Translate

Sabtu, 9 Oktober 2010

Dun Galas : Minyak..Minyak.. Umno Tertekan.

Apabila Ku Li menerima jawatan sebagai pengarah pilihan raya Dun Galas, senario telah mula berubah. Ini bermakna Ku Li telah memilih jalan bijak agar beliau boleh menolak daripada dicalonkan sebagai wakil Bn. Walaupun kata putus belum dapat disahkan adakah beliau menerima atau menolaknya.

Khabar-khabar angin mula bertiup yang mana Umno mungkin menurunkan SU Bahagian Gua Musang sebagai calonnya. Jika benar, beliau hanyalah menggunakan pengaruh Ku Li semata-mata yang telah bertapak di Gua Musang sejak 1976 sebagai ahli parlimen.

Apa yang menarik dengan PRK Galas ialah kerana Umno dilihat cuba mengenakan Ku Li berkaitan isu royalty minyak. Ku Li telah menyokong tuntutan kerajaan Kelantan terhadap medan minyak yang telah digali diperairan Kelantan. 

Umno merasakan yang Ku Li sendiri yang patut menjawab isu yang akan dibangkitkan oleh PAS. Dengan pelantikan itu juga, Umno merasakan yang mereka telah berjaya membalas dendam terhadap Ku Li. Walau sebanyak mana pun alasan yang diberikan oleh Umno berkaitkan 5 % royalty minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan, ianya tetap tidak boleh diterima.

Dengan alasan pelantar minyak tersebut berada luar pesisir pantai Kelantan, maka kerajaan Kelantan tidak berhak mendapat walau sesen pun. Tidakkah alasan itu cuba memperbodohkan rakyat Kelantan?. 

Seandainya Kelantan berada didalam wilayah Thailand, apakah Petronas berhak mengali minyak dikawasan tersebut?. Jika perairan Kelantan tiada memiliki minyak, kenapa wang ehsan sebanyak RM 20 juta dihulurkan sebagaimana berlaku kepada kerajaan Terengganu?.

Sememangnya rakyat Kelantan berhak menerima RM 1 bilion daripada hasil royalty 5 % tersebut. Tiada istilah wang ehsan jika mana-mana negeri tidak mempunyai medan minyak. Inilah yang dikatakan sikap double standard kerajaan One Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jika kerajaan One Malaysia ingin sangat memberi wang ehsan, berilah kepada kerajaan Perlis dan Pahang yang sudah muflis kerana para pemimpinnya sudah terlalu lama mengaut hasil mahsul demi kepentingan nafsu serakah mereka. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular