Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 21 Jun 2010

Dengan Ini Saya Keluarkan Blog Malaysian Waves Daripada Blog Musafirlalu.

Setelah lama tidak update kerana sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, saya sekarang ini hanya boleh menulis dalam waktu yang terhadap sahaja. Ribuan maaf buat pelayar yang melayari blog Musafirlalu.diatas segala kesulitan anda dan terima kasih diatas doa anda semua.

Hari ini baru buka internet untuk melihat dan membaca blog-blog baik dari PR dan BN. Yang menarik perhatian saya ialah daripada blog Malaysian Waves atau nama pemiliknya Abdul Rahman Talib yang bijaksana lagi mengetahui.

Balik-balik UG atau Kerajaang Perpaduang dan ditambah pula dengan 'Geng Terengganu', itulah modal beliau dulu, kini dan selama-lamanya. Bagi pendapat beliau yang maha bijaksana itu, hanya beliau sahaja yang maha mengetahui segala-galanya.

Baliau adalah ahli PAS yang 'TULIN' dan sanggup menghadapi segala risiko diatas dasar perjuangan Islamnya. Beliau bukan seorang yang mementingkan diri sendiri dan kerana itulah beliau telah memohon jawatan CEO dari kerajaan PR Selangor.

Beliau juga sanggup menghadapi segala tindakan di mahkamah dengan menggunakan duit dari poket orang lain. Kerana itu jugalah beliau menubuhkan 'Tabung Bantuan Guaman' yang mungkin sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Ini hanyalah anggapan saya sahaja kerana tiada maklumat yang sah berkenaan jumlah sebenar kutipan derma tersebut.

Oleh kerana saya menganggap 'Ahli PAS Tulin' ini terlalu 'Tulin', maka saya keluarkan blog beliau daripada blog saya diatas ketulinan beliau itu. Bagi anggapan saya juga, beliau lebih bahaya daripada kumpulan BPN yang terang-terangan bahaya.

Sekian terima kasih.......... Musafirlalu.  

Akta Akuan Bersumpah 1960 Akan Di Pinda.

Pesuruhjaya Sumpah (CO) akan dikehendaki menjadikan libel pada Akuan Bersumpah (SD) yang disediakan oleh deponen bagi memastikan mereka menyedari dan mengetahui kandungan akuan itu sebelum memperakui dokumen berkenaan. 

Langkah itu bagi mengelakkan Akuan Bersumpah mudah diperoleh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu seperti dalam urusan berkaitan tanah.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V K Liew, berkata Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang yang diketuai beliau kini mengkaji untuk meminda Akta Akuan Bersumpah 1960 bagi menjadikan ia mandatori kepada CO membaca kandungan akuan itu dan hanya memperakuinya setelah berpuas hati dengan kandungan yang tidak akan menimbulkan pertikaian atau tidak ada unsur-unsur pembohongan.


"Mengikut Akta Akuan Bersumpah sekarang, CO hanya diperlukan menandatangani untuk memperakui bahawa seseorang itu telah menandatangani dokumen berkenaan di hadapan beliau. 

"Kini kita mahu pastikan CO membaca kandungan SD dan beliau berpuas hati bahawa kandungan SD tidak akan menimbulkan pertikaian dan tidak ada unsur-unsur pembohongan kepada orang lain," katanya. 

Liew berkata pindaan itu juga bagi mengelakkan SD disalahgunakan untuk tujuan memfitnah, penipuan dan pemalsuan. 

Beliau berkata banyak kes di mana pihak tidak bertanggungjawab menggunakan SD untuk menipu pemilik tanah dengan tipu muslihat dalam urusan pemindahan hakmilik tanah. 
"Mereka menggunakan SD untuk mengatakan bahawa seseorang pemilik tanah adalah pemilik sesuatu bidang tanah dan kemudian menggunakan kuasa wakil untuk mengatakan pemilik tanah telah memindahkan kuasa itu kepada orang berkenaan untuk melakukan urusan tanah. Kemudia mereka akan mengatakan seseorang itu telah diberi kuasa bagi menandatangani semua dokumen," katanya. 

Liew, berkelulusan undang-undang, mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes seperti itu di mana pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan tandatangan pemilik tanah dalam SD. 

"Kita terpaksa mengetatkan undang-undang untuk melindungi pemilik tanah yang sah daripada kehilangan tanah dan kes terkenal dalam isu ini ialah Adorna Properties lawan Boonsom Bonyanit," katanya. 

Kes ini melibatkan penjualan dua lot tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, milik seorang rakyat Thailand, Boonsom Boonyanit. 

Seorang yang menyamar dan mendakwa bahawa Sun Yok Eng @ Boonsom Boonyanit telah memperakui satu SD pada 18 Jun, 1988 di mana geran asal tanah beliau telah hilang. 

Penyamar kemudian mendapatkan satu salinan geran itu daripada Pejabat Tanah yang telah diperakui. 

Pada 6 April, 1989, penyamar memperakui SD kedua dengan menyatakan bahawa nama-nama Puan Boonsom Boonyanit dan Puan Sun Yok Eng @ Boonsom Boonyanit pada geran itu adalah orang yang sama, iaitu Puan Boonsom Boonyanit (penyamar) dengan nombor pasport Thailand yang berbeza. 

Dengan akuan itu, penyamar berjaya mendaftarkan memorandum pendaftaran bagi Adorna Properties. 

Kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa Adorna Properties telah mendapatkan satu geran yang tidak boleh dipertikaikan tetapi bukan tujuan untuk pemalsuan kerana ia adalah pembeli bona fide. 

Keputusan penghakiman itu yang banyak menerima kritikan bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada awal tahun ini, yang memberikan keputusan bahawa keputusan sebelum ini adalah "terang-terang salah". (Bernama)

Denda RM 2,000 Terhadap Tian Chua Kekal.

Denda RM2,000 ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bertujuan agar pilihan raya kecil tidak diadakan, kata peguamnya selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha dalam kamar di sini, pagi ini. 

Bercakap kepadap pemberita, Ranjit Singh memberitahu perkara itu dinyakan Hakim Ghazali Cha tetapi mengekalkan keputusan iaitu mengenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Tian Chua berhubung kesalahannya mencederakan polis, tiga tahun lalu.


Pada 18 Jun lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua Tian Chang atau Tian Chua dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.


Hari ini, Ghazali menemui peguam dan timbalan pendakwa raya di dalam kamarnya berhubung keputusannya, minggu lalu itu. 

Tian Chua bagaimanapun tidak hadir dalam pertemuan itu. (Utusan)

Jumaat, 11 Jun 2010

Cubaan Hidupkan Al-Arqam.

Penemuan risalah dan buku diharamkan penerbitannya dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas ibu pejabat sebuah syarikat yang diasaskan Asaari Muhammad, Selasa lalu, membuktikan wujud cubaan menghidupkan kembali Al-Arqam. 

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pihaknya menemui pelbagai risalah dan buku tulisan Asaari atau Abuya itu ketika menyerbu syarikat berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang, dipercayai untuk diedarkan kepada ahlinya. 


Sehubungan itu, katanya, JAIS sedang menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu.
“Berdasarkan serbuan (Selasa lalu), kita dapati kemungkinan wujud cubaan menghidupkan kembali kumpulan Al-Arqam kerana buku dan risalah tulisan Abuya yang sudah diharamkan sebelum ini masih disimpan pengikutnya. 

“Kita percaya buku dan risalah terbabit termasuk yang ditulis oleh Hatijah Aam (isteri kedua Asaari) masih diedarkan kepada ahlinya untuk tujuan menghidupkan kembali kumpulan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Mohammed Khusrin berkata, tindakan menyerbu syarikat yang diasaskan Asaari bagi mengelak cubaan menghidupkan kembali perjuangan kumpulan yang diharamkan pada 1994 itu berulang. 

Katanya, JAIS masih menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan bukti lebih kukuh berhubung usaha menghidupkan semula Al-Arqam dan jika didapati benar, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas menahan individu terbabit. 
Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan serbuan ke atas syarikat yang diasaskan Abuya jika maklumat risikan dan siasatan yang dijalankan menemui bukti mereka terbabit dalam penyelewengan yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini. 

Berita Harian semalam melaporkan, JAIS menyerbu Ibu Pejabat Global Ikhwan Sdn Bhd di Bandar Country Homes, Rawang, dan merampas pelbagai produk keluaran syarikat itu seperti buku zikir agung yang dipercayai berkaitan ajaran Aurad Muhammadiah. 

Johor Tarik Gelaran 'Datuk'.

Chua Jui Meng

Ahli Majlis Tertinggi PKR dimaklum istana minta pulangkan dua darjah kebesaran negeri

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng, semalam mengesahkan bahawa Istana Johor telah menarik balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai Istana Johor mengenai langkah penarikan balik dua darjah kebesaran itu menerusi dua panggilan telefon pada Selasa dan semalam.
"Saya terima panggilan telefon daripada Datuk Abdul Rahim Ramli (Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor) dua hari lalu mengenai penarikan balik darjah itu dan (panggilan telefon) hari ini (semalam) beliau meminta saya datang ke Johor Bahru untuk memulangkannya," katanya kepada BERNAMA, semalam. 

Bagaimanapun, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan mulai 1995 hingga 2004 dan bekas Naib Presiden MCA berkata, beliau tidak dapat pergi ke Johor Bahru semalam kerana terpaksa berada di Langkawi bagi satu majlis politik.

Ketika dihubungi di Alor Setar, Chua berkata sehingga kini beliau belum lagi menerima surat rasmi daripada Istana Johor mengenai langkah penarikan balik darjah kebesaran terhadapnya. 

Chua dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor, yang kedua-duanya membawa gela ran Datuk, oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar. 
Beliau berkata tiada alasan diberikan di sebalik penarikan balik darjah kebesaran itu. 

"Datuk Rahim hanya berkata bahawa Sultan Johor mempunyai hak untuk menarik balik darjah kebesaran itu tanpa sebarang sebab dan saya menghormati hak itu," katanya. – BERNAMA 

Islam Adil Untuk Semua Jadi Tema Ucapan Dasar.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menawarkan kepada semua agar bersama-sama Islam yang dibawa PAS kerana 'Islam Adil Untuk Semua" yang dijadikan beliau sebagai tema Ucapan Dasarnya dalam muktamar PAS ke 56 ini.

Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini.

Dewan besar Putik penuh sesak dengan kira-kira 5,000 perwakilan, tetamu dan pemerhati di samping ratusan petugas media dari dalam dan luar negeri mendengar ucapan beliau dengan khusyuk.

Turut menjadi tetamu adalah pemimpin Hamas Palestin walaupun rakan-rakan mereka sedang berdepan dengan tentera regi zionis Israel. Di samping itu, turut serta adalah pemimpin parti Al Adalah Maldives yang kini memerintah negara pelancungan itu.

Selain itu, pemimpin MILF dari Filipina juga turut serta bersama lain-lain tetamu.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS akan memperjuangkan keadilan untuk semua yang diberikan oleh Islam tanpa mengira apa-apa batasan.

Beliau berkata, Umno walaupun berkata akan memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya sedang menghancurkan Islam dan Melayu juga.

Ini kerana tindak tanduk Umno jelas merosak Melayu dan Islam, katanya.

Tindakan Umno juga merosakkan negara bahkan juga kaum lain di negara ini. Kehilangan blok minyak rugikan negara ratusan bilion ringgit. Umno juga terperangkap dalam retorik perkauman yang jauhkan kaum lain di negara ini. Inilah kecelaruan yang di bawa Umno, kata Abdul Hadi.

"Akhirnya, umat Islam terus ketinggalan dan berlakunya hakisan kesedaran dan kuasa, adalah hasil dari kesilapan kepimpinan negara kita yang tidak memperkasakan kepimpinan umat Islam dengan hanya melahirkan pemimpin yang tidak bermoral ddengan politik wang tanpa kewibawaan," kata Abdul Hadi.

Bagi beliau, Umno telah mengakibatkan malapetaka dahsyat berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam apabila menanam kefahaman salah kepada mereka.

"Umno mendabik dada kononnya merekalah penyelamat Melayu dan Islam.




"Hakikatnya mereka telah gagal dan mengundang padah malapetaka.

"Imej Islam begitu murni telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan Umno," katanya.

Umno juga katanya menjadikan ekonomi negara sebagai modal pusingan di kalangan pemimpin mereka sahaja.

Blok minyak katanya diserah begitu sahaja kepada negara lain sebagai pertukaran.

Sehubungan itu katanya  PAS wajib mentafsirkan Islam secara sempurna dan lengkap bagi membebaskan khurafat pemikiran yang dibawa Umno.

"Keadaan ini mewajibkan kita berusaha sedaya upaya supaya orang Melayu yang majoritinya Islam ini dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu.

"Di atas kegagalan Umno ini maka kita perlu mendampingi kelompok orang Melayu supaya mereka dapat bersama dengan PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar," katanya.

(HarakahDaily)

50 Tahun Imej Islam Tercalar Di Bawah Umno.


Biar pun lebih 50 tahun negara merdeka, namun imej Islam yang murni 
semakin tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan dilakukan Umno. 

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu berlaku meski pun 
Umno yang didakwa menjadi teras Barisan Nasional (BN) mendabik dada kononnya mereka parti 
penyelamat Melayu Islam dalam masyarakat majmuk.

“Namun hakikatnya mereka gagal, bahkan mengundang malapetaka kepada orang Melayu Islam, 
membawa wajah yang salah kepada masyarakat majmuk menjadi realiti masyarakat Malaysia.

“Hasilnya imej Islam yang begitu murni tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa Umno,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini.
Ucapan dasar bertema:  “Islam Adil Untuk Semua”.

Beliau berkata PAS meneruskan ukhuwwah dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh, 
digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab ‘amal Islami’ yang syumul di negara ini.

“PAS terus menerus beristiqamah melaksanakan Tahaluf Siyasi sejak 1982 di atas nama Islam 
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. 

“Pendekatan fikah politik Islam PAS menerusi amalan Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat 
dengan model Islam yang sebenar terus dilaksanakan," katanya.

Kata beliau kerjasama itu terbukti pada banyak siri pilihan raya di negara ini termasuk 
terbaru di Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Beliau juga berkata sudah sampai masanya muslimat wajib bersama muslimin berganding 
melaksanakan tugas tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga.

Menurutnya ini penting kerana suasana kebanjiran pemikiran menyerang umat dan merosakkan 
masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

Selain itu beliau menggesa muslimat supaya meneruskan gerak kerja mendekati dan 
menghimpunkan remaja wanita dalam program keagamaan, sukan dan kesenian.

Muslimat juga mesti mengambil inisiatif dan berperanan mendepani isu penindasan wanita, 
remaja dan kanak-kanak secara lebih proaktif dan berkesan dengan menubuhkan institusi 
kekeluargaan dan kemasyarakatan.
(Muhd Yusri Amin)

Penyerahan Blok L Dan M Dipertikai.


Kita dukacita dengan jawapan kerajaan berkenaan isu Blok L dan M. Jawapan Menteri Luar kepada soalan yang dibangkitkan saya beserta ahli parlimen lainnya, baik pembangkang mahupun dari pihak kerajaan gagal menjawab beberapa persoalan. Kita sedar rundingan antara kedua-dua negara sedang berjalan. 

Namun yang pasti Blok L dan M bukan lagi milik kita. Tambah mengejutkan Menteri Luar Kedua Brunei ketika itu Datuk Seri Lim Jock Seng menyatakan bahawa Brunei tidak penah menggugurkan tuntutan terhadap Limbang. Kenyataan ini dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 19 Mac 2009.

Kita mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia kerana menyerahkan wilayah perairan negara yang melibatkan medan minyak Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei. Penyerahan itu dilakukan melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 ketika lawatan rasmi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku PM ketika itu ke Brunei Darussalam. Kita juga kesal kerana sebarang keputusan yang dibuat tidak mengambil kira pandangan serta kepentingan rakyat, terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak.

Maklumat penyerahan wilayah negara itu mula diketahui umum hanyalah selepas Murphy Oil Corporation, sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan media pada 21 April 2010 bagi mengumumkan pembatalan kontrak perkongsian pengeluaran Blok L dan M di Malaysia.

Murphy Oil Corporation mengumumkan bahawa ia telah dimaklumkan oleh Petronas bahawa berikutan perlaksanaan Surat Pertukaran antara Malaysia dan Kesultanan Brunei pada 16 Mac 2009, kawasan carigali luarpantai yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M adalah tidak lagi sebahagian dari Malaysia.

Akibatnya, kontrak perkongsian pengeluaran melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan pada 2003 kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy ditamatkan melalui surat bertarikh 7 April 2010. Potensi penyertaaan Murphy dalam kontrak perkongsian pengeluaran gantian yang membabitkan kawasan tersebut masih dalam perbincangan.

Surat Pertukaran 2009 sekadar menyebut bahawa perjanjian yang dimeterai membuka ruang penyelesaian kepada pertikaian tuntutan bertindih wilayah maritim antara Malaysia dan Brunei, persempadanan maritim kedua-dua negara dan usaha pembangunan bersama. Penyerahan hakmilik Blok L dan M tidak dihebahkan. Butiran dan implikasi perjanjian juga tidak diketahui umum.

Walaupun terdapat persetujuan usaha pembangunan bersama dalam kawasan tersebut, mengapa perlu dilepaskan hakmilik negara kepada Brunei?

Penyerahan medan minyak Blok L dan M kepada Brunei mengakibatkan perubahan kepada sempadan negara yang mempunyai implikasi perundangan menurut Perlembagaan Persekutuan. Pengubahan sempadan tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut Perkara 2(b) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh dengan undang-undang mengubah sempadan mana-mana Negeri; tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

Pengubahan sempadan berikutan penyerahan Blok L dan M ini tidak pernah dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang berkaitan khasnya Negeri Sabah. Adakah ianya mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja?

Justeru, keabsahan penyerahan Blok L dan Blok M kepada Brunei Darussalam oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pertukaran Surat 16 Mac 2009 amat dipertikaikan.

ANWAR IBRAHIM,
KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA.

Khamis, 10 Jun 2010

Apabila Hanya Dua Individu Diberi Kuasa Keatas Gula.

99 peratus bekalan gula diimport dari luar: Mustapa

Malaysia mengimport kira-kira 99 peratus bekalan gula dari negara luar bagi menampung keperluan gula dalam negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebahagian besar bekalan gula diimport dari Brazil, iaitu 509,630 tan merangkumi 41 peratus daripada bekalan, diikuti Australia dengan jumlah import sebanyak 447,480 tan atau 36 peratus dan Thailand meliputi 14 peratus atau 174,000 tan.
Selain itu, katanya, bekalan gula mentah juga diperoleh dari Nicaragua iaitu 99,400 tan atau lapan peratus dan Guatemala sebanyak 12,430 tan meliputi 0.6 peratus.
"Ketika ini bekalan gula dalam negara hanya menyumbang satu peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran gula iaitu sebanyak 17,000 tan. "Ia bagi memastikan bekalan gula di pasaran domestik sentiasa mencukupi dan tidak terjejas dengan harga yang turun naik, selaras dengan Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan yang 1961," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) pada persidangan Dewan Rakyat. Ismail ingin tahu jumlah pengimportan gula mentah dari negara luar bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula dalam negara dan sama ada dasar pengimportan itu menyebabkan bekalan gula negara terjejas. Mustapa berkata, pengeluaran permit import (AP) yang lebih banyak bagi mengimport gula tidak akan menurunkan harga gula jika kerajaan tidak menambah jumlah peruntukan ketika ini yang berjumlah RM1 bilion. "Harga gula di pasaran dunia ketika ini adalah tinggi dan apabila AP dibuka ia tidak semestinya akan menurunkan harga gula. Selepas dikira kos pengeluaran, harga pasaran gula tempatan adalah berdasarkan harga pasaran antarabangsa," katanya. Beliau berkata, ketika ini harga gula di pasaran antarabangsa adalah RM2.45 sen sekilogram berbanding harga pasaran domestik yang sudah disubsidi iaitu sekitar RM1.65 sen sekilogram. Katanya, masalah gula boleh diatasi dengan mengurangkan kadar subsidi secara berperingkat bagi memastikan tidak ada perbezaan yang ketara bagi harga pasaran antarabangsa dan domestik, sekali gus akan berupaya mengurangkan kegiatan penyeludupan gula ke negara luar. - BERNAMA
Walaupun kerajaan yang mengawal harga gula tetapi kata putus tetap berada ditangan dua individu terkaya di Malaysia. Semua orang tahu apabila sesuatu perniagaan dimonopoli oleh segelintir individu dan sumbangan mereka terhadap parti yang memerintah. Hendak tak hendak terpaksa mengikut arahan mereka walau sebanyak mana pun alasan yang diberikan oleh kerajaan BN.

Ucapan Nik Aziz Serlahkan Keunggulannya.

Ucapan yang disampaikan oleh Murshidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika merasmikan Muktanar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak malam kelmarin di Putik, Kota Bharu menyerlahkan natijah yang sangat menarik, yang membuktikan kepimpinannya masih unggul, dinamik, terkini, berwibawa, tegas dan berpandangan jauh.

Beliau melakarkan wawasan dan hala tuju PAS yang begitu jauh ke depan sebagai parti politik masa depan untuk rakyat Malaysia, bukan saja bagi umat Islam bahkan untuk pelbagai kaum dan agama. Walaupun dengan bertongkat ketika berjalan dan berdiri, memakai sarban dan jubah serba sederhana, dengan suara yang sedikit perlahan, beliau menyampaikan amanat yang amat penting bukan saja kepada pendukung PAS tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya, bahawa Islam sebagai rahmat seluruh alam, boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama, mengatur seluruh kehidupan manusia.

Kita tidak sama sekali untuk ‘mengkeramatkan’ Tuan Guru Nik Abd Aziz, namun pencapaian dan wawasan politiknya sangat mengkagumkan. Inilah kurnia Allah s.w.t. bukan saja kepada PAS dan pendukungnya tetapi kepada rakyat umumnya.

Dalam ucapannya merasmikan ketiga-tiga dewan itu, Tuan Guru mengingatkan sekali lagi bahawa PAS hendaklah kekal bersama dalam Pakatan Rakyat dan jangan ada sebarang lintasan fikiran untuk bersama Umno lagi. Beliau mengingatkan kembali muktamirin yang hadir akan sejarah pahit dan amat berbisa ketika PAS berada dalam Barisan Nasional dalam tahun 70-an, diperlakukan demikian rupa, hingga kemudiannya disingkirkan oleh Umno/BN pada tahun 1978, apabila pemimpin Umno merasakan parti itu kuat kembali.

Beliau mengingatkan kesemua sayap PAS akan pengalaman pahit ini di mana PAS Kelantanlah yang paling pedih sekali menerima kesan apabila berada dalam Barisan Nasiona sehingga tersingkir. Rata-rata mereka yang menghadiri majlis perasmian malam itu adalah mereka yang bakal mewarisi kepimpinan PAS pada masa depan, justru Tuan Guruk Nik Abd Aziz menegaskan hal ini sekali lagi. Ini sama seperti pesan dari Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq bahawa “orang Mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama.”

Beliau memulakan ucapan perasmiannya itu dengan mengimbas kembali apa yang berlaku  di Kelantan empat dekad lalu yang begitu pahit yang dikongsi bersama oleh PAS Terengganu, iaitu sepanjang berdepan dengan Umno/BN. Katanya, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik dan dakwah.

“Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang sangat berharga dalam mendepani cabaran pada masa akan datang,” katanya. Sepanjang menyertai pilihan raya, katanya, PAS pernah bersendirian dan mampu meraih sokongan rakyat di mana hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum pada tahun 1959.

“Sekalipun berdepan dengan parti gabungan  Perikatan pada masa itu – kini BN - namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatat bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak."

Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, katanya, namun kesannya amat parah  kepada PAS khususnya di Kelantan di mana PAS sendiri telah berpecah empat — selain PAS, muncullah Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. Akibatnya PAS hampir-hampir  ranap akibat perpecahan tersebut.

Ia, katanya, ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978, tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita berjaya memperkukuh parti dan dapat memerintah kembali Kelantan pada tahun 1990.

“Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menongkah perjuangan setertusnya,” kata Tuan Guru.

Muryidul Am PAS itu mengingatkan muktamirin yang hadir akan lembaran sejarah yang mencatat bahawa Umno dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri memegang senjata.

Dengan latar belakang sejarah pahit ini, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz berkata PAS akan tetap bersama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi pilihan raya nanti kerana kehadiran Pakatan Rakyat seperti suatu bentuk pertolongan daripada Allah s.w.t. di mana beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

“Dengan Pakatan Rakyat, kita membuka pintu lebih luas untuk PAS berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam di mana selama ini Islam diajar untuk orang Melayu saja di pondok dan di mana-mana dan tidak kepada bukan Islam,” katanya.

Esok, Jumaat, Muktamar penuh PAS bermula dengan penyampaian Ucapan Dasar Presiden, perbahasan Ucapan Dasar, perbahasan usul dan pennggulungan. Sewajarnyalah semua perbahasan dan ucapan memberikan tumpuan kepada road-map PAS masa depan, mendepani politik baru Malaysia, di mana ucapan Mursyidul Am PAS kelmarin perhatian.

Bagaimanaun di tengah-tengah kemeriahan Muktamar ini, saya masih terkenang akan pengorbanan dan kepimpinan Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor yang telah pergi mengadap Ilahi lapan tahun lalu, semoga di antara kita masih ada yang terus mengenangnya.
(Abd Shukur Harun)

Memperkasa Kewibawaan Ulamak... Ustaz Harun Taib


Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata. Kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). (Al-Fath: 1-3)
MUQADIMAH  
Umat Islam kini mengalami keadaan gawat dan genting yang memerlukan tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini. Situasi kini yang penuh dengan tipu helah ,sepak terajang dan taktik jahat musuh menghendaki hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan berkemungkinan akan hanyut dan lari sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.  
Menyedari hakikat inilah, maka usaha-usaha yang gigih perlu diambil oleh Dewan Ulamak untuk memperlengkapkan diri dengan persediaan yang sepatutnya disamping menjalankan urusan-urusan dakwah untuk menjadikan muka bumi ini hanya diwarisi kepada hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa. Tema ‘Memperkasa Kewibawaan Ulamak’ sebenarnya dicanangkan demi untuk mencapai kegemilangan DU sebagai pembimbing bagi semua dewandewan yang lain. Walaupun tema ini seolah-olah memperkatakan perkara yang sama dengan sub-topik akhir pada muktamar tahun lepas, akan tetapi ianya adalah suatu yang amat penting khususnya dalam persediaan PRU ke-13 yang dijangkakan berlaku dalam waktu yang semakin menghampiri kita. Semoga persediaan diambang PRU ke-13 akan direstui Allah SWT dan persediaan ini adalah pembukaan kepada kemenangan yang besar kepada Parti kita sebagaimana kandungan ayat di atas, insyaAllah.  
Sidang ahli muktamar sekalian;  
MENAMBAH DAN MENTARBIAH AHLI  
Menambahkan ahli-ahli dikalangan penyokong kepada Dewan Ulamak adalah satu keperluan pada hari ini. Penambahan ini perlu berasaskan kepada pra syarat yang dipersetujui oleh Dewan Ulamak untuk mempastikan ahli-ahli yang bakal menganggotai dewan ini dapat menaiktarafkan imej dan kewibawaan dewan ini bergerak. Oleh kerana itu, proses tarbiah kepada ahli-ahli menjadi perkara utama selepas pengambilan mereka. Dengan adanya tarbiyah akan menanam dan memperkukuhkan pergantungan yang kuat dari aspek aqidah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan yang dijanjikan olehi Allah s.w.t.  
Dalam hal ini Allah berfirman :  
Yang bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami katakutan (dari ancaman musuh).Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (Al-Nur: 55)  
Segala sifat-sifat yang boleh menghancurkan parti perlu ditangani secepat mungkin,sifat-sifat mazmumah akan melahirkan individu pejuang yang tidak bermoral. Perkara dalaman parti akan dijadikan buah mulut, diharapkan kepada kita semua dapat membuat muhasabah dan membaiki diri sendiri.  
pada tahun ini kita sedang melalui proses kematangan apabila jumlah ahli muktamar kita ditingkatkan, bukan sahaja datang dari negeri tetapi datang dari kawasan-kawasan. Ini adalah satu cabaran kepada kita, demi untuk mengumpulkan sejumlah besar ahli bagi memenuhi keperluan perlembangaan baru. Perubahan perlembangaan ini adalah permintaan dari kita juga, maka menjadi tangungjawab kita untuk memenuhinya dan akan dilengkapkan dari masa ke semasa , insyaAllah.  
Keahlian ulamak yang berganda memang diperlukan apabila kita melihat kepada persediaan yang patut dilakukan sebelum muktamar yang akan datang. PRU ke-13 memang memerlukan ketahanan, kekentalan jiwa dan semangat, bukan kerana kita tidak kuat dan tidak berupaya tetapi mungkin kerana kekurangan rakan kongsi kita dalam pakatan rakyat yang perlu kita tampung sebagai mengotakan janji setia yang kita ikat dalam tahaluf siasi.  
 Sidang ahli muktamar sekalian;  
DAKWAH FARDIAH KUNCI KEMENANGAN  
Antara perkara penting yang wajib dimainkan oleh semua pendokong dan penyokong Parti ialah perlaksanaan Dakwah Fardiah. Dakwah fardiah ini adalah intipati kepada seruan dijalan Allah. Menyeru manusia kepada Allah (ad-dakwah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslimin dan muslimat di setiap masa terutamanya pada zaman sekarang.  
Firman Allah SWT dalam hal ini:  
Yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. ( An-Nahl: 125)  
Realiti yang diakui, dakwah fardiah yang tidak begitu aktif di kalangan kita adalah punca kekurangan penyokong kepada Dewan Ulamak serta memberi impak kepada ketandusan kepimpinan.Tanpa disedari risikonya memandomkan kelangsungan dakwah di kalangan masyarakat Islam di negara kita dan akan memutuskan mata rantai kesinambungan perjuangan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.  
Di antara wasilah-wasilah umum yang boleh diketengahkan dalam dakwah fardiah antaranya menggunakan pendekatan:  
Taujih-iaitu Da’ie menolong mad’u untuk menyelesaikan segala kemusykilannya.Da’ie meletakkan untuk mad’u satu perancangan praktikal supaya berlaku perkembangan yang positif sehingga melayakkan atau menjadikan seorang mad’u kepada seorang da’ie.
Tauzif-Da’ie memilih wasilah yang paling sesuai unutk bermuamalat dengan mad’u. Da’ie menentukan kedudukan mad’u di dalam barisan amal islami dan mematangkan mad’u dalam melaksanakan kewajipan itu.Da’ie juga menentukan taklif yang sesuai kepada mad’u sehingga mampu diuji dan dipertingkatkan pengalaman di dalam amal Islami.
Tasnif-Membahagikan kemampuan mad’u pada sudut keilmuan, kerohanian, kejiwaan dan kemasyarakatan untuk memastikan bekalan yang diperlukan.
Mutabaah-Hubungan berterusan di samping mengkaji kejayan dan kegagalan objektif-objektif yang disusun serta membaiki wasilah yang gagal dan membentuk wasilah baru.

Dengan perlaksanaan keempat-empat wasilah tadi, kita yakin akan dapat menambahkan ahli di samping memberi pentarbiahan yang sewajarnya berlandaskan prinsip yang kita tetapkan.  
MELAKSANAKAN PERSEDIAAN YANG TERANCANG  
Satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan bahawa ulamak telah memainkan peranan amat penting dalam penyebaran, mempertahankan serta memelihara kebersihan syariat Islam dari dicemari oleh tangan manusia kotor. Ulamak sepanjang zaman telah menghadapi pelbagai kezaliman dan penganiayaan, namun dengan penuh ketabahan, kesabaran, kecekalan dan keikhlasan mereka, kelangsungan penyebaran agama Islam dapat dipertahankan hingga kini.  
Sejak dari zaman awal lagi, ulamak telah menghadapi tekanan dari pihak-pihak tertentu kerana tidak mahu tunduk kepada kehendak nafsu mereka. Ramai ulamak yang dibunuh dan di penjarakan, ada pula yang didera sehingga menemui maut. Namun semua tindakan ini tidak pernah melemahkan semangat keimanan dan keikhlasan para ulamak mujahidin.  
Perbuatan menindas para ulamak sedikit sebanyak telah mendatangkan akibat buruk kepada masyarakat Islam. Negara umat Islam menjadi lemah, berpecah sesama sendiri yang akhirnya hampir keseluruhan negara umat Islam dijajah oleh musuh luar Islam. Keadaan ini memerlukan persediaan jiwa, mental dan jasmani yang mantap guna menghadapi cabaran yang dahsyat ini. Walaupun dinegara kita tidak diuji sebagaimana golongan pejuang di Negara lain, namun persediaan yang boleh menguatkan jatidiri seseorang itu perlu diperkuatkan.  
Antara persediaan-persediaan yang perlu:  
Persediaan yang paling utama ialah bersedia menerima ujian dari Allah SWT. Ini merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.
Firman Allah Taala ;  
Yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar. (Al-Baqarah :155)  
Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya, adalah sunnah dalam berjuang. Inilah persediaan Rasul dan Nabi-Nabi sebelum mereka diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah s.a.w umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.

Bersedia untuk bekerja.
Firman Allah Taala :  
Yang bermaksud: Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan. (At-Taubah:105)  
Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT.  
Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.
Kita sebagai Ulamak adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.
Firman Allah taala:  
Yang bermaksud: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?( AlBaqarah:44)  
Persediaan dari segi rohani.
Kebersihan rohani akan menjadikan seseorang insan itu bertaqwa,mukmin,soleh dan kuat.Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah akan segala kehendak dan diberikan kekuatan.  
Firman Allah Taala :  
Yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia Yang besar. (Al-Anfal:29)  
Persediaan kesungguhan dalam bekerja.
 Firman Allah Taala :  Yang bermaksud: Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan
Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Angkabut :69)  
Faktor yang menjadikan bersungguh semasa bekerja :  
Akidah yang sahih
Ikhlas
Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah
Bekerja secara berjemaah dan untuk jemaah
Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu
Firman Allah: Yang bermaksud: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubat:41)  
Persediaan-persediaan yang telah dinyatakan tersebut memerlukan susun atur yang baik dan dengan perancangan yang jitu supaya ianya dapat dilaksanakan. Antara perancangan penting yang perlu dititik beratkan oleh Dewan Ulamak ialah :  
Mengetengahkan ikon ulamak:  
Agenda mengetengahkan imej seorang tuan guru bagi setiap kawasan perlu dilaksanakan. Setiap kawasan sebolehnya perlu ada seorang tuan guru. PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai keistimewaan islam sebagai dimensi penting, maka imej ini penting untuk diketengahkan kepada masyarakat.  
Dengan adanya ulamak di kawasan, di harapkan para ulamak telahpun mempunyai kekuatan di peringkat kawasan. Pada masa terdekat, dupp akan cuba memohon kepada pihak pusat untuk mendapat keizinan menubuhkan dup kawasan secara rasmi. Sebelum perkara ini dibawa ke pihak pusat, saya ingin mendapat kepastian sejauhmanakah kekuatan kita di peringkat negeri dan kawasan sehingga para ulamak dapat tampil ke hadapan di semua peringkat. Apa yang menjadi kerisauan saya ialah jika kita memohon kedudukan ulamak menjadi dewan di kawasan, timbul pula masalah petugas ulamak yang tidak mencukupi atau kita terpaksa berkongsi dengan pemuda dan muslimat. Maka tugas segera yang perlu dilakukan ialah dengan mendaftarkan seramai mungkin para guru Agama, ustaz dan ustazah, tuan-tuan guru, para penceramah yang mencukupi syarat keanggotaan yang berada di kawasan masing-masing sebagai usaha awal kita ke arah penubuhan dewan ulamak pas di kawasan.  
Sidang Muktamar sekalian,  
CABARAN ULAMAK MASA KINI  
Autoriti Ulamak yang terhakis adalah antara cabaran yg semakin mencengkam para ulamak pada masa kini. Cabaran ini sebenarnya sebagai ujian untuk melihat ketahanan para ulamak.Lihatlah firman Allah SWT :  
Yang bermaksud: Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad :31)  
Hal ini berlaku dengan perkembangan pelbagai pemikiran moden yang sesat tetapi tetap dianuti dan dipandang tinggi oleh sebahagian umat islam. Setengah mereka terlalu yakin dengan keupayaan akal mereka sehingga menganggap semua perkara yang tidak diterima akal sebagai tidak relevan dan tidak perlu diambil kira dalam perbahasan dan perbincangan. Jika pada suatu masa dahulu, pemikiran sebegini hanya kedengaran di luar sana, tetapi pada zaman teknologi moden ini, semua perkara menggunakan pertimbangan akal. Inilah kemelut yang melanda sebahagian dari ahli pas di era kemenangan ini. Mereka menganggap akal adalah segalanya, pandangan dari seseorang yang datang dari dewan ulamak hanya sebagai penghalang kepada program yang ingin dibawa,seolah-olah kehadiran ulamak menjadi tukang sanggah dan penentang.  
Walhal, mereka lupa bahawa kebijaksanaan yang paling bernilai ialah apabila menggunakan dalil dan iktibar daripada al-qur’an dan sunnah, pengalaman para salaful saleh terdahulu. Pandangan para ulamak terdahulu adalah lebih utama menjadi rujukan kita dari pandangan para pemikir barat yang tidak bertuhan itu. Apalah sangat pandangan Socrates, plato dan Aristotle jika nak dibandingkan dengan ijtihad imam Ghazali, imam mawardi, imam Nawawi dan sebagainya.  
Dengan itu, Para ulamak disarankan agar membaca dan memahami pelbagai pemikiran baru yang datang dari timur dan barat sehingga kita juga akan dapat menunjukkan kelemahan dan kekurangan pemikiran tersebut dengan lebih jelas dan teratur. Perkara ini dapat dilakukan jika kita bersedia menjadi seorang ulamak seperti imam al-ghazali yang bukan sahaja membaca pemikiran greek dan yunani malah menolak pemikiran itu dengan bukti kukuh dan diterima umum pada zamannya.  
Cabaran seterusnya ialah cabaran perkembangan pendidikan dan pengajian islam. Zaman ini adalah zaman liberalisasi ilmu di mana semua orang bebas belajar apa sahaja dan di mana saja. Pendidikan islam pun dianggap tidak lengkap jika tidak dimasukkan ilmu baru yang sedang berkembang pada masa ini. Ilmu dakwah dianggap belum mantap tanpa ilmu moden seperti komunikasi, kewartawanan, penggunaan IT dan lain-lain. Ilmu syariah dan ekonomi islam juga dianggap tidak menepati tanpa adanya ilmu perbankan, insuran dan takaful, begitulah yang berlaku seterusnya.  
Sebagai menyahut cabaran inilah maka dupp, dengan kerjasama banyak pihak mengambil langkah berani membuka kolej universiti islam zulkifli muhamad, insyaAllah kolej ini akan memulakan pengajian pada bulan julai ini dengan pengambilan seramai 50 orang pelajar. Sekarang tugas tuan-tuan pula untuk memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa inilah model terbaik sistem pendidikan islam yang moden yang ada dimalaysia. Tugas mengiklan, menghantar mesej kepada masyarakat dan segala bentuk kerja penyempurnaan kolej adalah tugas kita semua. Janganlah nanti selepas tiga tahun, kolej yang tersergam indah ini gagal mendapatkan pelajar kerana kegagalan kita semua meyakinkan semua pihak bahawa inilah kolej contoh terbaik yang menggabungkan sistem pendidikan islam dan moden yang akan menjamin anak-anak kita menjadi manusia islam sejati suatu hari nanti. Harapan kita, dengan adanya kursus diploma syariah dan perbankan Islam, dakwah dan komunikasi ini akan menjadi pemangkin kepada pembentukan tenaga kerja yang lebik baik pada masa akan datang, insyaAllah.  
Cabaran ulamak yang seterusnya adalah dalam bidang tarbiyyah. Dalam pas, hanya dewan ulamak sahaja yang diberi tanggungjawab penuh sebagai dewan yang bertindak memberikan tarbiyyah kepada ahli. Ketua dewan yang pada masa yang sama juga adalah ketua lajnah tarbiyyah akan berusaha meningkatkan kerja ini dengan bantuan dari para ulamak di semua peringkat.  
Dengan pertambahan ahli yang ramai, maka tarbiyyah menjadi agenda utama kita untuk mempastikan kelangsungan mereka dalam parti Islam semalaysia. Kegagalan proses tarbiah dengan kehadiran ramai anggota akan menyebabkan kepincangan yang nyata dalam parti. Ini adalah cabaran terbesar kita yang dipikul oleh seluruh ulamak disemua peringkat.  
Antara cabaran lain yang selalu diperkatakan kepada para ulamak ialah kurangnya penglibatan ulamak dalam memberikan kenyataan akhbar, khasnya dalam isu agama dan kepentingan umat islam. Keadaan sebegini akan cuba dibendung dan perlu difahami bahawa tidak kesemua isu harus dijawab dan dimasukkan dalam media. Apapun pemerhatian kepada isu-isu semasa tanah air dan antarabangsa perlu diperkasakan untuk menyahut seruan ulamak berkaliber yang menjuarai isu ummah.
ULAMAK DAN HUBUNGAN DENGAN NON-MUSLIM  
Dalam konteks hubungan dengan non-muslim, ulamak perlu menyediakan teks panduan berdasarkan nas Quran dan hadis tentang kedudukan non-muslim dalam masyarakat Islam.Ulamak juga perlu menangani Isu yang melibatkan hukum dalam hubungan dengan non Muslim. Perkara ini sudah ditekankan dalam muktamar DU pada tahun lepas, namun disebabkan tajuk ini adalah semasa maka seluruh perwakilan ulamak mesti memberi idea bagi tujuan pemerkasaan ini. Begitu jugalah halnya dengan tahaluf yang telah dilakukan oleh PAS dengan non-muslim. Perlu diingatkan kepada semua ahli pas, terutamanya ahli dewan bahawa salah satu tujuan utama kita bertahaluf ialah supaya kita mempunyai ruang yg lebih luas bagi melaksanakan islam dalam politik yang kita perjuangkan. Tujuan kita bertahaluf dengan parti bukan islam adalah untuk menyampaikan dakwah islam yang sempurna kepada mereka, mengajak mereka kepada titik pertemuan yang boleh dikongsi bersama seperti keadilan, keamanan, kesejahteraan disamping meyanggah segala bentuk amalan negatif seperti ketidakjujuran, ketidakadilan, salah guna kuasa dan merebaknya maksiat.  
Dengan itu, adalah sewajibnya kita meletakkan asas tersebut apabila kita diberikan sedikit kuasa di negeri yang kita berkongsi kuasa dengan PR. Usaha hendaklah dilakukan sepenuh tenaga untuk mempastikan perlaksanaan islam dalam negeri diperkukuhkan sebaik mungkin. Kita yakin dengan prinsip tadarruj dalam perlaksanaan hukum islam. Oleh itu, adalah menjadi tugas kita untuk mempastikan bahawa pengharaman arak dan judi kepada orang islam perlu dikuatkuasakan. Begitu juga segala peraturan undang-undang pentadbiran islam di negeri – negeri hendaklah dilaksanakan sepenuhnya sehingga masyarakat islam dan bukan islam keseluruhannya dapat melihat kebaikan pemerintahan dan pentadbiran PR. Menjadi tanggungjawab dewan ulamak di negeri-negeri agar berbincang, bermuzakarah dengan pihak berkenaan sehingga semua perkara yang dinyatakan tadi dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa adanya perasaan kurang senang dari pihak-pihak tertentu.  
Dengan kehadiran sejumlah besar penyokong dewan himpunan penyokong PAS dari golongan non-muslim memberikan kita peluang untuk berdakwah dan mentarbiyyah non-muslim. Maka, hendaklah kita sama-sama memikirkan strategi terbaik agar non-muslim dalam dewan himpunan bertukar dari menjadi seorang penyokong pas kepada seorang yang faham tentang islam dan seterusnya menjadi seorang pejuang keadilan dan keamanan berdasarkan kepada kefahaman mereka kepada ajaran islam.  
Persahabatan, Kasih sayang dan keadilan yang diberikan atas nama kemanusiaan kepada mereka tidak cukup untuk menjamin mereka kekal bersama kita. Jika kita dapat pertingkatkan kefahaman mereka kepada islam, meningkatkan keikhlasan mereka kepada perjuangan ini, kita yakin Allah akan membuka hati mereka untuk menerima islam tanpa sebarang paksaan.
 ULAMAK DAN PILIHAN RAYA KE-13  
Pilihan raya ke-13 dalam masa yang semakin menghampiri kita adalah medan untuk kita bekerja tanpa erti penat dan lelah. Gabungan tenaga ulamak pelapis yang berwibawa dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar dengan golongan ulamak teras akan menyemarakkan lagi gerak kerja yang disusun. Kita mengharapkan agar PRU ke-13 akan menjadikan negeri dibawah pimpinan pakatan rakyat lebih kukuh dan kuat dari yang ada sekarang dari segi jumlah kerusi, terutamanya kerusi yang dimiliki oleh pas, begitu juga kualiti Adun dan MP sehingga tidak timbul lagi kemelut politik yang tidak berkesudahan seperti yang dialami pada masa lalu.  
Pakatan Rakyat dilihat semakin menempuh era kegemilangan. Kemenangan dikebanyakan pilihanraya kecil menunjukkan bahawa rakyat semakin meyakini kepada perjuangan Pakatan Rakyat. UMNO dan BN mula tidak mendapat tempat lagi dalam hati masyarakat. Cukuplah pilihan raya kecil di Sibu menjadi petanda awal kepada keruntuhan kubu BN nanti.  
Oleh yang demikian, Dewan Ulamak perlu berperanan bukan sahaja sebagai sayap kekuatan parti, tetapi menjadi pusat rujukan kepada rakan pakatan khususnya dalam pentadbiran negeri. Dewan Ulamak bukan sahaja perlu dilihat gah oleh ahli parti. Tetapi perlu dilihat hebat dan mendapat perhatian di mata rakan-rakan dari pakatan. Dengan itu, Dewan Ulamak di negeri-negeri perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat serta bersedia menjadi rujukan kepada kerajaan negeri untuk memajukan negeri berteraskan kepada sistem siasah Syar’iyyah.Hal ini bagi memastikan supaya perjalanan kerajaan negeri tidak melencong daripada tuntutan nas dan keadilan Islam. Kita tidak mahu keadilan dipandang dengan kacamata kasar manusia semata-mata. Tetapi keadilan mesti disandarkan kepada Islam. inilah antara peri pentingnya tugas dan peranan Dewan Ulamak dalam menempuh era PRU ke-13 nanti.  
Kemenangan yang sedia ada wajib dipertahankan oleh kesemua para Ulamak. Persediaan ini mestilah berasaskan kepada undang-undang yang yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT telah merencanakan pelan kemenangan iaitu :  
Kemenangan adalah milik Allah
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :  
Yang bermaksud: Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri. ( Al-Imran:160 )  
Oleh itu, golongan ulamak perlu berdamping dengan Allah tatkala memohon kemenangan dalam apa juga gerak kerja Parti.  
Kemenangan untuk orang yang membantu AgamaNya
Firman Allah SWT:  Yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad:7)  
Dengan itu, marilah sama-sama kita menjadi golongan yang sentiasa membantu agama dan perjuangan Islam tanpa member banyak alasan.  
Kemenangan milik orang-orang yang beriman
Firman Allah SWT :  Yang bermaksud :Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka Sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah Yang menguatkanmu Dengan pertolonganNya dan Dengan (sokongan) orang-orang Yang beriman. (Al-Anfal:62)  
Maka saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar meningkatkan prestasi iman masing-masing untuk melayakkan kemenangan datang dari Allah SWT kepada parti kita.  
Sidang perwakilan dan pemerhati sekalian;  
MENJUARAI ISU UMMAH  
Penguasaan isu-isu ummah pada hari ini menjadi kewajipan para ulamak untuk mendepaninya lebih khusus lagi dalam mengenengahkan pandangan dan hukum terhadap pencabulan Israel ke atas tanah air palestin dan kewajipan umat Islam sedunia bangkit memboikot segala agenda dan produk Israel.  
Kebiadaban dan keganasan Israel yang terkini dalam menyerang konvoi misi kemanusiaan yang berada dalam kapal Mavi Marmara adalah diluar pemikiran manusia yan mempunyai akal fikiran yang waras. Begitu juga penahanan terhadap kapal Rachel Corrie adalah tindakan terkutuk rejim Israel yang menuntut para Agamawan bangun memberi kesedaran kepada sebilangan umat Islam yang masih memandang kecil terhadap isu ini. Pandangan dan memorandum DU amat wajar sekali berada dalam blog-blog dan laman-laman utama khususnya laman web DU sendiri.  
Kalau kita boleh merancang untuk mengadakan tamrin dan ceramah tentang isu-isu semasa tanah air dan politik, maka apa susahnya untuk kita juga mengadakan penerangan dalam dimensi ulamak terhadap kebejatan Israel kepada tanah air palestin. Walaupun sudah ramai yang telah mengadakan penerangan ini, namun cara dan pendekatan kita amat penting untuk disampaikan kepada masyarakat. Isu APCO juga perlu dinilai mengikut hukum syarak memandangkan ianya melibatkan Israel dan kerajaan bersikap mencampur adukkan pentadbiran Negara dengan kuasa lain yang sudah terjamin menjadi pengkhianat kepada manusia sejagat. Maka saya melihat isu ini adalah isu sejagat yang tidak berkesudahan dan ianya adalah petanda kepada kesatuan umat islam sedunia.  
MEMPERKASA KEWIBAWAAN ULAMAK  
Islam sering kali menyeru kepada golongan ulamak supaya bangkit menyedarkan umat Islam dan berperanan dalam menghidupkan kembali roh Islam agar ianya kembali bersinar di alam sejagat ini. Tidak ketinggalan juga menerangkan kepada seluruh umat Islam yang masih jahil tentang hakikat Islam bahkan semakin menyimpang jauh dari sifat keinsanan. Ulamak memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi agama, ini tidak bermakna bahawa ulamak tidak berperanan dalam sebuah pentadbiran. Sebenarnya ulamaklah yang menjadi tunggak dalam menangani serta menentang segala bentuk penyelewengan yang berlaku di dalam sesebuah pentadbiran. Ulamak juga berperanan dalam menyusun serta menggubal sesuatu undang-undang atau peraturan mengikut susur galur yang telah ditetapkan oleh Islam. Tugas-tugas penyatuan dan penggubalan ini hendaklah dicipta bersesuaian dengan hukum asal yang berkaitan dengan mu’amalat, munakahat, ibadat dan jenayah. Kesemua tugas
ini sebenarnya adalah tanggungjawab ulamak dan tugas ulamaklah yang memastikan ianya terlaksana. Sekiranya keadaan ini dapat diselesaikan, saya yakin sedikit sebanyak amalan-amalan seperti rasuah, riba, judi, arak, zina akan dapat di kurangkan dari masa ke semasa. Betapa menularnya maksiat dan gejala sosial yang bermula dari individu sehingga kerajaan adalah petanda kepada kehancuran sesebuah Negara.Terkini, kerajaan telah membenarkan judi bola sepak kepada masyarakat, maka kita mesti bangkit, bersatu untuk menentangnya dan menolak kemurkaan dari Allah SWT.  
Kewibawaan Ulamak terletak kepada ketinggian budi pekerti dan thaqafah yang ada pada dirinya.Budi pekerti yang baik serta ilmu dan thaqafah mantap juga tidak menjanjikan kejayaan kerjayanya sebagai ulamak Amilin melainkan disampaikan ilmu yang dipelajarinya disamping membimbing masyarakat.Oleh itu, kewujudan Ulamak Du’at menjadi kefardhuan keatas ahli-ahli Dewan Ulamak. Ulamak Du’at masakini perlu mempunyai enam disiplin ilmu asas sebagaimana yang digariskan oleh mujtahid hari ini iaitu :  
Thaqafah Islamiyyah
Sejarah
Ilmu Bahasa
Ilmu kemasyarakatan
Ilmu moden dan sains
Ilmu realiti kehidupan semasa(feqh waqi’)
Ulamak Du’at memerlukan kepada dua jenis peringkat feqh iaitu feqh syarak dan feqh waqie. Pembelajaran berpandukan kitab turath semata-mata tanpa kemahiran memahami realiti menyebabkan Islam ditafsir dalam bentuk sempit dan menidakkan kesyumulan Islam. Ilmu siasah juga merupakan ilmu terpenting yang perlu dipelajari pada masa kini untuk menterjemahkan Islam dengan sempurna. Ulamak perlu dilihat lebih aktif dalam menyatakan pandangan rasmi Dewan Ulamak dalam segala isu. Ini kerana masyarakat selalu tertanya-tanya tentang pandangan rasmi DU dalam isu-isu yang berlaku,terutamanya yang memerlukan pandangan syarak. Tetapi malangnya yang mengeluarkan pandangan biasanya individu-individu dalam parti yang kadang-kadang kurang autoriti dalam mengulas isu tertentu. DU dikatakan lambat mengeluarkan pandangan, dalam keadaan sesetengah isu sangat perlu diulas dari kacamata syarak. Perkara ini telah menjadi persepsi di kalangan ramai orang. Untuk mengelakkan persepsi ini dan memperkasa peranan DU dalam menangani isu semasa, DU perlu lebih aktif menyatakan pandangan rasminya.  
Selain itu, kewibawaan ulamak akan terserlah lagi dengan memperbanyakkan hasilan ilmiah yang boleh dilihat oleh masyarakat. Hasilan ilmiah merupakan bukti kehebatan dan ketokohan ulamak dulu dan kini. Namun hasilan ilmiah tersebut hendaklah boleh dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Kadang-kadang, hasilan ilmiah telah ada, tetapi tidak disebarkan dengan baik, menyebabkan ia tidak boleh dimanfaatkan dan usaha tersebut seakan-akan sia-sia. Justeru, DU perlu memperbanyakkan hasilan ilmiah, terutamanya yang ada kaitan dengan parti, seperi tahalluf siasi dalam pendekatan bersama pakatan rakyat, non-muslim menjadi calon kepada parti islam, peranan wanita dalam politik dan negara dan yang seumpama dengannya.  
Para ulamak juga perlu bertindak dengan lebih berani bagi mengeluarkan ijtihad baru dalam pelbagai masalah baru yang masih kabur dari segi perlaksanaannya walaupun mempunyai asas yang kukuh dalam sistem perundangan islam. Seminar, bengkel perlu diadakan khususnya kepada para ilmuan muda bagi menyediakan kertas perlaksanaan islam di negeri-negeri yang diperintah, agar enakmen yang sedia ada dapat dipertingkatkan lagi dari segi undang-undang dan perlaksanaannya sesuai dengan keperluan semasa.  
PENUTUP  
Sekiranya para ulamak sentiasa mengambil prihatin terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing, sudah tentu kepincangan dalam gerak kerja tidak akan berlaku. Terdapat dua peranan penting yang perlu dimainkan oleh ulamak yang saya nyatakan disini iaitu:  
Berperanan untuk membimbing masyarakat dengan bersungguh-sungguh, perlu diingatkan bahawa bimbingan ini bukannya sekadar mengajar dimasjid-masjid. Iktibar dari sirah nabawiyyah dan kesungguhan para sahabat serta ulamak salaf perlu ditauladani apabila mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga menjadi murabbi, mu’addib, imam dan tempat rujukan dalam semua perkara.
Bertanggungjawab memberi inzar dan menyuruh kebaikan serta melarang keras kemungkaran. Tuntutan memberikan inzar ini menjadi lebih perlu dan mustahak memandangkan keadaan masyarakat islam pada hari ini yang jauh lebih teruk dari masyarakat jahiliah dahulu. Dahulu, pemikiran dirosakkan dengan pemikiran dan akidah muktazilah, khawarij, qadariyyah dan jabariyyah dalam keadaan negara islam masih utuh dan berkuasa. Sekarang fahaman liberal, sekular, komunis, sosialis dan nasionalis bukan sahaja mempengaruhi pemikiran masyarakat tetapi menjadi anutan utama masyarakat islam. Kerajaan juga seolah-olah tidak mementingkan hal ini untuk diatasi. Perkara ini perlu ditempuhi oleh kita semua dengan persediaan kefahaman dan kesatuan sehingga kita bukan sahaja tahu menghukum sesuatu ajaran pemikiran itu salah tetapi berupaya memberikan hujah yang berasas.
Harapan ini diletakkan keatas bahu para ulamak sekalian, bangkitlah untuk melakukan perubahan dan menjaga pemerintahan agar Negara kita direstui sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur.  
Sekian, salam perjuangan yang berterusan untuk semua. Allahu Akbar!, Allahu Akbar! Allahu Akbar!, Walillahil Hamd!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular