Translate

Ahad, 21 Februari 2010

Saya Mempertahankan Haji Hadi Apakah Saya UG Atau Puak Terengganu..

Tahun 1990 saya tinggal di Marang yaitu kampung orang tua saya dan berkebetulan pula berlakunya pilihan raya umum. Tahun yang paling bersemangat buat saya kerana kehadiran begitu ramai pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang. Tempat terletaknya kilang milik Allahyarham Tan Sri Yahya yang mana pengundi tersebut diangkut dari kilang beliau. Biar pun dinafikan oleh rejim Mahathir dan SPR, ianya tetap menjadi sejarah kerana berhadapan sendiri dengan pengundi-pengundi tersebut......... maka pengundi hantu itu wujud walau pun tidak perlu dijadikan modal jika kalah. Tetapi sekurang-kurangnya kita tahu untuk menghadapi mereka.

Di Terengganu dahulu PAS mempunyai kekuatan tetapi ianya telah dilemahkan oleh Umno semasa PAS menyertai Perikatan yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional. Terlalu lama masa yang diambil oleh PAS untuk memulihkan kembali kekuatannya sehinggalah timbulnya kepimpinan ulama. Maka timbullah isu kafir mengkafir di Malaysia dengan Umno menguasai semua yang ada di Malaysia. PAS disalahkan kerana mengkafirkan orang-orang Umno dengan menabur fitnah yang jahat mereka itu diantaranya jika seseorang itu meninggal dunia, letak lambang PAS kat tapak tangan orang itu akan masuk syurga.............. dimana penulis-penulis blog pada masa bukan zaman IT?............ mungkin tengah belajar kat luar negara atau masih berhingus atau belum lahir lagi........... Maka jangan bagi alasan jika dah ada IT atau ada itu ada ini pada masa itu kerana Islam tidak akan tertegak di bumi Malaysia ini dalam masa 10 atau 20 tahun lagi. Tetapi apa yang kita dapat ialah berjaya memulihkan penjajahan dipemikiran orang Islam dan bukan Islam.

Apakah anda merasakan yang Islam akan menang pada PRU 13 atau PRU 14 atau pun pada PRU 15? Simpanlah angan-angan anda itu didalam laci atau pun selit kat celah-celah buku dahulu. Kerana anda merasakan Allah begitu mudah untuk memberi kemenangan jika sekarang ini pun dah berpuak-puak. Macam-macam title diberikan pro UG lah, pro Edogan lah, puak Terengganu lah, puak Kelantan lah............ Siapakah yang memberi nama-nama dan gelaran-gelaran tersebut?. Tanyalah diri anda sendiri............

Bila pemimpin Umno memuji pemimpin PAS, anda sudah melatah dengan mengatakan itulah tandanya puak UG. Anda menulis seperti pakar politik tetapi langsung tidak memahami apabila musuh memuji. Pandanglah diri anda apabila anda sendiri apabila mengampu bos anda, mesti anda berkehendakkan sesuatu............. anda akan kata anda ikhlas, tetapi anda sendiri tidak memahami pengertian ikhlas itu sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditanya oleh Sahabat r.a. tentang ikhlas dan Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa Ikhlas itu umpama seekor semut yang hitam duduk diatas batu yang hitam dan terletak didalam gua yang gelap gelita. Jadi, anda sendirilah yang menilai apa yang ada pada diri anda sendiri dan apabila saya menceritakan tentang ujian.......... saya dituduh munafiq oleh 'Pemburu Syahid' yang mungkin sudah sampai cita-citanya yang murni itu.

5 ulasan:

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Kita akan terus pertahankan kepimpinan ulama...

Tiada lagi istilah UG kerana ia tidak wujud.. dan telah terhapus!

dendam dan hasad bukan mudah dipadamkan

bung berkata...

yup
pas berjuang kerana islam
terus mendukung kepimpinan ulama
jgn nak mengada2 timbulkan psal kepimpinan islam plak sebab ulama mmg dah diiktiraf pewaris nabi

mana2 yang menolak prinsip kpimpinan ulama, menolak kaedah wala dan thiqah dalam jemaah, silalah keluar pas dan buatlah jemaah baru dengan konsep yg dibanggakan sangat tu

kk berkata...

pas recond yang diamanahkan oleh umno untuk memusnahkan pas dari dalam, cakap senang buatnya payah. orang luar trg kata pengundi hantu hanya rekaan dan propaganda pas terengganu kerana tidak dapat menawan terengganu, apakah mereka dinegeri lain igt mereka akan menang pru akan dtg jika pengundi hantu yang dihantar ke terengganu dikembali semula ke negeri masing masing? apakah mereka tahu yang selangor dan perak paling ramai mengimport pemain hantu ke trg

Tanpa Nama berkata...

ayoh chik, cikgu pa, ustaz bakor chik, ustaz haron taib, ustaz wan dagang...etc sudoh lama buat kerja untuk pas. bumi tranung bertuah mengeluarkan orang macam ni, ini bukang kebetulang, tapi rahmat Allah. orang orang dulu seperti tok pelang, sheikh berahim, tok pulau manis banyok berjasa dan mencurah ilmu islam di tranung. dan generasi kemudiang timbul dengan membawa mesej islang tapi zaman berbeza. doh yang mung dok kata puok tranung tu bakpe pulok ? tak dok timbul masaalah puok tranung ke, puok besut ke, puok kelatang ke.. tu seme tak dok.

musafirlalu berkata...

Salam buat semua..... ada yang hendak berpolitik tetapi tidak benar-benar memahaminya kerana itulah dikatakan politik suku agama suku oleh Ayah Chik yang membawa pengertian yang cukup luas kerana itulah ada yang tidak benar-benar memahami mesej yang saya utarakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular