Translate

Ahad, 25 April 2010

BN akan Menang 90% Undi, Kata Blog BPN.

BN sedang mendahului undi di Hulu Selangor. Ini merupakan kajian yang dibuat sehingga jam 12 tgh tadi oleh seorang bekas pensyarah Universiti Oxford, iaitu Pak Mail Entot. Menurut kata dia, kajian yang di buat di kedai kopi berdekatan rumah nya, ia dapati 90% pelanggan kedai2 tersebut mengundi BN kerana mereka telah muak dan MENYAMPAH dengan sikap buruk dan huduh Pakatan Rakyat. Menurut mereka lagi, mereka malu nak hantar wakil yang akan melompat macam beruk di dalam parlimen. (Blog Malaysia-2Day)

Oleh kerana BN dah menang 90 % undi di Hulu Selangor, bagaimana kalau penyokong BN tak payah buang undi lagi. Buat apalah nak berpanas-panas keluar mengundi kalau dah menang dan bagi yang nak undi PR pastikan anda keluar mengundi.

Mungkin kerana AURA yang ada pada Najib One Malaysia telah memenangkan BN di Hulu Selangor. AURA tersebut tidak dimiliki oleh timbalannya, menyebabkan Najib One Malaysia terpaksa berkempen dalam PRK.

Satu sejarah buat BN kerana PM terpaksa turun berkempen yang selama ini dalam setiap PRK hanya diserahkan kepada timbalannya. Kalau kerja kat pejabat dah semakin kurang kerana diambil alih oleh APCO, maka banyak masa untuk ke Hulu Selangor.

Atau beliau telah dinasihatkan oleh APCO agar menonjolkan diri dikhalayak ramai dengan menghulurkan cek-cek yang pasti tidak laku. Tidakkah Najib One Malaysia terkenal dengan 'Mod Cek' yang besar-besar tetapi kosong apabila hendak ditunaikan. Tahniahlah buat BN dan Najib One Malaysia kerana telah menang awal dalam PRK Hulu Selangor.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular