Translate

Sabtu, 22 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 21)

FRANCO YANG RASIALIS DAN TEKANAN YANG DILAKUKANNYA KE ATAS SEPANYOL
Salah seorang penindas rasialis yang yang telah menukarkan abad ke-20 ini kepada tasik darah ialah Franco. Beliau telah mengatur gerakan "Falange" di Sepanyol dengan bantuan daripada para penyokong Darwin Fasis Hitler dan Mussolini, dan telah membawa kesengsaraan dan penindasan yang dahsyat kepada penduduk Sepanyol. Franco telah mengheret rakyatnya kepada perang saudara, mengubah saudara menentang saudaranya sendiri, bapa menentang anak.
Sepanjang Perang Saudara Sepanyol sekitar 250 orang telah dibunuh setiap hari di Madrid, 150 orang di Barcelona, dan 80 orang di Seville. Sebahagian daripada hukum bunuh ini dijalankan dengan cara memasukkan paku ke dalam kepala. Pembunuhan beramai-ramai yang tidak berperikemanusian ini telah dilakukan di mana-mana sahaja. Di kawasan perkampung gunung kecil di Utara Madrid, sebagai contoh, 31 orang kampung telah ditahan kerana mereka tidak mengundi Franco, mereka semua telah dibawa keluar daripada kampung mereka dengan menggunakan lori dan telah dibunuh di tepi jalan. Para penyokong rasialis telah memasuki sebuah bandar yang mempunyai penduduk seramai 11,000 orang berhampiran Seville dan telah membunuh lebih daripada 300 orang. Natijah daripada peristiwa-peristiwa ganas ini, hampir 800,000 orang telah dibunuh di dalam perang saudara ini, lebih 200,000 orang telah dihukum bunuh dengan arahan daripada Franco. Berjuta-juta orang telah tercedera dan menjadi cacat.
 FRANCO MEMBERIKAN HITLER SELURUH PENDUDUK KAMPUNG UNTUK MENGUJI SENJATANYA
 
 Penyokong utama terhadap Fasis Franco di dalam Perang Saudara tersebut ialah Hitler dan Mussolini. Franco tidak membiarkan sokongan sekutu-sekutunya tanpa balasan: beliau telah membuat perjanjian-perjanjian yang paling kejam dan ganas di dalam sejarah, dengan memberikan bandar-bandar kecil seperti seperti Guernica kepada Nazi sebagai hadiah kepada mereka untuk menguji senjata-senjata mereka.
 Pada pagi 5 May 1937, penduduk perkampungan kecil Guernica menyedari kematian yang dibawakan oleh kapal terbang gergasi dan berton-ton bom, keajaiban baru daripada teknologi Nazi. Perkampuangan kecil tersebut telah diserahkan oleh Franco kepada ujian kapak terbang Nazi.64
Kejadian ini hanyalah salah satu hasil daripada falsafah songsang ini yang menganggap manusia sebagai haiwan makmal. Falsafah ini, yang membiarkan beratus-ratus manusia mati hanya untuk menguji kekuatan senjata mereka dan telah mencacatkan, mencederakan, dan menyiksa beratus-ratus yang lain, masih hidup hari ini di bawah berbagai kepalsuan. Perkara ini akan berterusan selagi mana falsafah secara Darwin dan beberapa penindasan yang melihat manusia sebagai satu spesis binatang dan melihat peperangan sebagai satu cara untuk maju yang paling efektif, masih dikekalkan.
 
Tidak ada belas kasihan walaupun kepada kanak-kanak di dalam Perang Saudara Sepanyol, yang berpunca daripada Franco. Mereka dibawa daripada rumah-rumah mereka tanpa sebab dan kemudiannya ditembak. Mereka yang tidak berdosa telah dibunuh, dicacatkan dan kehilangan keluargan dan orang-orang yang disayangi. Ini adalah kesan daripada kekejaman Fasis di dalam kehidupan seharian.
PERANAN AWAL DARWINISME DI DALAM PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

Di dalam buku beliau Europe Since 1870, pensyarah British yang terkenal James Joll menjelaskan salah satu faktor yang membawa kepada meletusnya Perang Dunia ialah kepercayaan pemimpin-pemimpin Eropah kepada idea-idea Darwin:
Kita telah melihat bagaimana idea-idea Darwin ini memberikan pengaruh yang hebat kepada ideologi imperialisme pada akhir abad ke-19; tetapi adalah penting untuk menyedari bagaimana doktrin perjuangan untuk hidup dan 'yang kuatlah, yang terus hidup' telah diterima oleh majoriti pemimpin-pemimpin Eropah pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Pertama. Contohnya, chief of staff Empayar Austro-Hungarian, Franz Baron Conrad von Hoetzendorff, telah menulis di dalam memoirnya selepas perang: 
Agama dermawan, pendidikan moral dan ajaran-ajaran pemurah, boleh melemahkan perjuangan manusia untuk hidup di dalam bentuknya yang paling kejam, tetapi mereka tidak akan berjaya untuk membuangnya sebagai satu motif dorongan dunia… Ia selaras dengan prinsip bahawa tragedi perang dunia ini berlaku disebabkan oleh motif dorongan di dalam kehidupan kerajaan dan rakyat, seperti petir yang perlu mangdiscas dirinya sendiri. 
Untuk menentang latar belakang ideologi seperti ini, desakan Corad kepada satu peperangan pencegahan untuk melindungi Empayar Austro-Hugarian telah menjadi komprehensif.

Halaman Kiri: Situasi di London yang telah dibom oleh kapal terbang Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
Kita telah menyaksikan bagaimana pandangan-pandangan ini tidak terhad kepada bentuk ketenteraan sahaja, dan Max Weber sebagai contoh amat bimbangkan persaingan antarabangsa untuk terus hidup. Sekali lagi, Kurt Riezler, pembantu peribadi dan sahabat kepada canselor Jerman Theobald von Bethmann- Hollweg, telah menulis pada 1914: "Permusuhan yang kekal telah diwarisi di dalam hubungan di antara manusia; dan permusuhan yang kita saksikan sekarang ini di mana-mana sahaja… bukan disebabkan oleh kesilapan semula jadi manusia tetapi adalah disebabkan oleh intipati dunia dan sumbernya sendiri".65
Friedrich von Bernhardi, seorang jeneral Perang Dunia Pertama dan seorang pakar sosial secara Darwin Jerman, adalah salah seorang daripada pemimpin-pemimpin ini. "Peperangan" menurut Bernhardi "adalah satu keperluan biologi"; ia "adalah perlu sepertimana perlunya persaingan elemen-elemen alam semulajadi" ia "memberikan satu pilihan secara biologi, memandangkan pilihan-pilihannya bergantung kepada perkara-perkara yang paling semulajadi".66

BERSAMBUNG.......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular