Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 4 November 2010

Dun Galas : Pusat Pengundian Ditutup.


5.00pm Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.

4.39pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.

Empat peti undi dari daerah mengundi Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai itu dimaterikan sebaik tamat tempoh pengundian.

Kesemua peti berkenaan mula tiba di tempat penjumlahan di Dewan Sivik, Gua Musang sejak jam 2.15 petang tadi.

"Kita tidak dapat semak berapa sebenarnya yang keluar mengundi di kawasan Orang Asli itu sebab tidak ada talian telefon di situ," katanya lagi.

Kesemua peti undi berkenaan telah pun berada di pusat penjumlahan dan menunggu masa untuk dijumlahkan.

"Keputusan ini yang orang hendak tahu dulu, sebab keputusan (tidak rasmi) di peti undi lain, ejen-ejen calon sudah tahu," katanya.

Pada masa ini sedang berlangsung proses menyisihkan sebanyak 177 undi pos dan akan dijumlahkan bersama dengan undi lain, katanya.

Jumlah undi pos tersebut termasuk sebanyak 127 undi dari anggota polis dan selebihnya dari petugas SPR. (MK)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular