Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 14 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 13)


 


PERTUNJUKAN MANUSIA DAN MONYET YANG TIDAK DIPERSETUJUI OLEH PADERI
Yang Mulia Dr. MacArthur Berpendapat Pameran ini Memalukan
"Orang yang bertanggung jawab ke atas pameran ini telah memalukan dirinya sendiri seperti mana dia telah memalukan orang Afrika" kata MacArthur. "Daripada menjadikannya binatang, dia sepatutnya dimasukkan ke sekolah untuk membangunkan kekuatan yang telah Tuhan berikan kepadanya".
 BANGSA ESKIMO DAN PELAKSANAAN RASISME
Seorang penyelidik Artik terkenal, Robert Peary telah membawa sekumpulan orang Eskimo Pole ke New York pada 1897. Anggota paling muda di dalam kumpulan ini ialah seorang budak bernama Minik. Kumpulan tersebut, termasuk Minik dan ayahnya, telah dipamerkan pada jangka yang panjang di American Museum of Natural History. Pada masa itu, ayah Minik telah menemui ajalnya kerana sakit. Minik tinggal sendirian dan tanpa pelindungan

di New York. Suatu hari, Minik telah melihat tengkorak ayahnya sedang dipamerkan di American Museum of Natural History sebagai "satu contoh spesies". Walaupun, dia telah meminta kembali mayat ayahnya, lembaga muzium telah menolak permintaannya.
Fakta lain berkaitan dengan kehidupan Minik ialah Robert Peary, penyelidik yang membawa Eskimo-eskimo ini ke Amerika, yang mempunyai pandangan rasialis.
Walaupun beliau hidup di kalangan orang Eskimo, Peary secara terbuka beranggapan mereka tidak setaraf dengannya. Menurut Peary, Eskimo dan Negro adalah daripada bangsa-bangsa kelas bawahan. Walaupun, mereka kuat, bijak dan amanah, bekerja untuk keluarga mereka, mereka tidak sebaik bangsa kulit putih… Beliau pernah mengeluarkan kenyataan biadab seperti berikut: "Saya sering ditanya: Apakah nilai bangsa Eskimo kepada dunia? Mereka sama sekali tidak mempunyai sebarang nilai komersial: dan, lebih dari itu, mereka tidak mempunyai impian. Nilai hidup mereka adalah sama dengan seekor musang, atau seekor beruang, segalanya berdasarkan kepada naluri".1 Tujuan beliau membawa Eskimo-eskimo ini ke Amerika telah dijelaskan oleh seorang penyelidik di dalam subjek ini: "Apakah tujuan Peary membawa Eskimo-eskimo ini ke New York? … Mungkin Eskimo-eskimo ini hanyalah spesimen, seperti tengkorak dan rangka yang telah dikutipnya terdahulu, tetapi yang lebih menariknya ialah darah masih mengalir di dalam urat saraf mereka… Dia juga merasa tidak senang dengan mayat-mayat Eskimo lain yang diketahui nama mereka, yang telah digalinya beberapa tahun terdahulu daripada kubur-kubur mereka dan mengangkutnya untuk menghiasi ruang muzium".2

Minik, Ota Benga, dan banyak lagi manusia yang tidak diketahui nama mereka, telah menerima layanan tidak berperikemanusiaan, di dalam berbagai cara, di tangan mereka yang dikenali sebagai "pakar sains" yang melihat sebahagian bangsa lain sebagai "bawahan".
Dr. Gilbert menyatakan dia telah membuat keputusan bahawa pameran ini adalah satu penghinaan dan beliau dan paderi-paderi lain akan bersama dengan Dr. MacArthur di dalam menguruskan supaya bangsa kaum Afrika ini dibebaskan daripada kandang monyet dan diletakkan di tempat lain.41
Kemuncak kepada semua layanan buruk ini ialah tindakan Ota Benga membunuh diri. Tetapi masalah yang berlaku di sini lebih hebat daripada seorang manusia kehilangan nyawanya. Tetapi ia adalah satu contoh yang jelas keganasan dan kebuasan yang rasisme secara Darwin ingin laksanakan.
 BERSAMBUNG....
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular