Mengikut satu sumber, pihak Amerika
laknatullah yang menggempur tempat persembunyian Osama Bin Laden
bersama-sama pasukan elit Pakistan telah menghina jenazah yang
dikatakan imej Osama dengan menendang-nendang jenazah tersebut. Mereka
juga dikatakan dengan angkuh menuding jari ke arah jenazah dan
berkata bahawa Amerika adalah negara yang paling hebat didunia dan
tiada siapa yang boleh terlepas dari buruan Amerika laknatullah.
Kebiadapan yang dilakukan
Amerika itu tidak disenangi oleh sesetengah pasukan elit dari Pakistan.
Jenazah tersebut serta merta dibawa keluar oleh pasukan Amerika
ditempat yang tidak diketahui. Untuk menutup perbuatan biadab itu,
Presiden Obama telah mengeluarkan kenyataan bahawa jenazah yang
dikatakan Osama akan dikebumikan mengikut Islam.
Kesyahidan Osama Bin Laden
mendapat liputan yang luas diseluruh dunia terutama di Amerika dan
barat. Bagi Amerika dan barat, kesyahidan Osama satu kemenangan dalam
menentang keganasan dan ia juga disambut gembira oleh pemimpin-pemimpin
negara umat Islam.
Mengikut pendapat Prof-Prof
kangkung dari Malaysia, kesyahidan Osama tidak akan diratapi oleh umat
Islam kerana pada pandangan mereka perjuangan yang dilancarkan oleh
Osama hanya bersifat peribadi. Jika kenyataan tersebut keluar dari
Prof-Prof barat, kita boleh menerimanya kerana mereka sememangnya
mempunyai sikap yang prejudis terhadap Islam dan juga Jihad. Tetapi
adalah amat malang kerana kenyataan dari prof-prof kangkung yang
mengaku sebagai umat Islam.
Amerika dan sekutu-sekutunya
termasuk juga para pemimpin negara umat Islam yang juga mengaku Islam
menyangka kesyahidan Osama dapat membendung tentangan umat Islam yang
ditindas tanpa mengkaji dari aspek yang luas. Jika seorang Osama
dibunuh, akan lahir seribu lagi Osama untuk meneruskan perjuangannya.
Hakikatnya, perjuangan untuk
keadilan tidak akan berkubur jika seorang pemimpinnya dibunuh tetapi ia
akan menyemarakan lagi semangat umat Islam. Kerana itu jugalah Malaysia
yang diperintah oleh rejim Umno tidak akan menghapuskan ISA
laknatullah. Bagi Umno yang telah lama menyelewangkan ajaran Islam,
akta ISA adalah menyelamat mereka dari dijatuhkan secara demokrasi ala
Malaysia.
Bagi rejim Umno yang menjadi
barua kepada Amerika dan Israel, mereka akan laku apa sahaja walau pun
terpaksa menyerahkan rakyat Malaysia kepada Amerika. Salah tak salah
itu perkara kedua, janji mereka menjadi barua tahap celaka kepada
Amerika.
Perjuangan yang dipelopori oleh
as-Syahid Osama Bin Laden akan tetap dikenang oleh umat Islam walau pun
namanya busuk dihati pemimpin-pemimpin negara umat Islam. Sejarah akan
menceritakan bagaimana pengorbanan as-Syahid Osama Bin Laden yang
sanggup meninggalkan kekayaan kerana tidak ingin melihat negara-negara
umat Islam dijajah oleh Amerika dan sekutunya dengan bantuan pemimpin
umat Islam sendiri.
Al-Fatihah, semoga beliau akan bersama-sama dengan Saidina Hamzah r.a. yang menjadi penghulu para Syuhada. (Gerakan Anti Najib/Rosmah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan