikus-tikus’ berlari di dalamnya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukannya. Ini bukanlah satu pandangan ekstreme, tapi adalah wajar jika kita tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan paling penting kepada agama.
Jika tenaga pasif yang dihasilkan itu adalah secara spontan, ia sudah cukup untuk berfungsi sebagai input kecil bagi menghasilkan lot tenaga yang besar apabila bercantum dengan input-input kecil yang lain, bagaimana pula jika ia diiringi dengan perbuatan melampau yang boleh berubah bentuk menjadi tenaga aktif. Ia akan menjadi lebih berganda. Vortex akan jadi lebih besar.
Kelalaian manusia dalam menjaga perbuatannya juga akan menyebabkan manusia tergelincir daripada landasan dan menyumbang tenaga pasif negatif secara tidak langsung.
Satu sisi yang kita tidak harus pandang ringan, Dajjal sentiasa berusaha menjadikan manusia sebagai angkatan tenteranya dengan menggunakan kepakaran tipu daya yang dimilikinya. Ketika Dajjal keluar nanti, dia mungkin akan mencari penyumbang tenaga negatif terlebih dahulu, tidak kira yang kerap menyumbang secara pasif atau aktif. Ia adalah kerana lebih mudah untuk Dajjal memperdaya golongan yang tidak penah sedar akan agendanya. Dajjal kemudian akan berusaha pula mendekati golongan penyumbang tenaga positif untuk menyesatkan mereka. Dajjal hanya mahu memenangi hati manusia, walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan menang menghadapi ketentuan Allah.
Kita kutip semula pendapat Brennan dan Clarke, manusia mampu menghasilkan tenaga vortex tidak kira walau di mana manusia itu berpijak. Tenaga itu pula akan berganda sekiranya kita berdiri di atas titik medan magnetik bumi. Maka, manusia sememangnya mempunyai keupayaan menyumbang tenaga bagi menghasilkan vortex.
Maka, mahukah kita menjadi orang yang dimenangi Dajjal? Kita akan dimenangi Dajjal jika berterusan menyumbang tenaga kepadanya. Dia pintar, dia tahu segala perihal mistik dan pandai memanipulasi segala peluang mistik yang ada dalam tidak kita sedar.
Apabila kita bercakap mengenai lokasi medan magnetik bumi, maka secara tidak langsung juga kita bercakap mengenai arah. Mari kita perhatikan arah-arah tenaga vortex semulajadi ini bergerak. Kita hanya ambil tenaga yang menyerupai vortex seperti puting beliung kerana ia adalah tenaga semulajadi yang diciptakan Allah supaya manusia dapat melihat hikmah daripada kekuasaan-Nya.
Taufan Katrina
Lagi taufan
Juga perhatikan arah bintang-bintang bergerak membentuk galaksi
(SUMBER GAMBAR: NASA / AFP)
-----
Semua pergerakan taufan dan bintang-bintang itu sama dengan arah tawaf
Ke mana arah puting beliung itu bergerak? Dalam kebanyakan rekod meteorologi di seluruh dunia, puting beliung bergerak mengikut pusingan berlawanan arah jam. Ia adalah vortex semulajadi yang ditunjukkan Allah kepada kita supaya kita berfikir. Kejadian puting beliung adalah fitrah alam semulajadi ciptaan Allah. Islam itu juga agama fitrah yang meletakkan manusia di atas landasan yang benar.
Maka, lihat pula arah ibadat tawaf yang dilakukan jemaah haji dan umrah di Tanah Haram, Baitullah, Kota Suci Makkah. Adakah arah tawaf itu sama dengan arah pusaran puting beliung? Berpusing berlawanan arah jam mengikut fitrah alam semulajadi? Bukankah jelas bahawa Islam itu adalah jalan yang meletakkan manusia di landasan yang difitrahkan? Bukankah tawaf juga memerlukan tenaga? Dan, adakah kita nampak seolah-olah ada pusaran tenaga positif di sekitar Kaabah? Amalan baik yang menghasilkan tenaga positif lah yang akan mengimbangi tenaga negatif yang terhasil. Inilah keseimbangan dalam konsep tenaga.
"Dan, Dia-lah yang telah meletakkan keseimbangan. Janganlah kalian melampaui batas keseimbangan." (Quran, ar-Rahman: 6-7)
Ikutlah jalan fitrah. Jangan ikut jalan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Berhentilah daripada menjadi penyumbang tenaga kepada Dajjal, jangan biarkan dia memenangi kita. Sesungguhnya Dajjal sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan keseimbangan tenaga ini bagi memastikan manusia mengikut jalan sesatnya.
Jika manusia terlalu mencintai hiburan dan keseronokan dunia akibat termakan taktik projek masterpiece mind control, maka hilanglah keseimbangan yang menjadi lebih terarah kepada negatif. Maka Dajjal sudah tentu memenangi lebih ramai manusia untuk memerangi Isa al-Masih dan al-Mahdi. Amalan kitalah yang menentukan di saf mana kita akan berdiri dalam perang akhir nanti.
(Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan