Translate

Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Keluarga gesa siasatan bebas kematian remaja ditembak polis


 
Sivarasa menunjukkan salinan laporan polis dengan ditemani nenek Johari Abu Bakar, Jamilah (kiri) dan ibunya Salmah (tiga dari kanan). — Foto oleh Choo Choy May

 Keluarga Johari Abu Bakar menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas berhubung kematian seorang remaja berusia 17 tahun itu, memandangkan polis memberi maklumat tidak konsisten berhubung kejadian dia ditembak kelmarin.


Keluarganya juga akan memfailkan petisyen di mahkamah esok, menuntut bedah siasat kedua dijalankan ke atas Johari ekoran tanda-tanda yang meragukan pada jenazahnya termasuk lenggan kanan patah.

Johari, seorang pekerja rencam, terbunuh dalam kejadian ditembak polis di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin.

Laporan media semalam memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, Johari yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis.

Suspek turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian pada pukul 10.15 malam.

Dia yang bersembunyi di sebuah hotel dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard.

Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati.

Katanya, suspek diintip sepasukan polis sejak pukul 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu.

Laporan lain menyebut kereta itu dikatakan dicuri di Kelana Jaya 10 Mei lalu.

“Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang.

“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan,” katanya.

“Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru dalam kereta berkenaan,” kata Tun Hisan.

Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian.
Bagaimanapun ibu Johari, Salmah Mohamed Shariff menegaskan bahawa anaknya bukan seorang penjenayah dan tidak pernah memiliki sebarang senjata.

“Dia seorang budak yang baik dan sentiasa menurut kata. Saya enggan percaya bahawa dia miliki senjata,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Damansara di sini petang ini.

Salmah, seorang suri rumah ditemani oleh dua anak lelakinya, Abdul Razak yang bekerja sebagai 'pub bouncer' dan Mohamad Rosli, 20, iaitu pembantu dapur serta nenek mereka Jamilah Magar Saib, 56.

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam juga menemani mereka ketika laporan polis dibuat.

Salmah mendakwa terdapat banyak percanggahan dalam persekitaran yang menyelubungi kematian Johari khususnya dalam keterangan diberikan kepada media dan kepadanya oleh seorang anggota polis bernama “Afendi”.

“Anggota polis itu memberitahu saya bahawa ada empat yang lain ketika kejadian dan mereka dipantau selama lima hari sebelum ditembak.

“Mereka mendakwa anak saya menembak ke arah mereka dan empat yang lain melepaskan diri ketika tembakan. Saya mendapati yang ini sukar untuk dipercayai,” katanya.

Malah katanya, Afendi juga mendakwa Johari melepaskan lapan das tembakan ke arah polis sebelum mereka membalas tembakan.

Ibu berusia 41 tahun ini dengan menitiskan air mata berkata, dia mengesyaki sesuatu berdasarkan keadaan mayat anaknya apabila dia dibenarkan menziarahinya di rumah mayat Hospital Serdang semalam.

Sivarasa, yang berada di rumah mayat bersama keluarga itu semalam berkata, tangan kanan Johari juga patah.

“Anda boleh lihat tangan kanannya patah, berbentuk V. Persoalannya ialah bagaimana dia boleh mematahkan tangan dia? Selepas atau sebelum tembakan?” katanya.

Beliau menambah, apabila Afendi, dari balai polis Dengkil ditanya mengenai tangannya, dia memberitahu bahawa tiada apa-apa masalah dengan tangannya.

“Keluarganya juga tidak gembira dengan hospital. Pertama, mereka hanya dibenar menziarahi jenazah Johari untuk beberapa saat.

“Kemudian, apabila bedah siasat lengkap, mereka tidak dimaklumkan oleh doktor yang bertugas, yang secara kebetulan, ahli patologi yang mengendalikan bedah siasat pertama ke atas A Kugan, yang kemudian dipertikaikan di mahkamah,” kata  Sivarasa.

Kata beliau, sehingga kini tiada rekod jenayah ke atas Johari.

“Kami bukan menentang tahanan mengikut undang-undang, tetapi jika dia bersalah, dia seharusnya ditangkap dan dibicarakan di mahkamah dan bukannya ditembak mati,” kata Sivarasa.

“Saya hanya mahukan keadilan ke atas anak saya. Jika dia melakukan kesalahan, tangkap dan penjarakan dia, jangan tembak dia,” kata Salmah.

Salmah kali terakhir lihat anaknya seminggu lalu dan mendengar suaranya kelmarin, kemungkinan beberapa saat sebelum ditembak.

“Dia memanggil saya tetapi sebelum saya menjawab, talian terputus. Saya merasakan itu ketikanya dia ditembak mati,” katanya.

Jamilah berkata, kali terakhir dia bertemu Johari adalah dua hari lalu di rumahnya di Kayu Ara di sini.

Menurut laporan Kosmo, bapa Johari ditembak mati oleh polis dua tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian penculikan dan beberapa jenayah lain di Selangor. Insider

Khamis, 5 Mei 2011

Keluarga Tahanan EO Ditipu RM13,000, Saya Tak Hairan..!!!



Keluarga tahanan Ordinas Darurat (EO) Mohd Rafe Mohamed Ali dan Mohd Ramadhan Mohamed Ali berkata mereka ditipu sebanyak RM13,000 sebagai bayaran 'jaminan polis' kepada seseorang yang mendakwa diriinya 'Inspektor Zulkifli' yang mampu membebaskan tahanan berkenaan.

Kedua-dua adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.

Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan.

Kira-kira dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis Rawang. 

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 mother and brother holding police report
Lelaki itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.

“Saya tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.

“Saya fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank,” kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 bank in slip
Wang berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525 bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin yang diarahkan.

Moha kemudiannya menghubungi 'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.

Keluarga tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan kedua-dua adik beradik itu.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 fadiah nadwa fikri
“Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis,” kata Moha.

Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.

Jurucakap Lawyers For Liberty Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli mereka ditahan mengikut EO.

“Dengan ini, kita boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk peras ugut wang daripada keluarga mangsa,” katanya. MK

Selasa, 3 Mei 2011

PKR: Bukit Aman Di Sebalik Kempen Anti-Anwar


PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan.


NONEPada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.

Menurut Azmin (kanan), program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.

Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.
NONEDengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks".

"Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno. MK

Isnin, 25 April 2011

Peguam Syaki Polis Mahu Tahan Raja Petra Dan Dibawa Pulang Ke Malaysia.


Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi.

Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu “senang” untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.

Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu.

“Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan,” kata Haris dalam entri blognya hari ini.

“Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan.

“Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan,” kata Haris lagi.

Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir.

“Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting,” katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra “seperti biasa” berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu.

“Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. ‘Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,’” katanya lagi.

Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan.

“Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut,” katanya.

“Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka.

“Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami,” kata Haris.

Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan.

“Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal,” katanya.

Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel.

“Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel.

“Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan,” katanya lagi.

“RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel,” katanya.

Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan.

“Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan,” katanya.

Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK.

“Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan),” kata Haris sambil berkata. “Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu.”

Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008.

Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan.

“Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana.

“Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis,” katanya lagi.

“Aziz juga cuba membuat pusingan ‘U’. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut,” katanya.

Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam.

“Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL.

“Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain.

“Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik,” katanya lagi. Insider

Isnin, 28 Mac 2011

3 Kereta Polis Keliling Rumah Azmin Untuk Serah Notis.


Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.

Ketika dihubungi merdekareview Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"

Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.(Sumber)

Isnin, 14 Februari 2011

Bohsia Tiga Beradik, Tahniah Buat Pihak Polis.

Sekadar gambar hiasan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang berjaya menangkap teman lelaki kepada  bohsia dalam artikel saya (Baca Sini) yang lepas. Menurut berita terkini, teman lelakinya telah ditahan oleh pihak polis bersama seorang lagi rakannya dan merampas 20 paket yang disyaki dadah (menurut sumber)

Menurut sumber sumber lagi, pihak polis sekarang ini sedang memburu bohsia tersebut bersama bapanya yang menghilangkan diri setelah teman lelakinya ditangkap. Elok sangatlah pihak polis bertindak kerana jika hendak mengharapkan ketua kampung, alamatnya hari-harilah orang kampung menanggung dosa.

Nak salahkan JAIPk tak boleh juga kerana mungkin mereka tidak dapat laporan dari mana-mana pihak terutama dari ketua kampungnya. Jika mengikut daripada laporan saya pada 4 Januari, bermakna selepas hampir 6 minggu baru diambil tindakan.

Bagi pihak polis pula, mereka mungkin telah mengetahuinya tetapi lambat bertindak kerana mereka ingin menangkap teman lelaki bohsia tersebut bersama-sama dengan bukti. Dari apa yang saya ketahui, teman lelaki bohsia itu akan didakwa dibawah Seksyen 39 A iaitu penjara seumur hidup dan juga sebatan jika didapati bersalah.

Ada kala kita sebagai umat Islam sepatutnya peka kepada hal-hal seperti ini kerana ianya melibatkan 'Fardu Kifayah'. Bukannya kita ingin menjaga tepi kain orang jika ianya tidak melibatkan dosa pahala bagi  kita yang mengaku sebagai umat Islam dan apatah lagi jika ianya melibatkan seluruh kampung.

Dalam perkara seperti ini pihak JAIPk dapat memberi kaunseling kepada bohsia-bohsia tersebut agar mereka tidak lagi terlibat dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam........ Tahniah kepada pihak polis Tambun, IPK dan pihak-pihak yang terlibat diatas kejayaan tersebut.

Ahad, 13 Februari 2011

Setelah Para Demo Hindraf, Perkasa Hentikan Perhimpunan Kerana Tertinggal..!!!

 
Polis telah menghentikan demonstrasi Hindraf di Seremban, negeri Sembilan dengan menangkap kesemua peserta Hindraf termasuk 13 buah kenderaan yang membawa penyokongnya. Di laporkan yang pihak polis bertindak setelah arahan agar perhimpunan tersebut bersurai tidak diendahkan.
Tiada kekerasan dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Hindraf kerana polis-polis yang menyuraikannya semuanya baik-baik dan alim-alim belaka. Berbeza dengan demonstrasi yang dilakukan oleh pihak pembangkang di ibukota baru-baru ini yang para peserta telah dipukul seperti anjing.

Pada masa yang sama,satu lagi perhimpunan dari Perkasa telah dihentikan setelah mendegar kesemua peserta Hindraf telah ditangkap oleh pihak polis. Kemungkinan alasan yang diberikan oleh Perkasa berkenaan perhimpunan yang terpaksa dibatalkan kerana para pemimpin dan penyokong Perkasa tertinggal teloq-teloq mereka kat rumah.

Oleh kerana teloq-teloq mereka semua ditinggalkan kat rumah, maka Perkasa membatalkannya kerana takut mereka akan melekat kat dinding-dinding bangunan. Para pemimpinnya tidak kelihatan setelah memberi alasan pulang kerumah untuk mengambil teloq-teloq mereka dan berjanji akan datang semula dengan penuh kejantanan.

Apa yang pasti, setelah pulang kerumah, para pemimpin dan pengikutnya terus berkurung didalam rumah dengan mengunci semua pintu dan tingkat-tingkat rumah mereka.... kah.... kah... kah Perkasa sudah menjadi Sotong.


Sabtu, 12 Februari 2011

Kenapa Najib Tidak Di Tangkap Di Bawah ISA.

 



Bekas ketua polis punggung cerita Mahathir

Sarajun Hoda: Menarik. Bekas inspektur jeneral polis Hanif Omar adalah pendusta. Dia pernah mengatakan di mahkamah bahawa dia tidak tahu judi adalah 'haram' dalam al-Quran. Dia berbaring lagi ketika dia mengatakan bahawa Operasi Lalang sepenuhnya tindakan polis. Dia mengambil haram 'wang' dari Genting Bhd sebagai wakil ketua.

Krim pemimpin pembangkang ditangkap dan polis bertindak sendiri?Dan yang kemudian PM Dr Mahathir Mohamad tak berdaya?

Mahathir juga merupakan kebohongan besar. Dia menandatangani sambungan penahanan dan ia mengatakan bahawa ia tak berdaya?Kalimat terakhir dalam laporan namun ini menceritakan - Hanif adalah menunjukkan bahawa polis tidak lagi bebas.

Moontime: ini datang dari seorang lelaki yang tidak bisa menemukan ayat apapun dalam Quran tentang melarang perjudian? Saya merasa sukar untuk percaya. Ops Lalang harus terjadi kerana UMNO pada waktu itu sedang menghadapi krisis terburuk yang pernah. Untuk menopang sokongan antara Melayu, Mahathir harus melakukan sesuatu yang drastik.

Mahathir memang luar biasa. Dia sepenuhnya melanggan taktik Machiavellian. Ketika tertangkap dengan seluar ke bawah, ia menyalahkan orang lain. Dalam hal ini, polis. Saya fikir Tuhan membuat dia hidup selama ini sehingga ia dapat melihat sendiri kegagalan akhir dari semua hal yang dia bekerja untuk ... Padan muka .

Peraturan tidak pasti: Bahawa ini 'cepat kaki, dua-langkah' oleh dua Tuns tua - Hanif dan Mahathir - mungkin adalah orang terbaik di 'kerajaan tetap' boleh memikirkan hanya menunjukkan bagaimana kehilangan apapun pembelaan yang masuk akal orang-orang rejim putus asa- bergerak tabungan itu.

Sama putus asa adalah harapan mereka bahawa orang sekarang akan percaya omong kosong ini. Bahawa ketua polis dapat bertindak sebagai yang diinginkannya, di luar undang-undang, namun di bawah rahmat-Nya? Bahawa perdana menteri tidak mempunyai tugas utama, tidak ada kewajiban suci, untuk menegakkan undang-undang dan perlembagaan terhadap anggapan Praetoria tersebut dan pelanggaran sewenang-wenangnya?

Sudahlah penebang, ini terlalu banyak.

Kgen: Jadi bebas polis memutuskan untuk menangkap kumpulan besar pemimpin pembangkang dan aktivis dan hanya segelintir ahli politik UMNO dan MCA? Apakah mereka pikir kami idiot? Ops Lalang memiliki tanda Dr Mahathir Mohamad di atasnya.

5fb: 's komen Hanif, bukannya memperjelas air keruh situasi, telah berlumpur air lebih jauh dan membuka sekaleng cacing. Apa itu menteri dalam negeri untuk di tempat pertama? Hanya menandatangani perintah penahanan ISA disyorkan oleh pihak polis, kemudian diucapkan, 'Saya tidak punya pilihan, polis yang diperlukan saya menandatangani,' dan masih berharap bahawa kredibilitinya masih utuh?

Quigonbond: Mahathir berada di bahawa menteri dalam negeri masa, bertanggung jawab untuk urusan dalaman. Jika dia cukup berprinsip tidak mahu Ops Lalang, dia boleh pergi dalam misi pencari fakta sebelum itu terjadi. Jika ia tidak mahu Ops Lalang, ia boleh berdiri dengan para pemimpin pembangkang dan dalam satu suara unified menyatakan bahawa tidak ada kekerasan.

Jika setelah pemimpin pembangkang ditahan, ia masih boleh melepaskan mereka seawal mungkin daripada membiarkan mereka merana di Kamunting selama dua tahun.

Itu politik baginya untuk pergi bersama-sama dengan polis dan dengan demikian ia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa. Apa yang tersisa akan ditentukan adalah apakah perisikan polis itu salah, atau polis mengambil arahan daripada beberapa pelampau untuk memberikan dia dengan perisikan palsu.

wahyu Dr M memerlukan tidak kurang dari sebuah yuran kerajaan penyelidikan untuk melihat peristiwa menjelang Ops Lalang, kerana dengan menyalahkan polis, Dr M berkata sebanyak bahawa itu salah.

Multi Ras: Mahathir berkata polis yang disarankan itu. Nah, itu adalah normal. Tetapi sebagai menteri dalam negeri maka ia boleh memilih untuk mendengar polis atau menolak itu. Dalam hal ini, ia mengambil nasihat polis dan dihukum itu. Sejak saat itu, dia bertanggung jawab atas keputusan itu.

Bahkan jika menteri dalam negeri orang lain, sebagai perdana menteri dia memiliki kekuatan untuk mempengaruhi menteri dalam negeri.Garis bawah adalah wang berhenti di kemudian PM. Jadi, mengapa repot-repot untuk membawa masalah sekarang? Merasa bersalah?

David Yee154a: Mahathir bertemu dengan pemimpin pembangkang sebelum ini? Siapa mereka? Lim Guan Eng? Lim Kit Siang? Karpal Singh? Bisa kita dengar dari mereka yang sebenarnya? Apakah Ops Lalang tabir asap untuk mengalihkan banyak besar Tapa's Mahathir?Misalnya, PLUS Highway dipertanyakan oleh pembangkang ketika itu diberikan kepada sebuah syarikat meragukan di bawah Mahathir.

Jika Ops Lalang sangat berkesan, berdoa mengatakan, bagaimana dengan ahli politik UMNO yang memimpin protes besar di stadium nasional? Mengapa mereka tidak ditahan di bawah Internal Security Act (ISA)? Apakah ini tindakan selektif oleh-inspektur jeneral polis untuk membantu kerajaan hari?

Aku Melayu: Saya berharap's klarifikasi Hanif jawapan semua orang yang masih skeptis tentang kenyataan Mahathir bahawa bukan dia yang memerintahkan Ops Lalang pada tahun 1987. Dan saya sangat percaya bahawa permintaan maaf adalah kerana dia dari semua yang telah meragukan dia.

Rayfire: Adakah anda mengharapkan kami untuk membeli cerita ini?Aku tahu akan beberapa. Terutama mereka yang terlalu bersemangat tentang penggunaan simbol 1Malaysia. Jadi sekarang Hanif telah bercakap, dia jawab seperti mengapa penangkapan selektif dibuat. Bahagian terakhir dari artikel disebutkan tentang Najib memimpin protes di Kampung Baru - dia ditangkap? Mengapa tidak?

Jadi, semakin anda cuba untuk berputar cerita, semakin banyak pertanyaan akan muncul. Dan bagi beberapa orang yang yakin dengan penjelasan ini, hanya pergi untuk menunjukkan betapa mudah tertipu anda.
Malaysiawatch4: Ada kemungkinan bahawa IGP mengatakan kepada menteri dalam negeri yang di bawah ISA polis mempunyai kuasa untuk menahan selama 60 hari tanpa rumah menteri kelulusan.Jadi tidak perlu Mahathir menjelaskan mengapa ia memanjangkan perintah penahanan selama dua tahun?

G Annamalai: Jika Mahathir adalah orang yang benar, sebagai pemimpin dia akan meyakinkan polis terhadap Ops Lalang, selepas semua dia adalah orang yang menandatangani perintah penahanan.Setidaknya dia seharusnya tidak memanjangkan perintah penahanan melebihi had 60 hari.

Hanif, sebagai manusia hati nurani (jika sama sekali anda adalah salah satu), jangan berfikir bahawa akan terlihat adil? Dengan Hanif mengatakan bahawa polis sepenuhnya bertanggung jawab atas tindakan keras, bisa kita ambil itu bahawa Mahathir tidak mengendalikan situasi itu, dan kerana itu ia adalah seorang tebusan dari polis?

Anak Bangsa Malaysia: Pada akhir hari, tidak peduli apakah itu Dr M atau Hanif siapa yang bertanggung jawab. Sebanyak 106 orang ditangkap dan ditahan untuk apa-apa. Lebih buruk lagi, mengapa Najib tidak ditahan untuk mengorganisir reli di Kampung Baru?

Di sisi lain, orang-orang yang ditahan adalah Lim Kit Siang dan Karpal Singh, yang ketika ini dilihat oleh rakyat sebagai juara untuk keadilan. Mereka telah muncul lebih kuat dan rakyat mengetahui sumbangan mereka. Untuk Mahathir dan Hanif - anda berdua adalah yang kalah.

Malu pada anda untuk cuba untuk mengelirukan rakyat tersebut.Orang-orang tidak bodoh seperti yang anda berdua fikirkan.(MK)

Rabu, 22 Disember 2010

Pemilik Facebook 'Sultan Yang Setan' Diberkas.


KUALA LUMPUR, 22 Dis, Polis telah menahan pemilik akaun facebook “Sultan Yang Setan” yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lepas, telah diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel “pendekar. bentan@gmail.com” namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan .

Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealism sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik, katanya.

Selasa, 30 Mac 2010

Sekitar DUN Perak. (CinaIslam)


Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.


Isnin, 22 Februari 2010

Kehebatan Polis Dubai......



INTERPOL telah mengeluarkan Kod Merah terhadap 11 individu yang telah dipohonkan oleh polis UAE / Dubai kerana melakukan pembunuhan komander Hamas Mahmoud  Mabhouh di Dubai pada tarikh 19 Januari 2010.

Dan INTERPOL mempunyai alasan untuk percaya bahawa para susupek berkaitan dengan pembunuhan ini telah mencuri identiti orang lain. INTERPOL telah secara rasmi mengeluarkan foto-foto dan nama-nama yang digunakan pada pasport untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Satu kejayaan besar yang telah berjaya didedahkan oleh Polis Dubai dan juga satu tamparan yang hebat buat perisikan Israel, Mossad. Perisikan Mossad adalah cukup dikenali akan kehebatan mereka melakukan hasil kerja dengan penuh kejayaan  tetapi mereka tidak menjangkakan ini juga telah memalukan kerajaan haram Israel.

Israel telah dikecam hebat oleh dunia dan juga sekutu-sekutu mereka kerana pemalsuan pasport negara-negara tersebut. Ini ditambah pula dengan laporan penemuan sulit antara Perdana Menteri Natanyahu dengan agen-agen tersebut yang telah diatur oleh ketua perisikan Mossad, dengan 'ucapan selamat berjaya' sebelum mereka bertolak untuk menjalankan misi tersebut.

Satu kerjayaan besar oleh telah dilakukan oleh polis Dubai yang dianggap amatur  jika hendak dibandingkan dengan kehebatan PDRM. Kehebatan yang dimiliki oleh PDRM mula menjunan laju umpama enjin jet dibuang dari udara. Yang terbaru ialah pendedahan Dr. Anes Munawar akan kehebatan soal siasat yang dijalankan oleh pasukan khas terhadap beliau berkaitan isu liwat DSAI. Hebat..... Hebat.......... Hebat......... kehebatan yang setaraf dengan Mossad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular