Translate

Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan

Selasa, 4 Januari 2011

Bohsia Tiga Beradik Di Pekan Tambun Ipoh.

Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang amat memalukan. Kerana ingin melepaskan gian ketagihan dadah, sibapa tunggal sanggup membiarkan rakannya bersekedudukan dengan anak perempuannya seperti suami isteri.
Kerana ingin dirinya ditanggung dengan bekalan dadah setiap hari oleh rakan baiknya, sibapa sanggup membiarkan rakannya melepaskan hawa nafsu keatas anak perempuannya yang juga seorang penagih 'Ais' ataupun dipanggil 'Batu' dikalangan penagih.

Baru-baru ini salah seorang anak perempuannya telah melahirkan anak luar nikah dan sibapa tanpa merasa malu memberitahu rakan-rakannya yang beliau telah mendapat title 'Datuk' sedangkan beliau tiada bermenantu.

Sibapa sanggup memperdagangkan batang tubuh anak perempuannya semata-mata kerana rakannya menanggung bekalan dadah kepada beliau dan juga kepada anak perempuannya setiap hari. Dimanakah perginya JKKK Kg. Melayu Rizab dalam menangani kes ini.

Ini bukan melibatkan soal moral, tetapi ianya melibatkan fardu kifayah yang mana dosa itu ditanggung oleh seluruh penduduk kampung tersebut. Jika ianya hanya melibatkan dosa sibapa dan keluarganya sahaja, lantaklah mereka nak lepas gian dan bersekedudukan sampai mati. 

Kemana pergi ketua kampung yang mungkin juga pengerusi JKKK kampung tersebut? Adakah sedang mengira elaun RM 800 dan memperbanyakkan mesyuarat setiap bulan kerana setiap kali mesyuarat dapat lagi elaun RM 50 sehari.

Adalah amat malang bagi penduduk Kg. Melayu Rizab yang setiap saat terpaksa menanggung dosa perbuatan keluarga tersebut dalam keadaan ketua kampung sendiri mengetahui akan aktiviti keluarga tersebut. Inilah sikap yang ditanamkan oleh Umno kepada ahli-ahlinya iaitu tiada halal tiada haram dan yang ada ialah HALAM sahaja.

Apa yang membimbangkan ialah pelakuan seorang lagi anak perempuannya yang masih lagi bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda akan mengikuti jejak kakak-kakaknya. Ini kerana bagi anaknya yang masih bersekolah rendah perbuatan kakak-kakaknya tidak salah kerana sibapa tidak menengah dan JKKK pula mengHALAMkan.

Kes ini cukup mudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana ketua kampung tersebut memang mengetahuinya tetapi hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga mungkin kerana elaun dari RM 450 telah dinaikkan kepada RM 800. 

Inilah sikap Umno yang akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi menjaga periuk nasi. Kerana itulah kita tidak hairan jika perbuatan terkutuk ini tidak diambil tindakkan kerana yang duduk kat atas sana pun lebih kurang perangainya malah lebih hebar lagi.

Diharap pihak yang berwajib tidak membiarkan perbuatan ini berterusan dengan berjumpa ketua kampung tersebut kerana beliau lebih mengetahui daripada saya. Saya juga mengharapkan agar  Guru Besar dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun memainkan peranan kerana budak-budak itu bukannya tahu hukum hakam.

Bagi pandangan budak yang belum mengerti, jika sibapa tidak menengah perbuatan kakak-kakaknya, ini bermakna apa yang dilakukan oleh kakaknya tidak salah dari segi hukum dan undang-undang. Dengan ini saya menyarankan agar Guru Besar dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun melakukan apa yang patut dilakukan demi menyelamatkan pemikiran anak-anak yang masih belum mengerti itu.

Jumaat, 26 Mac 2010

Polis Telah Maklum Keluarga Benjy Sebab Penahanannya

Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Kiang berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika mereka datang ke balai polis dan dapat menerima keputusan itu.

Chiez Kiang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan semula anak lelakinya itu.

"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy setakat ini”, katanya.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada pukul 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar ikat jamin berjumlah RM2,000. - Bernama

Kes Benjy Babitkan Dadah Jenis Sintetik – Hishammuddin

Kes membabitkan pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang ditahan semula untuk siasatan lanjut, membabitkan dadah jenis sintetik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan yang serius dalam menangani dadah jenis itu kerana pengambilannya, walaupun sekali, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi penagih dadah.

Katanya, begitu juga kes yang membabitkan seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan.

"Saya dah maklumkan awal dulu, kita dalam konteks dadah sintetik ini, perlu menanganinya dengan kesungguhan luar biasa.

"Ini kerana pengambilan dadah jenis itu walaupun sekali sahaja, boleh menyebabkan menjadi penagih dadah.

“Kedua, tiada jalan untuk pemulihan dan ketiganya, ia mudah dibawa ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan ibu artis itu, dramatis dan pelakon terkenal, Azean Irdawaty bahawa pihak polis tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya itu.

Benjy ditahan semula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952) selepas dua jam dibebaskan.

Dia sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu. – Bernama

Isnin, 15 Mac 2010

"Hati Saya Luluh" : Azean Irdawaty Tak Sangka Anak Ditahan Kes Edar Dadah.

AZEAN bersama  Benjy yang dilaporkan  ditahan reman  kerana disyaki mengedar  dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.
AZEAN bersama Benjy yang dilaporkan ditahan reman kerana disyaki mengedar dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.

Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.

“Kak Yan (Azean) nak jumpa dia, nak peluk dia, nak cakap walau apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama... mama tetap sayangkan Ben. “Kak Yan bergegas ke balai, tetapi tidak dibenarkan jumpa Benjy. Hari ini pun (semalam) masih tak dapat jumpa dia. Dia orang (polis) tak bagi jumpa, cuma Kak Yan tahu Ben belum dituduh, masih dalam siasatan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kata Azean, walau apa pun terjadi, kasihnya terhadap Benjy tidak berkurangan langsung.

Semalam, Azean dilihat bersama peguamnya di balai polis berkenaan kira-kira jam 8 pagi dan beredar dari situ kira-kira 30 minit kemudian. Polis hanya membenarkan peguam dilantik keluarga beliau menemui Benjy. 

Sambil mengakui berita penangkapan Benjy menyebabkannya seolah-olah sudah kehilangan kudrat, dia berusaha mengelak daripada mengalami tekanan perasaan yang keterlaluan. 

“Kak Yan belum boleh tidur...hanya solat dan doa saja minta kekuatan daripada Tuhan menangani keadaan ini. Penyakit Kak Yan (kanser) tidak boleh stres, nanti berulang. 

"Kak Yan harap semua faham kenapa Kak Yan tak dapat nak jawab panggilan telefon. Kak Yan terlalu kacau. Sewaktu terima berita dilanda kanser pun Kak Yan tidak lemah, sebaliknya Kak Yan sentiasa dibekalkan ketenangan oleh Allah.

“Malam tadi (Jumaat) sewaktu terima berita Benjy ditahan kerana dadah, dunia Kak Yan berpusing macam taufan, kaki macam tidak pijak lantai dan jantung rasa macam meletup, tidak percaya, tak tahu apa nak fikir,” katanya.

Beliau juga bingung memikirkan bagaimana anaknya boleh terbabit dengan aktiviti itu.

“Seribu soalan menerpa di kepala...dadah? Kenapa? Macam mana? Sejak bila? Dari siapa? Di mana silap aku sebagai ibu yang sentiasa amat menyayanginya? Apa dan siapa yang mendorongnya dan sampai tahap mana?,” katanya.

Berita penahanan Benjy menyebabkan aktres itu dihujani panggilan wartawan, tetapi Azean memohon maaf kerana tidak mampu menjawab pertanyaan mereka kerana dia terlalu sibuk untuk mengetahui kedudukan anaknya.

“Izinkanlah Kak Yan menenangkan diri untuk mencari kekuatan. Ini kerana Kak Yan perlu kuat sekiranya Benjy lemah. Kak Yan belum tahu apa hikmah di sebalik ujian ini. 

“Tetapi Kak Yan reda dan tawakal, hidup mesti diteruskan. Semoga Allah mengadili Benjy seadanya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang artis lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta menjadikan kediamannya di sebuah kondominium mewah di Kepong sebagai tempat memproses kokain dan syabu.

Artis berusia 31 tahun itu ditahan bersama rakan wanitanya berusia 23 tahun di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut, kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu sebelum dibawa ke kediamannya untuk pemeriksaan lanjut.

Mengikut laporan, polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 tersembunyi dalam sebuah bilik di kediaman terbabit.

Polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan. Kedua-dua suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan.

Beliau tidak mahu kes itu diperbesarkan kerana suspek masih dalam tahanan reman sehingga Khamis depan dan dikhuatiri mengganggu siasatan yang dijalankan pihak polis.

“Polis masih menyiasat secara terperinci kerana dikhuatiri ada individu lain terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ini," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular