UMNO Kelantan akan membuat tapisan barisan penceramahnya pada kempen
pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memastikan
hanya penceramah berwibawa sahaja dibenarkan berkempen.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin, berkata ia bagi
mengelakkan ada penceramah yang dipertikaikan kebolehan dan tidak mampu
memberikan hujah bertepatan dengan isu semasa.
"Sebab itu penceramah yang akan berkempen nanti perlu bersesuaian dan
mampu memberikan impak dengan hujah-hujah yang bernas dan diterima
pengundi di DUN Galas itu nanti".
"Kita akan susun jentera penerangan ini agar menepati kehendak pengundi
dan bukan ceramah sahaja yang akan ditekankan tetapi ada kaedah kempen
lain akan kita gunakan untuk mematah serangan lawan," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Pertandingan Futsal 1Belia Peringkat
Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Jika itu kehendak Umno Kelantan, tidak mustahil 2 spesis ini mungkin termasuk dalam senarainya. Ketua Pemuda Umno ini cukup dibenci oleh Umno Kelantan kerana beliaulah Umno hampir berkubur di Kelantan.
Beliau yang cukup berlagak semasa Pak Lah memegang tampuk pemerintahan negara dengan Islam Hadharinya. Dr. Mahatdir cukup menyampah dengan mangkuk hayung ini.
Beliau juga antara penyebab Dr. Mahatdir keluar Umno setelah semua teguran tidak diambil peduli oleh media massa kerajaan. Sikap kurang adat yang ada pada budak mentah ini semakin terserlah ketika beliau lebih kedepan daripada mentuanya sendiri.
Tidak ketinggalan ialah barua Umno yang cukup terkenal dengan maki hamunnya. Jangan kata PAS, PKR atau DAP yang sememangnya sudah menjadi musuhnya, malah KJ yang menjadikannya barua Umno pun dimakinya.
Buat penduduk Dun Galas, elakkan diri anda daripada 2 mangkuk ini kerana inilah virus H1N6. Jika terjumpa, anda dinasihatkan menyembunyikan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan