Translate

Jumaat, 31 Disember 2010

2010...... Tahun Yang Penuh gelora Bagi Istana Kelantan

View Image
Sultan Muhammad V
View Image
Tengku Temenggong Dan Manahora
View Image
Sultan Ismail yang gering

Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan,Tuanku Ismail Petra mendakwa bahawa Tengku Anis mengawal ketat Sultan

Krisis Istana di Kelantan bermula sejak Wan Hashim memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)setelah Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) menerajui Kelantan pada tahun 1990. Sesudah itu silih berganti SUK yang menampakkan pertelingkahan kerajaan negeri dengan Istana semakin reda.

Masalahnya semasa Wan Hashim menjadi SUK ada seorang dalang yang sedang mengendalikannya.  Sehinggalah Wan Hashim yang sekian lama semacam dilupai walaupun ramai yang mengetahui akan  kerja jahatnya satu masa dulu tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan .


Yang pasti ada dalang disebalik tindakan berani Wan Hashim memecat Tengku Muhammad Faris dan melantik abang Ku Li iaitu Pengerusi Majlis Perajaan Negeri sebagai Pemangku Raja yang baru. Disinilah kita melihat bagaimana bijaknya Tengku Faris dalam mengendalikan isu ini dengan penuh bijaksana.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana Tengku Faris yang ketika itu menjadi Tengku Mahkota Kelantan telah bertindak sebagai orang tengah diantara kerajaan negeri dengan pihak istana. Baginda boleh dikatakan banyak jasanya dalam menjernihkan hubungan kerajaan negeri dengan pihak istana.
View Image
Cubaan merampas kuasa oleh Tengku Aziz.

Jika ditanya kepada rakyat Kelantan tentang Tengku Faris yang diangkat sebagai Sultan Kelantan yang baru dengan gelaran Sultan Muhammad V, pasti majoriti menyokong penuh pelantikan tersebut. Jika ada rakyat Kelantan yang tidak bersetuju, maka kita tahulah siapa  mereka.

Ketika Ku Li membuat sidang akhbar berkaitan penarikkan darjah kebesaran Kelantan oleh Paduka Sultan Muhammad V, beliau ada menyatakan bahawa beliaulah yang memberi cadangan agar Tengku Faris dilantik sebagai Pemangku Raja. Disini kita boleh membaca apa yang bermain-main difikiran beliau.
Tanpa cadangan daripada beliau pun, Tengku Faris tetap akan dilantik sebagai Pemangku Raja kerana baginda sendiri adalah Tengku Mahkota Kelantan. Apakah beliau berani memberi cadangan agar Tengku Temenggong atau Tengku Aziz sebagai Pemangku Raja?. 

Jika ini dilakukan oleh Ku Li, pasti ianya akan mencetuskan kemarahan rakyat Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah muak dengan permainan beberapa individu yang mengawal Istana Kelantan hatta Sultan Kelantan sendiri.

Apabila mereka tidak dapat melakukan kawalan (boneka) terhadap Tengku Faris maka mereka mempergunakan beberapa individu yang rapat dengan Istana Kelantan supaya menyingkir Tengku Faris. Disebabkan rancangan mereka tidak menjadi maka mereka tidak mengiktiraf Tengku Faris Sebagai Sultan Kelantan. 

Dan dengan berani mereka mengatakan yang Tengku Faris telah menderhaka terdapat bekas Sultan Kelantan. Semakin banyak mereka memburukkan Sultan Muhammad V, semakin banyak pula kebaikkan yang rakyat Kelantan nampak. 

Apa yang pasti, rakyat Kelantan semakin menjunjung kasih terhadap Paduka Sultan Muhammad V yang berjiwa rakyat. Sesungguhnya rakyat Kelantan beruntung kerana mempunyai Raja yang sentiasa mengambil berat dan senang didekati. Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi hidayah kepada Paduka Sultan Muhammad V dan juga kita semua.
Daulat Tuanku......
Daulat Tuanku......
Daulat Tuanku......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular