TUNISIA
Rakyat Ditindas Hanya Disebabkan Keimanan Mereka
Afrika Utara adalah satu lagi kawasan yang dilanda kekacauan selepas berlalunya zaman Turki Uthmaniyyah. Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ. Namun demikian, kolonialisme telah memusnahkan kedamaian dan keselamatan di situ, termasuklah pentadbiran Uthmaniyyah. Proses kolonialisasi di Afrika bermula dengan kemasukan Belanda pada abad ke-17. Portugis, Inggeris dan Perancis kemudian membina empayar mereka di pelbagai wilayah di ka wa san tersebut. Namun demikian, untuk me rampas teritori-teritori yang dimiliki oleh Turki Uthmaniyyah di Afrika Utara, mereka terpaksa menunggu sehingga kurun ke-19. Tunisia adalah salah sebuah negara yang telah melalui proses tersebut.
Pertembungan Tunisia dengan dunia Islam berlaku apabila pihak tentera Islam yang dipimpin oleh Abdallah ibnu Abi Sarh melaku kan penaklukan pada tahun 648. Dalam jangka masa yang singkat, negara ini telah menjadi sebuah negara Islam, dan di penghujung abad ke-7, seluruh populasinya adalah terdiri dari pada orang-orang Islam. Selepas itu, para pemerintah telah silih-berganti, tetapi ke damaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah. Tunisia menjadi wilayah Turki Uthma niyyah dan ia terus kekal di bawah status tersebut se hinggalah tahun 1881. Berbeza dengan corak pe merintahan dik ta tor yang diamalkan di Barat, Turki Uthmaniyyah diperintah dengan berlandaskan kedamaian dan toleransi, yang mana kedua-duanya adalah ciri-ciri Islam. Di samping umat Islam Arab yang menjadi po pulasi majoriti di situ, pelbagai jenis kumpulan-kum pu lan agama dan etnik seperti Berbers dan Yahudi, telah hidup dalam keadaan aman damai se waktu zaman penuh ke se jah teraan di Tunisia. Era aman damai ini ber terusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.
Bersambung..........
Harun Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan