Translate

Rabu, 16 Februari 2011

Mahathir : Melayu Yang Mudah Lupa .......!!!!!!!!!!!!

 Musuhdid umat Islam abad 21

Semakin tua semakin kuat merampunya seorang yang menyamai diri sebagai bangsa Melayu yang mudah lupa. Amat malang apabila seorang yang bergelar mantan PM dan juga Doktor apabila memperkatakan tentang politik dan juga agama. Beliau adalah Melayu yang bukan sahaja mudah lupa tetapi ingin melupai akan kezalimannya. (baca sini)

Beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia tentang peranannya dalam operasi lalang (baca lagi) yang mana seramai 106 orang (majoritinya pemimpin pembangkang) ditahan dibawah ISA pada 1987. Ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. 

Untuk menambahkan kebodohannya ialah pengakuan bekas KPN, Haniff Omar (yang tidak mempercayai judi itu haram disisi Islam) bahawa si Melayu ini tidak terlibat dalam 'Operasi Lalang'. Dalam peristiwa yang bersejarah ini pun beliau boleh lupa, siapa pemimpin pembangkang yang menemui beliau.

Beliau bagaikan memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah 'tuan yang dicucuk hidung oleh lembunya'. Beliau boleh memperbodohkan Umno/Bn tetapi, tidak kepada rakyat Malaysia yang semakin cerdik. Apakah di Malaysia, Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya adalah 'TUAN' kepada polis, tiba-tiba  menjadi 'BARUA'.

Inilah sikap seorang pemimpin sekular yang mengaku negaranya adalah negara Islam pertama di dunia. Pemimpin yang memainkan kata-kata menghina Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dengan ucapan-ucapan melampaunya terhadap Islam. (koleksi penghinaan beliau terhadap Islam)

Inilah manusia yang mengeji Allah s.w.t. dengan mengatakan bahawa "jika tiada Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun, ada orang lain yang akan bawa Islam" pada tahun 2001. Sikap prejudis beliau terhadap Islam telah melahirkan SIS yang dipelopori oleh anak perempuannya dengan 'Islam liberalnya'.

Bagi penyanjungnya dari kalangan orang-orang Umno, berfikirlah secara waras dengan akal yang diberikan oleh Allah s.w.t. dan bukannya dengan nafsu. Tidakkah Allah s.w.t. meletakkan akal ditempat yang paling tinggi pada anggota kita?. Kenapa melawan fitrah Allah s.w.t. dengan dengan meletakkan akal di kepala lutut atau ditapak kaki dan dalam masa yang sama meletakkan nafsu ditempat yang tinggi.
Fikir..... 
Fikir.....
Fikir.....
Kenapa Allah s.w.t. memberi beliau umur yang panjang?
Kenapa Allah s.w.t. memberi beliau kesihatan yang baik?
Kenapa Allah s.w.t. memberi beliau pertuturan yang masih sempurna?
Adakah kurniaan semua itu kerana Allah s.w.t. sayangkan beliau? 
Atau kerana Allah s.w.t. ingin menunjukkan kepada beliau bagaimana kemusnahan yang beliau lakukan terhadap akhlak umat Islam?.
Maka fikirkan lah wahai penyanjung-penyanjung Mahathir, dengan akal yang waras bukan dengan hawa nafsu seranah. Jangan jadi seperti....... 
Ada mata tetapi buta....... 
Ada lidah tetapi bisu....... 
Ada telinga tetapi pekak...... 
Ada akal tetapi gila......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular