Keluarga tahanan Ordinas Darurat (EO) Mohd Rafe Mohamed Ali dan Mohd
Ramadhan Mohamed Ali berkata mereka ditipu sebanyak RM13,000 sebagai
bayaran 'jaminan polis' kepada seseorang yang mendakwa diriinya
'Inspektor Zulkifli' yang mampu membebaskan tahanan berkenaan.
Kedua-dua
adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota
polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.
Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan.
Kira-kira
dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga
tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis
Rawang.
Lelaki
itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik
beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan
pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding
dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.
“Saya
tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya
sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah
untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.
“Saya
fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam
akaun bank,” kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang
akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Wang
berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525
bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin
yang diarahkan.
Moha kemudiannya menghubungi
'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai
polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.
Keluarga
tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan
terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor
Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan
kedua-dua adik beradik itu.
“Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis,” kata Moha.
Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.
Jurucakap Lawyers For Liberty
Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa
pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli
mereka ditahan mengikut EO.
“Dengan ini, kita
boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk
peras ugut wang daripada keluarga mangsa,” katanya. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan