Translate

Jumaat, 4 Jun 2010

Kesian Saiful : Bila nak Buat Sumpah Laknat Kali Kedua !!!!

Bukannya kita tak kesian kat budak Saiful yang mengaku di paksa/rela liwat keatasnya oleh seorang tua yang sakit belakang. Untuk menunjukkan betapa benar pengakuannya diliwat, maka bersumpah laknatlah beliau dihadapan seorang iman muda dengan dipanggil media massa sebagai saksi.

Iman muda yang baru sahaja menikah sepasang pengantin telah diarahkan oleh pihak atasan masjid supaya mengajar si Saiful bagaimana caranya membuat sumpah laknat. Tanpa apa-apa bantahan, iman muda tersebut pun mengajarlah si Saiful bersumpah.

Apa yang mengejutkan kita semua semasa perbicaraan kes liwat tersebut ialah kenyataan daripada doktor pakar yang mengatakan terdapat dua kesan DNA. Siapakah seorang lagi yang dirahsiakan oleh si Saiful yang meng'ANU'kan beliau. Beranikah beliau bersumpah laknat kali kedua atau pun sumpah laknat beliau yang pertama telah betul-betul melaknatkan beliau?.

Walau bagaimana pun, hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular