Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 8 November 2010

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.5)


Kebimbangan Moscow Terhadap "Caucasus Bersatu"

Chechnya, yang telah menjadi agenda dunia sejak sedekad yang lalu, merupakan sebuah negara kecil yang berukuran kira-kira 16,000 kilometer persegi. Di dalam Persekutuan Rusia hari ini, ada 19 republik autonomi yang mempunyai kedudukan yang sama seperti Chechnya. Republik-republik ini membentuk 28 peratus, dalam satu perempat, daripada keseluruhan wilaayah Rusia. Moscow masih memiliki pengaruh yang kuat ke atas republik-republik tersebut, dan sangat berharap agar pengaruh tersebut dapat kekal selama-lamanya. Kehilangan Chechnya akan memecahkan cengkaman kuasa Rusia terhadap republik-republik yang lain, dan seterusnya akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain untuk melakukan tindakan yang serupa. Jika orang-orang Chechen, yang banyaknya seperti kumpulan askar Rusia sahaja, berpisah dari Rusia, ini akan mencetuskan penubuhan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan di dalam republik-republik autonomi yang lain. Karekteristik paling jelas yang terdapat pada republik-republik di dalam Persekutuan Rusia ialah cara mereka mempengaruhi di antara satu sama lain dengan berkesan sekali, dan bagaimana sesuatu perubahan yang berlaku di dalam sesebuah republik dapat mempengaruhi yang lain.

Di samping semua ini, masih ada satu elemen yang menjadikan Chechnya begitu penting kepada Rusia. Ketakutan Moscow yang sebenar, seperti contoh di Bosnia dan Kosovo, ialah penubuhan dan perjuangan membela hak-hak umat Islam yang tinggal di dalamnya. Inilah sebab paling penting mengapa perang yang tidak ber perikemanusiaan dilancarkan oleh pentadbiran Rusia terhadap Chechnya, yang mana mereka telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menghapuskan identiti agama orang-orang Chechen, dan dengan itu mengenakan penindasan kejam ke atas mereka, memusnahkan masjid-masjid, mengharamkan ibadat kepada Allah, dan melarang pendidikan yang bersifat keagamaan.

Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama, keazaman mereka berjuang untuk hidup dengan berlandaskan agama, dan identiti keislaman mereka yang amat kuat memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain di Caucasus. Idea "Cacasus Bersatu" yang telah dicadangkan oleh Imam Mansur pada tahun 1780-an yang bertujuan untuk menyatukan seluruh Caucasus, benar-benar telah memberi amaran kepada Rusia. Ini kerana ciri utama penubuhan kesatuan tersebut ber sifat Islamik, dan ia memberikan ancaman getir terhadap segala kepentingan Rusia.

Ketakutan-ketakutan ini telah menimbulkan keinginan Rusia untuk melihat "Chechnya tanpa Chechen". Berdasarkan kepada polisi semasanya, Rusia mahu menghapuskan orang-orang Chechen sehingga ke akar umbi, menghalang sebarang penubuhan kesatuan Islam, dan mahu mengambil semula bekas-bekas tanah jajahan yang hilang ke pangkuan dominasinya semula. Sedangkan, walaupun "Caucasus Bersatu" ditubuhkan, ia tidak perlu dianggap sebagai satu per kembangan anti-Rusia. Jika Rusia menjalinkan hubungan baik dengan umat Islam Caucasus, jadi tiada sebab bagi mereka, sama ada merdeka atau tidak, untuk menunjukkan sikap menentang terhadap Moscow.

Perjuangan Berterusan Orang-orang Chechen yang Tidak Bersenjata

Terdapat banyak contoh di dalam polisi-polisi Rusia yang lebih cenderung kepada keganasan berbanding keamanan. Rusia sudah menjalankan pelan-pelan sulitnya di Chechnya, terutama sekali pada permulaan 1990-an. Rusia berpendapat bahawa mereka tidak boleh menghapuskan orang-orang Chechen yang kesatuan mereka tidak mudah untuk dipecahkan, dengan menggunakan kuasa ketenteraan semata-mata. Jadi Rusia cuba melemahkan Chechnya dari dalam dan mencuba berbagai-bagai cara untuk melakukannya. Rusia memulakan langkah pertamanya dengan memusnahkan perpaduan mereka dan mencetuskan kekacauan di Chechnya dengan masuk campur di dalam pilihan raya, membeli ahli-ahli politik, melakukan penculikan dan tindakan-tindakan terorisme, menggunakan paderi-paderi pro-Rusia dan seterusnya mencetuskan perbezaan-perbezaan agama, termasuklah mengenakan tekanan ekonomi dan politik. Namun, segala usaha tersebut tidak mencapai apa yang di harap­kan.
Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan ujian kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(Al-Buruuj, 85:10)


Pada tahun 1990-an, Rusia telah berusaha untuk menjahanamkan Chechnya dari dalam. Apabila Rusia sedar bahawa mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah mewujudkan polisi yang zalim dan ganas. Cara-cara yang dilakukan tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah dilakukan Stalin dan Lenin yang telah membunuh berjuta-juta manusia.
Pendudukan Rusia ke atas Chech nya pada 1991 telah ditamatkan oleh Dzhokar Dudayev. Kemudian satu ke kacauan serius pada bulan November 1994 bertukar menjadi sebuah pe pe­rangan pada 11 Disember tahun yang sama. Lebih 100,000 orang-orang Che chen hilang tempat tinggal, dan beratus-ratus ribu yang lain terpaksa menjadi pelarian. Penggunaan senjata kimia yang diharamkan telah membawa kepada genocide. Selain itu, oleh kerana Rusia sudah memberitahu bahawa Chechnya hanyalah satu "masalah dalaman", tiada sebarang reaksi serius dari dunia luar. Tiada bantuan yang dihulurkan kepada kepada orang-orang Chechen, melainkan beberapa negara-negara Eropah.
Peperangan tersebut berakhir pada Ogos 1996 apabila Rusia mengakui kekalahannya. Kejayaan orang-orang Chechen ke atas Rusia telah memberi kesan mendalam kepada republik-republik yang lain di Caucasus. Pada tahun 1998, penduduk di utara Cacasus telah berhimpun dalam "Konvensyen Penduduk Cacasus Utara" di Grozny, ibu negara Chechnya. Kesemua negara-negara peserta bersetuju dengan posisi masing-masing untuk mengelakkan dari tercetusnya sebarang konflik yang mampu memecah-belahkan penduduk di utara Caucasus, dan saling memberi perlindungan di dalam serangan yang dilancarkan oleh Rusia. Kesatuan ini memberi mimpi ngeri kepada Rusia. Apa yang ditakuti selama ini telah menjadi kenyataan. Jika Rusia membenarkan ia berlaku, sebuah kesatuan Islam yang ditakuti akan muncul. Inilah sebabnya mengapa Rusia melakukan operasi keduanya untuk menentang Chechnya. Kali ini, cara yang lebih kejam dilakukan, dan siksaan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas orang-orang yang tidak bersenjata di mata dunia. Namun atas sebab yang sama, kebuasan yang berlaku hanya dianggap sebagai "hubungan dalaman" Rusia.

Peperangan kedua sebenar yang berlaku di antara orang-orang Chechen dan Rusia bermula apabila Rusia mengepung dan mengebom beberapa perkampungan di Dagestan pada awal 1999. Lebih kurang 1,500 penduduk di perkampungan tersebut meminta bantuan daripada Chechnya, yang mana mereka menganggapnya sebagai pemimpin. Shamil Basayev, yang mula mendapat perhatian atas kejayaannya di dalam peperangan, telah memberikan bantuan kepada penduduk Dagestan pada musim panas 1999. Hanya dua buah kampung sahaja yang telah diserang oleh Rusia berjaya diselamatkan. Penyembelihan dahsyat telah berlaku di kampung-kampung tersebut, dan penduduk yang tidak bersalah telah dibunuh kejam. Peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Chechnya, yang masih berlaku pada hari ini, telah tercetus lagi menerusi insiden ini.
Kuasa Rusia menceroboh Chechnya pada tanggal 2 Oktober 1999 dan telah melakukan siri pembunuhan yang sangat kejam kepada sesiapa sahaja yang mereka temui, tanpa mengira wanita, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka mula menyerang penduduk awam. Senjata-senjata kimia, peluru berpandu scud dan napalm (Pent: iaitu sejenis bahan petrol seperti agar-agar yang digunakan untuk membuat bom) telah digunakan di dalam serangan-serangan tersebut. Manakala hospital-hospital, wad-wad bersalin, kawasan membeli-belah dan kem-kem tahanan dijadikan sebagai sasaran serangan.
Bersambung........

Harun Yahya
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular