Translate

Jumaat, 31 Disember 2010

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL. (Bhg.Akhir)



Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah

Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi telah dibuktikan melalui bidang sains moden dan telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, telus dan bertenaga. Apa yang tinggal pada materialis ialah menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini dengan membuta tuli dan yang menjadi tempat bergantung.

Sepanjang sejarah kemanusiaan, pemikiran ala-materialisme sentiasa wujud. disebabkan terlalu yakin dengan diri dan falsafah yang menjadi anutan, mereka begitu berani memberontak menentang Allah yang telah menciptakan mereka. Senario yang dirancang ini mempertahankan akidah kepercayaan bahawa kebendaan atau material adalah azali dan mutlak abadi, dan ia menyimpulkan bahawa di sana tidak wujud sebarang kuasa penciptaan. Ketika perasaan takabbur dan angkuh menafikan kewujudan Allah s.w.t., mereka berpaling terhadap kebendaan yang didewa-dewakan sebagai kewujudan mutlak. Mereka terlalu mempercayainya sehingga begitu yakin bahawa adalah amat mustahil untuk mengemukakan walau sebuah contoh yang membidasnya.

Kerana itulah fakta kebenaran yang dibincangkan di sini mempunyai impak yang sangat besar terhadap mereka. Apa yang dibincangkan di sini pada asasnya telah memusnahkan asas falsafah anutan mereka tanpa meninggalkan sisa untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan, kehidupan, keangkuhan dan penafian mereka telah musnah sekelip mata. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan sendiri tidak ada?

Di antara sifat Allah ialah perencanaan-Nya terhadap golongan yang kufur. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut:

Mereka menjalankan tipu daya dan Allah mengagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya. Surah al-Anfal: 30

Allah s.w.t memerangkap materialis dengan membuat mereka mendakwa akan kemutlakan kebendaan dan sekaligus menghina mereka tanpa disedari. Golongan materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, semakin angkuh berdegil menentang. Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil ketika berkeras degil menentang-Nya. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah s.w.t. menyatakan situasi yang dialami akibat kebodohan mereka sendiri:

Bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahantya. Surah at-Thur: 42
 
Ini merupakan kekalahan paling tragik dalam sejarah. Di saat keangkuhan mereka semakim membuak-buak, materialis telah diperdaya dan ditumpaskan dengan keaiban di dalam pemberontakan yang mereka rancang untuk menentang Allah. Ayat berikut menunjukkan bagaimana perasaan mereka dihanytkan ketika beria-ia menderhaka menentang maha Pencipta dan Al-Qur'an menjelaskan saat akhir yang pasti buat mereka:

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya. Surah Al-An'aam: 123

Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang sama:

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Surah al-Baqarah: 9

Di saat berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebut dalam ayat di atas, 'mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya'. Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah bayangan yang dicipta untuk menjadi pergantungan dan setiap komplot yang mereka persiapkan merupakan khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, dan begitu juga dengan tindak tanduk mereka. Kebodohan telah menyebabkan mereka terlupa pada hakikatnya mereka adalah bersendirian berhadapan dengan Allah dan akibatnya mereka terperusuk masuk ke dalam jerat yang mereka pasang sendiri.

Seperti golongan kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup hari ini juga berhadapan dengan realiti yang bakal memusnahkan seluruh perancangan jahat mereka hingga ke akar umbi. Allah berfirman bahawa perancangan ini telah pun digagalkan sejak hari ini direncanakan:

Kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. Surah an-Nisaa': 76

Allah turut berfirman memberi khabar gembira kepada para mukmin di dalam ayat:

Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Surah Ali-'Imran: 120

Di dalam sepotong ayat lain pula menegaskan:

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fatamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. Surah an-Nuur: 39

Materialisme yang dicipta sebagai alat untuk menentang Allah juga telah menjadi 'fatamorgana' seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Di saat mereka berlari mendapatkannya, mereka hanya akan mendapati sebuah ilusi. Allah telah memperdayakan mereka dengan sebuah fatamorgana dan dengan menerima seluruh himpunan imej sebagai benar. Seluruh tokoh 'kehormat' ini, para profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan sebagainya tanpa mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu seperti anak kecil dan diaibkan akibat bertuhankan material. Mereka mendakwa himpunan imej sebagai mutlak dan meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya serta terlibat di dalam perbincangan yang berprestij dan diterima sebagai wacana 'intelektual' terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan argumen tentang kebenaran alam semesta, dan yang lebih memalukan, mereka mempertikaikan Allah dengan kebijaksanaan yang amat tebatas. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:

Dan orang-orang itu pun merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya; dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Surah Ali-'Imran: 54

Untuk melepaskan diri daripada perangkap yang dibuat oleh manusia adalah mungkin mudah namun, perancangan Allah menentang mereka adalah sangat rapi dan kemas sehingga tertutup seluruh pintu keluar bagi mereka. Apa sahaja yang akan mereka lakukan dan tempat mereka merayu, tidak ada pelindung bagi mereka melainkan Allah Azza Wajalla:

Dan mereka pula tidak akan memperolehi sesiapa pun selain daripada Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. Surah an-Nisaa': 173

Materialis tidak pernah menyangkan akan terjatuh ke dalam perangkap hebat ini walaupun pada asasnya mereka berkuasa mengeksploitasi seluruh khazanah abad 20 untuk kepentingan sendiri dengan harapan akan berjaya memperhebatkan penafian mereka dan mengheret manusia ke lembah kekufuran. Mentaliti dan saat akhir bagi mereka diumpamakan seperti berikut di dalam al-Qur'an:

Dan mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka. Iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. Surah an-Naml: 50-51

Ayat di atas memberi makna: materialis telah menyedari bahawa segala-galanya adalah sekadar ilusi dan pasti akan musnah. Mereka menyaksikan seluruh harta kebendaan, keluarga, anak dan isteri serta fizikal jasmani (yang mereka sifatkan sebagai wujud mutlak) terlepas satu demi satu dari genggaman. Mereka telah 'hancur musnah' seperti yang disebutkan di dalam Surah an-Naml. Di saat itu tidak terdapat sebarang entiti material melainkan roh.

Suatu yang amat pasti, hakikat ini amat menakutkan untuk difahami bagi golongan materialis. Dengan memahami kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi adalah umpama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, 'mati sebelum mati' di dunia ini.

Mereka akan dibiarkan bersendirian berhadapan dengan Allah seperti yang tergambar dalam sepotong ayat:

Biarkan Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia seorang diri. Surah al-Muddathir: 11

Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:

Dan demi sesungguhnya! Kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu... Surah Al-An'aam: 94

Dan mereka masing-masing akan datang menghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. Surah Maryam: 95

Dengan kata lain, ayat di atas memberi suatu pengertian bahawa mereka yang mengambil kebendaan sebagai tuhan, pada hakikatnya adalah berasal dan pasti akan kembali kepada-Nya. Mereka akan menyerah nasib mereka kepada Allah s.w.t. samada akur atau tidak. Kini, apa yang mereka nantikan tidak lain ialah saat perhitungan di mana setiap manusia akan dihisab walau betapa degil sekalipun mereka enggan untuk memahaminya.

KONKLUSI

Buku ini ditulis untuk menyedarkan para pembaca budiman akan bahaya agama batil dan sekaligus tanggungjawab yang terpikul di bahu. Menyeru kebaikan dan menegah yang mungkar adalah aspek ibadah yang paling penting diperintahkan ke atas umat mukmin oleh Allah, yang merupakan pelindung antara satu sama lain. Di samping itu, buku ini juga bertujuan untuk mengingatkan tanggungjawab yang mulia ini. Mereka yang membaca dan mendengar peringatan tersebut mempunyai dua piihan: duduk kembali dan berkata: ‘orang lain pasti akan menuruti dan melakukannya’ atau pun bingkas bangkit dengan niat memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada mereka dan mula melibatkan diri.

Di dalam perjuangan mereka menentang kekufuran, para utusan dan aulia telah memberi contoh yang baik. Setiap para nabi yang dikisahkan di dalam al-Qur’an dan para aulia lain yang menuruti mereka berusaha menentang kejangakan musyrikin dan perjuangan yang tercatat di dalam lembaran sejarah ke atas ideologi sesat dalam usaha menyampaikan risalah-Nya. Mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkan dakwah ini kepada umat manusia dan tidak ada yang mampu menghalang mereka. Keinginan, kekuatan, iltizam, kesabaran dan keberanian mereka seharusnya menjadi tauladan bagi para mukmin yang lain.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa di sana telah disediakan pengajaran bagi mereka yang menyeru kebaikan kepada umat manusia:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa baginda bersabda: mereka yang menyeru manusia ke jalan kebaikan akan menerima ganjaran seperti ganjaran mereka yang menuruti mereka tanpa dikurang sedikit pun. 
Dalam sejarah mutakhir ini, terdapat sebahagian besar para ulama Islam yang memiliki tauladan hidup yang baik. Sebagai contoh, Badi’uzzaman Said Nurisi adalah antara tokoh terkenal yang gigih berjihad menentang agama batil dalam keadaan yang sangat menguji. Beliau mempamerkan kesabaran dan melakukan banyak pengorbanan sebagai usaha melindungi negara sekaligus rakyat jelata dari ancaman ini. Kenyataan Badi’uzzaman berikut menjadi inspirasi yang mendalam terhadap mereka yang memiliki sanubari yang tulus dan akal yang jernih:
Matlamat saya hanya satu. Di saat saya sedang hampir kepada kematian, saya dapat mendengar ejekan burung hantu Bolshevik di dalam negara ini yang merupakan tanahair umat Islam. Bunyi itu menjahanamkan asas akidah dunia islam. Melemahkan kepercayaan mereka dan ia membelenggu manusia khususnya para belia ke dalam dakapannya. Saya menyeru para belia dan semua umat islam kembali beriman dengan berjuang menentangnya dengan seluruh kudrat upaya saya. Saya menentang kekufuran yang tersembunyi ini. Saya ingin kembali kepada-Nya dengan menjadikan perjuangan ini milik saya. Inilah yang saya lakukan. Bagi mereka yang menghalang saya dari melakukannya, saya khuatir mereka adalah komunis. Bagi saya, ia adalah jihad suci untuk perjuangan menentang musuh-musuh akidah ini. Lepaskan saya!! Biarkan saya mengislah para pemuda yang diracuni komunisme dan demi keimanan negara ini!! Biarkan saya berkhidmat demi tauhid. 
Seorang individu yang benar-benar sedar adalah berkewajipan untuk mematuhi tuntutan naluri fitrahnya dan berusaha untuk mengabdi diri kepada agama Ilahir. Allah sudah pasti akan membezakan antara para hamba-Nya yang mukmin sejati daripada mereka yang hanya berkata ‘saya beriman’ namun mengelak daripada memenuhi seruan jihad ini. Allah berfirman di dalam al-Qur’an:

Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman tanpa diuji. Surah Al-Ankabuut: 2

Dalam sepotong ayat lain, Allah menyatakan bahawa para mukmin tidak akan memperolehi ketakwaan dan keimanan yang sejati tanpa berjihad menentang kekufuran:

Bahkan adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga sedang Allah tiada mengetahui di antara orang yang berjihad di antara kamu serta mengetahui orang-orang yang sabar. Surah Ali-‘Imran: 142

TAMAT

HARUNYAHYA.COM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular