Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 14 Disember 2010

Kerana Ikut Telunjuk AS, Ustaz Abu Bakar Bashir Hadapi Hukuman mati.

View Image

View Image

Pendakwa Indonesia memberi jaminan akan mempercepatkan proses perbicaraan ulama radikal Abu Bakar Bashir (atas) selepas polis mendakwa beliau atas kesalahan menghasut pihak lain supaya melakukan keganasan, jenayah yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kami mahu membicarakan beliau secepat mungkin,” kata ketua pegawai pendakwa, Mohammed Yusuf kepada wartawan selepas ulama itu hadir di mahkamah untuk mendengar pertuduhan terhadapnya.
Berpuluh anggota polis lengkap bersenjata dan dua kereta perisai mengawal kawasan sekitar ketika pemimpin agama itu dibawa dari penjara tempat beliau ditahan reman sejak Ogos.

Bashir menjadi ikon golongan ekstremis tempatan didakwa melakukan pelbagai jenayah di bawah undang-undang anti keganasan.

Ia termasuk menyediakan dana untuk kegiatan keganasan dan menggalakkan orang lain melakukan tindakan ganas, merujuk kepada kem latihan militan yang ditemui di wilayah Aceh awal tahun ini.

“Dakwaan paling keras ialah beliau dituduh menghasut orang lain melakukan jenayah keganasan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Perbicaraan, bagaimanapun, dijangka bermula selepas sekurang-kurangnya dua bulan lagi.
Bashir, 71, memakai pakaian tradisional, tidak memberi sebarang ulasan kepada wartawan, tetapi peguamnya berkata ulama berkenaan menafikan semua dakwaan dan tidak akan menandatangani kertas pertuduhan.

Kumpulan ‘al-Qaeda di Aceh’ dikenal pasti sebagai pihak yang mendalangi pelbagai serangan ke atas tokoh politik, hotel dan bangunan kedutaan di Jakarta.

Bashir ditahan selepas satu siri serbuan membabitkan lebih 100 suspek pengganas di seluruh negara, ketika polis memusnahkan rangkaian pengganas di Aceh. – AFP
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular