Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 20 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 19)

 KEBENCIAN HITLER TERHADAP AGAMA
 
Sebab lain mengapa Hitler begitu berminat kepada teori evolusi ialah kerana dia melihat teori evolusi sebagai satu senjata menentang kepercayaan agama. Hitler amat bencikan agama. Moral-moral murni seperti belas kasihan, rahmat, dan kemanusiaan, yang dianjurkan oleh agama, menjadi halangan terbesar pembentukan jenis bangsa Aryan yang ganas dan perkasa seperti yang ingini oleh Nazi. Oleh itu, apabila mereka berkuasa dalam tahun 1933 mereka telah cuba untuk menukarkan masyarakat Jerman kepada kepercayaan budaya pagan lama. Swastika (lambing salib berkait), satu simbol daripada kebudayaan lama pagan, adalah simbol kepada pengembalian ini. Perayaan yang disambut di setiap penjuru Jerman adalah pengembalian semula mereka kepada upacara pagan purba. Idea evolusi, yang telah diwarisi daripada kebudayaan pagan, bertepatan dengan ideologi Nazisme untuk tujuan ini. Hitler pernah mendedahkan sikapnya terhadap kristian apabila beliau menyatakan bahawa agama adalah satu:
…penipuan yang terancang yang mesti dimusnahkan. Kerajaan mesti kekal sebagai ketua. Ketika saya masih muda, saya merasakan adalah perlu untuk memusnahkan agama… dengan dinamit. Saya kemudian menyedari perlunya menggunakan kebijaksanaan… Peringkat terakhir mesti… di kerusi St. Peter, seorang pegawai agama yang nyanyuk; berhadapan dengannya beberapa wanita tua yang jahat… Yang muda dan sihat berada di pihak kita… Orang-orang kita telah berjaya hidup dengan baik tanpa agama ini. Saya mempunyai enam divisyen SS yang tidak mempedulikan isu-isu agama.59

Simbol swastika yang digunakan oleh Hitler adalah lambang kepunyaan kebudayaan paganlama.
Danial Gasman telah mendedahkan sebab-sebab kebencian Hitler terhadap agama di dalam buku beliauThe Scientific Origins of National Socialism:
Hitler telah menggariskan idea biologikal evolusi sebagai senjata paling berkesan menentang agama tradisional dan dia berulang kali menghina agama Kristian kerana penentangannya terhadap pengajaran evolusi…Bagi Hitler, evolusi adalah lambang kejayaan sains moden dan kebudayaan.60
Sebenarnya sebab utama mengapa berlakunya malapetaka yang tidak terkira banyaknya kepada dunia pada abad ke-20 adalah kerana sikap orang-orang seperti Hitler dan Nazi yang tidak mempunyai agama. Mereka yang telah menafikan kewujudan Allah dan percaya bahawa manusia telah berkembang untuk menjadi haiwan yang maju, merasakan diri mereka tidak akan dihisab, tanpa tanggungjawab untuk menjawab sesiapa pun. Kerana mereka tidak mempunyai ketaqwaan kepada Allah dan Hari Kiamat, mereka menyakini bahawa kehancuran dan keganasan yang mereka lakukan tidak akan berakhir, dan kerana sebab itulah tanpa belas kasihan mereka telah membunuh berjuta-juta manusia. Kesengsaraan dan kepedihan yang akan dialami di dalam sebuah masyarakat yang tidak mempunyai agama dapat dilihat dengan jelas di dalam contoh Hitler ini. Dan bukan hanya Hitler: seperti yang akan kita lihat sebentar lagi, Stalin, Mao, Pol Pot, Franco, Mussolini dan lain-lainnya yang telah menenggelamkan abad ke-20 ke dalam darah, juga dikenali sebagai mereka yang menolak agama. Sudah pasti pengajaran tersebut datangnya daripada mimpi ngeri yang terhasil daripada kekurangan agama.
 
 
 
 Gambar-gambar ini menggambarkan penderitaan, ketakutan, keganasan dan kesengsaraan yang telah dilakukan oleh Hitler dan mereka yang berkongsi pandangan dengan beliau terhadap manusia. Darwinisme, yang menjadi punca utama mimpi ngeri ini, masih terus menyiksa manusia seluruh dunia.
 
 
Hitler adalah penyebab kepada pembunuhan berjuta-juta manusia, dan berjuta-juta yang lain ditinggalkan sendirian tanpa kediaman. Ideologi kejam beliau ini berdasarkan kepada tesis Darwin tentang bangsa-bangsa superior dan inferior. Dan dia tidak merasa ragu-ragu untuk membunuh mereka yang dianggap sebagai bangsa inferior.
Sedangkan mereka yang bertaqwa kepada Allah dan hidup berdasarkan moral-moral al-Quran sering menganjurkan pendamaian, ketenangan, keselamatan, kemewahan, dan kesedaran kepada sebuah masyarakat. Mereka yang beriman dengan agama Allah tidak akan sekali-kali mengganggu kedamaian di mana-mana tempat di seluruh dunia, sebaliknya mereka sering menganjurkan kasih sayang, belas kasihan, persahabatan, keimanan, dan kerjasama.
 BERSAMBUNG......
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular