Translate

Memaparkan catatan dengan label krisis istana kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis istana kelantan. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

Tengku Fakry Saman KPN Dan Polis RM 150 Juta.


NONE
Tengku Muhammad Fakhry Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi berhubung penahanannya yang didakwanya dibuat secara salah pada Ogos 2009.

Tengku Fakhry menamakan Ismail, ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma undang-undang AS Dhaliwal and Co.

NONEBercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Fakhry berkata beliau
mengambil tindakan itu bukan bermotifkan wang tetapi untuk menuntut keadilan.

"Saya rasa ini adalah kali pertama seorang anggota keluarga diraja telah menamakan ketua polis negerinya sendiri sebagai defendan," katanya.

Peguam AS Dhaliwal dan Harpal Singh turut hadir semasa saman difailkan.
Mengikut penyata tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau telah ditahan secara salah pada 30 Ogos 2009 di perkarangan Istana Mahkota Kubang Kerian ketika sedang memandu kereta jenis Bentley Brooklands.   

Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau membawa kenderaan itu atas arahan Sultan Ismail Petra untuk dihantar ke Singapura tetapi berikutan arahan efendan kedua dan ketiga, anggota polis telah menghalang beliau memandu enderaan tersebut dan menutup pintu pagar istana tanpa memberi sebarang alasan.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa anggota polis menahan beliau selama sejam sebelum membenarkannya keluar dari Istana Mahkota tanpa membawa kenderaan itu.
   
Sambil menganggap penahanan itu sebagai mala fide dan salah di sisi
undang-undang, beliau memohon gantirugi am RM1 juta, gantirugi keterlaluan dan teladan sebanyak RM50 juta, faedah pada kadar 4 peratus, kos dan lain-lain.Malaysiakini

Rabu, 30 Mac 2011

Elia Suhana Kekal Sebagai Isteri Kedua Bekas Sultan Kelantan.


Elia Suhana Ahmad, 32, kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang hari ini, dipengerusikan oleh Datuk Daud Muhamad bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana, selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah.

Hakim Daud dalam penghakiman ringkasnya berkata, mahkamah juga telah menerima surat daripada peguam perayu yang menyatakan tidak lagi bertanggungjawab terhadap kes tersebut.

Beliau turut memerintahkan supaya perayu membayar kos sebanyak RM5,000 sebagaimana dipohon oleh peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Jumaat, 31 Disember 2010

2010...... Tahun Yang Penuh gelora Bagi Istana Kelantan

View Image
Sultan Muhammad V
View Image
Tengku Temenggong Dan Manahora
View Image
Sultan Ismail yang gering

Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan,Tuanku Ismail Petra mendakwa bahawa Tengku Anis mengawal ketat Sultan

Krisis Istana di Kelantan bermula sejak Wan Hashim memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)setelah Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) menerajui Kelantan pada tahun 1990. Sesudah itu silih berganti SUK yang menampakkan pertelingkahan kerajaan negeri dengan Istana semakin reda.

Masalahnya semasa Wan Hashim menjadi SUK ada seorang dalang yang sedang mengendalikannya.  Sehinggalah Wan Hashim yang sekian lama semacam dilupai walaupun ramai yang mengetahui akan  kerja jahatnya satu masa dulu tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan .


Yang pasti ada dalang disebalik tindakan berani Wan Hashim memecat Tengku Muhammad Faris dan melantik abang Ku Li iaitu Pengerusi Majlis Perajaan Negeri sebagai Pemangku Raja yang baru. Disinilah kita melihat bagaimana bijaknya Tengku Faris dalam mengendalikan isu ini dengan penuh bijaksana.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana Tengku Faris yang ketika itu menjadi Tengku Mahkota Kelantan telah bertindak sebagai orang tengah diantara kerajaan negeri dengan pihak istana. Baginda boleh dikatakan banyak jasanya dalam menjernihkan hubungan kerajaan negeri dengan pihak istana.
View Image
Cubaan merampas kuasa oleh Tengku Aziz.

Jika ditanya kepada rakyat Kelantan tentang Tengku Faris yang diangkat sebagai Sultan Kelantan yang baru dengan gelaran Sultan Muhammad V, pasti majoriti menyokong penuh pelantikan tersebut. Jika ada rakyat Kelantan yang tidak bersetuju, maka kita tahulah siapa  mereka.

Ketika Ku Li membuat sidang akhbar berkaitan penarikkan darjah kebesaran Kelantan oleh Paduka Sultan Muhammad V, beliau ada menyatakan bahawa beliaulah yang memberi cadangan agar Tengku Faris dilantik sebagai Pemangku Raja. Disini kita boleh membaca apa yang bermain-main difikiran beliau.
Tanpa cadangan daripada beliau pun, Tengku Faris tetap akan dilantik sebagai Pemangku Raja kerana baginda sendiri adalah Tengku Mahkota Kelantan. Apakah beliau berani memberi cadangan agar Tengku Temenggong atau Tengku Aziz sebagai Pemangku Raja?. 

Jika ini dilakukan oleh Ku Li, pasti ianya akan mencetuskan kemarahan rakyat Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah muak dengan permainan beberapa individu yang mengawal Istana Kelantan hatta Sultan Kelantan sendiri.

Apabila mereka tidak dapat melakukan kawalan (boneka) terhadap Tengku Faris maka mereka mempergunakan beberapa individu yang rapat dengan Istana Kelantan supaya menyingkir Tengku Faris. Disebabkan rancangan mereka tidak menjadi maka mereka tidak mengiktiraf Tengku Faris Sebagai Sultan Kelantan. 

Dan dengan berani mereka mengatakan yang Tengku Faris telah menderhaka terdapat bekas Sultan Kelantan. Semakin banyak mereka memburukkan Sultan Muhammad V, semakin banyak pula kebaikkan yang rakyat Kelantan nampak. 

Apa yang pasti, rakyat Kelantan semakin menjunjung kasih terhadap Paduka Sultan Muhammad V yang berjiwa rakyat. Sesungguhnya rakyat Kelantan beruntung kerana mempunyai Raja yang sentiasa mengambil berat dan senang didekati. Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi hidayah kepada Paduka Sultan Muhammad V dan juga kita semua.
Daulat Tuanku......
Daulat Tuanku......
Daulat Tuanku......

Selasa, 7 Disember 2010

Krisis Istana Kelantan: Mencari Kebenaran......

 
View Image
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.04.1993,Annuar Musa (baca UMNO) mendesak Tengku Ibrahim Indra Petra ditabalkan bagi menggantikan Sultan Ismail Petra kerana tak puas hati Sultan Kelantan memberi sokongan yang kuat kepada Ku Li & Semangat 46.

Pada 29.4.1993 Upacara melantik Tengku Ibrahim Indra Petra telah dilangsungkan di Ketereh anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan [Annuar Musa Pengerusinya] bagi mengantikan Sultan Ismail Petra yang ada sekarang, yang pada pemikiran pada waktu itu Sultan Ismail bukan waris yang sah.

Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas, Mohamad Yakob menghina Sultan. Pada 23.4.1993 UMNO membuat perarakan ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan turun tahta.

Pada pilihan raya 1990, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra telah dituduh berkempen untuk parti Semangat 46 kerana pemimpin Semangat 46, Tengku Razaleigh adalah anggota diraja Kelantan. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan Mahathir dan menuduh bahawa Sultan Kelantan telah melanggar peraturan dengan menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu tidak boleh masuk campur dalam urusan politik seperti yang
View Imagetermaktub didalam Raja Berperlembagaan.

Tetapi Mahathir membisu seribu bahasa apabila Sultan Johor dan Sultan Pahang menyeru agar orang melayu Menyokong Umno. Umno Baru pun ditubuhkan di Istana Johor yang kononnya mengenangkan kembali penubuhan Umno pada 1946 oleh Dato Onn Jaafar.

Umum mengetahui bagaimana seriusnya perpecahan yang berlaku kepada Umno antara Team A dan Team B. Itulah sikap hipokritnya Umno apabila sokongan orang Melayu terhadap mereka semakin pudar, maka akan dilaungkan diseluruh dunia yang orang Melayu sudah berpecah. Tidak kira siapa pemimpin tersebut, baik Mahathir mahu pun Ku Li, agenda mereka tetap sama.

Sekarang Umno dengan 'Ketuanan Melayu' dan Ku Li pula dengan 'Darjat Yang Diambil ' kembali oleh Sultan Muhammad V iaitu cucu saudaranya sendiri. Jika ditanya oleh kebanyakkan orang, pasti mereka lebih menyokong pertabalan Sultan Muhammad V yang tidak diikat oleh mana-mana pihak. Tiada siapa yang berani menyanggah Sultan Muhammad V, melainkan mereka menolak Ku Li kehadapan sebagai jurucakap.

Isnin, 6 Disember 2010

Benarkah Sultan Muhammad V Tidak Sah?

Go to fullsize image
 Go to fullsize image
Tengku Razaleigh dalam sidang media mengenai perlucutan Darjah Kebesaran Kelantan menjelaskan bahawa Beliau tidak merasakan apa apa perasaan dukacita akan perlucutan DK tersebut kerana tidak menjadi soal kepada beliau sedangkan Raja sendiri pun di Buang apatah lagi orang biasa semacam saya ini.

Ku Li dalam sidang ini juga mempersoalkan kedudukan Sultan Muhammad keV yang mana perlantikan tersebut tidak menepati dengan perlembagaan yang telah termaktub. Ini penting dalam menentukan Hak sesorang Raja kerana ada ada kait mengait dengan Perlembagaan.

Ku Li juga menambah bahawa Rakyat akan menjadi huru hara sekiranya Raja di buang dengan sewenang wenangnya walaupun Bapak sendiri.

Ku Li juga dalam kenyataan nya menyatakan Ini adalah peristiwa yang boleh menimbulkan keadaan kucar kacir dalam negeri dan negara. Kestabilan negeri dan negara akan tergugat. Bagaimana selepas ini jika Pemangku Raja yang ada di negeri negeri lain menggurgurkan Raja yang ada? Apakah ini tidak akan menimbulkan kekecohan dan menjadikan rakyat mangsa?

Ku Li juga kata Kalau sesiapa memangku dan boleh pinda perlembagaan dan mengizinkan dia sendiri menjadi raja maka semua raja boleh di tukar. Apakah ini yang kita mahukan?

Raja hanya boleh di tukar atau di ganti sekiranya Mangkat atau meninggalkan negeri. Itu yang saya faham akan perlembagaan kata Ku Li.

Ku Li juga menegaskan Sultan Ismail Petra adalah sultan yang Sah selepas mangkat Sultan Yahya Petra dan Sultan Ismail juga untuk makluman sudah beransur pulih dan berupaya menjalankan tugasnya walaupun masih kurang upaya untuk bergerak pantas.

Raja Ismail di buang begitu sahaja dan bagaimana pula kepentingan Rakyat di bawah perlembagaan yang ada? Kepentingan Rakyat dan perlembagaan lah yang akan membela rakyat. Kita seharusnya menjunjung perlembagaan dan Mengikut perlembagaan.

Sultan Ismail masih Hidup dan masih lagi menetap di Bumi Kelantan.

Usaha Ku Li nak lihat keluarga di Raja kelantan di damaikan sejak Tuanku Ismail Gering lagi malah Ku Li sendiri yang menamakan Tengku Muhamad Faris menjadi pemangku Sultan agar dapat membantu kesihatan Sultan Ismail bertambah sihat. Namun amanah tersebut tidak berlaku dan amat mendukacitakan Ku Li.

Ku Li juga menjelaskan bahawa Sultan Ismail sendiri mempertikaikan perlantikan Tengku Farish sebagai Sultan Kelantan dan turut menyampaikan Titah Sultan Ismail Petra mengenai hak Baginda sebagai Sultan yang Sah.

Kerajaan persekutuan wajar menjamin kedudukan raja raja. Dalam perlembagaan juga jelas menyatakannya hak Raja Raja Melayu perlu di lindungi. Artikel 71 perlembagaan kerajaan persekutuan bertanggung jawap dalam kedudukan Raja Raja Melayu

Ku Li dalam kenyataan nya Seolah olah Kelantan kini mempunyai Dua Sultan dan rakyat menjadi bengong dalam hal ini. Ini Tidak patut berlaku pada Raja kerana Raja Berdaulat! Pihak berkuasa tidak sewajarnya mendiamkan diri dalam hal ini.

Dalam sidang media ini juga Ku Li mengharapkan agar kewajaran pihak Kerajaan Malaysia melindungi Hak Raja Raja Melayu sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara.

Apa yang berlaku berkenaan krisis Istana Kelantan, rakyat Kelantan sudah sedia maklum cerita yang sebenarnya. Ada juga terdengar suara-suara sumbang yang cuba mengaitkan  PAS dengan krisis yang baru belaku ini.apabila pelantikan Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad V.

Rakyat Kelantan juga tahu siapa dalang yang cuba menjatuhkan Sultan Muhammad V semasa baginda masih lagi menjawat jawatan sebagai Pemangku Raja  dengan melantik Tengku Aziz sebagai Pemangku Raja tanpa suara majoriti Majlis Perajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular