"Tak belajar tinggi tak apa pasal orang Galas dah kenal, calon PAS orang Galas tak kenal walau ada pangkat Doktor",itu kata anak si Yatim. Belajar tinggi atau rendah bukan isunya, yang menjadi isu adalah akhlaknya. Itulah masaalah yang dihadapi oleh Umno untuk menyakinkan para pengundi baik di Malaysia mahupun di Dun Galas amnya
Benarkah calon BN lebih terkenal dari calon PAS seperti yang mereka dakwakan itu.. Kerap sangat ke orang di Dun Galas berjumpa dengan S/U Bahagian jika hendak dibandingkan dengan Dr. Zul mempunyai klinik swasta di pekan tersebut?.
KJ kata PAS tiada isu untuk diketengahkan kepada penduduk di Dun Galas. Sedangkan bagi PAS, beliau pun boleh digunakan untuk menjadi isu. Isunya, bagaimana seorang anak muda yang baru berumur 20 an dapat mengumpul berjuta-juta dalam masa yang singkat.
Beliau boleh berkongsi idea dengan penduduk Gua Musang yang rata-ratanya berada diparas kemiskinan yang paling dahsyat (itu kata Syahrizat Jalili). Bagilah sedikit tip kepada penduduk Gua Musang bagaimana beliau boleh bergelar 'Orang Kaya Baru' (OKB).
Orang Gua Musang tertanya-tanya juga, apakah dah tiada lagi calon untuk Umno ketengahkan sehinggakan S/U dijadikan calon. Sudah mula timbul rasa tidak puas hati buat sesetengah pemimpin bahagian mahupun diperingkat negeri.
Bagi mereka, mampukah Ku Li menggunakan pengaruhnya untuk memberi kemenangan kepada calon mereka. Sedangkan kerusi Galas pun Ku Li kalah kepada Dr Zul pada PRU 12 yang lalu walau pun beliau menang kerusi parlimen. Calon yang dikilangkan semula inilah yang memalukan Ku Li di kubu kuatnya sendiri.
Jika dahulu, PAS tidak akan ada harapan untuk merampas salah satu daripada 3 kerusi Dun yang berda di dalam parlimen Gua Musang. Pengaruh beliau dikalangan orang asli pun sudah tidak lagi membantu setelah kesedaran politik mula dirasai dikalangan orang asli dan penduduk Gua Musang.
Kerana mereka sedar walau pun kerajaan pusat menidakkan pembangunan di Gua Musang, kerajaan PAS Kelantan telah berjaya membangunkan pekan tersebut walau peruntukkan disekat oleh kerajaan BN. Ditambah pula dengan kehadiran DS Rais yang menjadi orang kanan Ku Li semasa era S46.
Penduduk Gua Musang mungkin tidak akan lupa bagaimana mereka telah dipermainkan oleh 2 watak utama pemimpin S46 tersebut. Seorang tukang bakar jambatan dan seorang lagi dengan kata-katanya yang terkenal, "Saya akan tetap mempertahankan Semangat 46 walau pun hanya tinggal saya seorang sahaja".
Sikap hipokrit yang ada pada para pemimpin Umno tidak akan berubah bila ada sahaja PRK. Dengan janji tidak akan menggunakanrasuah projek, tiba-tiba Huhyiddin umum projek perumahan untuk rakyat sebanyak RM160 juta. Itu pun belum lagi penamaan calon. Alasan basi yang diberi, ianya telah dirancang sebelum PRK lagi.

Itu bab pemimpin Umno, ini pula dengan para blogger BPN yang menyatakan bahawa mereka dokumen sudah berada kat tangan berkaitan isu penyelewangan 'Ladang Rakyat' oleh PAS. Elok sangatlah kalau ada bahan bukti kerana kita pun nak tahu juga siapa.
Yang musykilnya kenapa tak repot kat SPRM jika benar ada kes. Mereka pun cukup faham yang SPRM cukup mesra dengan pihak pembangkang. Jangan kata ada dokumen, dengar khabar-khabar angin pun mereka dah terpacak kat depan pejabat atau rumah. Jangan hanya tahi aje besar, tapi habuk pun tarak.
Ada pula yang kata duit baiki jalan yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dah lesap. Katanya duit dah bagi tapi jalan masih lagi berlubang. Baiknya kerajaan pusat kerana bagi duit suruh baiki jalan. Macam orang kering idea je bunyinya?. Takkan blogger BPN bodoh sangat bila cakap tentang peruntukan dari kerajaan pusat? Macam nak perli Ku Li je bunyinya kerana kebiasaan ketua bahagian lebih berkuasa daripada DO.
So............. bagaimana KJ, siapa yang sebenarnya yang tiada isu. Isunya berapa banyak wang yang digalas untuk ederan kali ini dan berapa ramai hantu dan puaka yang akan beliau bangkitkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan