Translate

Ahad, 7 April 2013

Macam Tak Percaya Jer Janji SiMunafik: Tuan Guru Ibrahim Dengan 400,000 Ahli, Dia Pengikut Dah Ramai, Baik Tun Pi Tolong Berkempen Untuk Mukriz.


Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali

Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen. Sumber

5 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

Ibrahim Ali hidup dalam dunia pelbagai sebagaimana setengah pemimpin politik yang lain. Anwar Ibrahim yang asalnya juga rapat dengan Ibrahim Ali membawa pakej politik yang hampir sama. Kedua-dua mereka mampu menukar corak, sesuai dengan rupa keliling. Cuma Ibrahim Ali tidak terpalit dengan isu moral yang banyak.

Tanpa Nama berkata...

Badut bangsawan dengan pran bergabung.... Cantik lah tu semoga kedua-duanya pupus buat selama-lamanya

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim Ali dan Mahdhir dikira dah membusuk sampai ke usus.Lepas PRU 13 ni kita kuburkan kedua-duanya untuk selama-lamanya. MAS......

madey berkata...

Madey n brahim ali go to hell

Tanpa Nama berkata...

Imigran Terengganu yg datang ke Perak ni, mmg tidak dialu2kan berada di negeri ini!!! kan Ruzanah??!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular