Askar British.
Hari kemerdekaan yang ke 53 dah semakin hampir yang mana ia jatuh didalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Sejak dari kecil kita telah disajikan bagaimana negara mendapat kemerdekaan daripada penjajah British. Malaysia telah mula dijajah oleh penjajah Portugis pada 1511, yakni selama 499 tahun. Dalam waktu hampir 500 tahun dijajah, Malaysia mula diganti oleh Belanda, British, Jepun, Komunis dan kemudian dijajah semula oleh British selepas kekalahan Jepun pada perang dunia ke 2.
Sebelum Malaya diberi kemerdekaan, sejarah Malaya telah diputar-belitkan oleh British dengan bantuan Umno. Maka jadilah pemimpin Umno sebagai pejuang kemerdekaan yang unggul dimata rakyat Malaysia dan dunia. Umno berjaya membawa kemerdekaan Malaya tanpa berlaku pertumpahan darah. Umnolah yang berjaya menghalang penjajah British dari menjadi 'Malaya Union'. Umnolah juga yang telah berjaya membangkitkan semangat orang Melayu untuk bangun menentang cita-cita penjajah British itu.
Tetapi, apakah fakta sejarah yang dihidangkan kepada kita sejak kecil itu benar?. Dimana hilangnya nama-nama besar daripada Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar Ba'qi, Datuk Maharajalela, Ibrahim Yaacop, Ahmad Boetaman, Dr. Burhanuddin, Prof. Zulkifli, Datuk Asri dan ramai lagi yang tak dapat saya sebutkan.
Apakah rakyat Malaysia kenal dan tahu wujudnya nama pejuang-pejuang tersebut?.
Dimanakah perginya sejarah tentang mereka?.
Adakah mereka hanya dianggap sebagai pengkianat seperti tuduhan penjajah British?.
Apakah kerajaan yang memerintah (Umno/Bn) masih menganggap mereka seperti tuduhan penjajah British?.
Jika itulah yang berlaku, maka amat malanglah buat rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui akan tentang sejarah sendiri. Setiap titisan darah mereka-mereka ini bagai tiada harga buat Umno/Bn. Jika Umno merasakan yang penubuhan Umno pada tahun 1946 lebih penting, itu hanyalah satu penipuan buat generasi baru.
Perlu diketahui bahawa penubuhan Umno adalah dengan restu dan sokongan total daripada penjajah British. Umno telah mengambil kesempatan diatas penangkapan pemimpin-pemimpin umat Islam dibawah ISA. Penjajah British mengharamkan Hisbul Muslimin dan KMMM pun atas pesetujuan dari 'Anak Emas' mereka yang melihat akan kebangkitan orang Melayu.
Ini kerana bagi pandangan pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan penjajah British, satu perkara yang tidak bagus untuk kuasa mereka. Dato Onn Jaafar semasa menjadi Menteri Besar Johor telah menyebut, 'HUBAYA HUBAYA' yang bermaksud 'Bahaya Dari Gunung'. Beliau merujuk kepada Gunung Semanggol kerana tertubuhnya parti Islam 'Hisbul Muslimin'. Akibatnya, Hisbul Muslimin diharamkan dan Ustaz Abu Bakar Ba'qi sendiri telah ditangkap. (Bersambung)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan