Translate

Sabtu, 5 Jun 2010

Rakyat Palestin Di Bunuh Bukan Kerana Rejim Zionis Kuat.


Apabila rakyat Palestin dibunuh kejam oleh rejim Israel, mereka memberi alasan kerana AS berada di belakang rejim Israel. Tiada negara yang berani menyentuh rejim Israel baik dibumi Palestin, mahu pun di Majlis Keselamatan PBB. Apa pun tekanan yang diberikan, pasti AS akan menggunakan kuasa veto untuk membela rejim Israel.

Rejim Israel berani menyembelih rakyat Palestin bukan kerana kekuatan yang ada pada mereka mahu pun AS pembela nombor wahid mereka. Kenapa rejim Israel begitu berani sedangkan negara haram mereka dikelilingi oleh  negara-negara umat Islam.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang memberi lampu hijau kepada rejim Israel untuk menyembelih umat Palestin. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaan yang ada pada mereka. Sebagaimana yang dilakukan oleh rejim Hosni Mubarak yang menyekat segala bantuan kepada rakyat Palestin.

Bagi umat Islam diseluruh dunia, hanya rakyat Palestin sahaja yang dapat membebaskan bumi mereka daripada cengkaman rejim Israel dan sekutu-sekutu mereka. Kita tidak boleh mengharapkan pemimpin-pemimpin negara umat Islam membantu kerana mereka sendiri menjadi talibarut rejim Zionis.

Mereka yang berfikiran sekular cukup-cukup takut apabila rakyat mereka kembali kepada Islam. Bagi mereka, gerakan Islam mesti dihalang daripada bangkit. Kerana itulah para pemimpin gerakan Islam dipenjara dan dibunuh, sebagaimana yang belaku kepada Ikhwan Muslimen di Mesir, Jordan, Algeria, Indonesia hatta di Malaysia.

Kita lihat dinegara kita sendiri yang dilebalkan oleh Barat sebagai negara Islam contoh kerana menghalalkan judi bola kerana ada lesen. Negara Islam contoh kerana mempunyai kilang arak terbesar di Asia. Negara Islam contoh kerana mengamalkan hukum Syariah ala Umno.

Seluruh dunia terkejut apabila tentera rejim Israel menyerang konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diperairan antarabangsa. Dunia dan kita terkejut bukan kerana serang ganas rejim Israel, tetapiunia terkejut melihat pemimpin negara umat Islam baru mengetahui betapa ganasnya rejim Israe dl. Betapa selama ini para pemimpin negara umat Islam yang mengaku sebagai penganut Islam baru bangun dari tidur. Tidakkah ini amat-amat memalukan?.

Dr. M sendiri mengecam tindakkan ganas rejim Israel itu, tetapi apakah jasa yang beliau lakukan semasa menjadi PM Malaysia?. Dunia pun tahu kecaman keras terhadap rejim Israel di tahun terakhir beliau menjawat jawatan PM sebelum diserahkan pemerintahan Malaysia kepada Pak Lah.

Kenapa semasa beliau dipuncak kekuasaan, beliau tidak berani melakukannya?. Malah beliau sendiri membenarkan pasukan kriket memasuki Malaysia dan memenjarakan ketua/timbalan pemuda PAS yang melakukan demo terhadap kerajaan pimpinannya. Inilah sikap beliau yang sanggup memenjarakan rakyat sendiri semata-mata untuk menjaga hati pihak rejim Israel.

Beliau juga telah menolak firman Allah s.w.t didalam Al-Quran yang terang dan nyata bagaimana bangsa Yahudi adalah bangsa yang dilaknati oleh Allah s.w.t. Dr. M merasakan yang beliau lebih bijak daripada Allah s.w.t. dengan membawa masuk sekumpulan remaja Yahudi ke Malaysia untuk menunjukkan kepada bangsa yang dilaknati itu bagaimana harmoninya kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Beliau merasakan yang remaja Yahudi tersebut akan pulang ke negara haram mereka dan memberitahu kepada pemimpin-pemimpin mereka agar dapat melakukan perkara yang sama dalam menjalani kehidupan sama antara rakyat Palestin dan bangsa Yahudi. Apakah Dr. M dapat mengatasi apa yang telah diterangkan oleh Al-Quran?. Kita sebagai rakyat Malaysia patut merasa malu kerana memiliki pemimpin seperti itu yang merasakan mereka lebih mengetahui dan lebih bijak daripada Maha Pencipta.   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular