Beliau berkata hal seperti itu tidak wajar berlaku dalam apa keadaan sekalipun kerana jenazah perlu dihormati.
"Kita tahu pengurusan jenazah dalam Islam, ia perlu diuruskan dengan cara yang sewajarnya.
"Zaman (umat Islam menunaikan haji dengan menaiki) kapal dulu, betullah (jenazah dilepaskan) masuk dalam laut tetapi zaman hari ini, (dikebumikan) atas darat. Jadi, ini sebagai satu perkara yang merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.
"Saya rasa demikian untuk pengebumian jenazah sebab kita perlu menghormati jenazah itu juga," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jenazah Osama yang telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam.
Di Kuala Lumpur, Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin berkata kematian Osama tidak mungkin membawa kepada kekacauan di rantau ini.
Bagaimanapun, katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menghadapi cabaran jika berlaku perkara tidak diingini.
"Kita telah mengambil langkah berjaga-jaga daripada keselamatan," katanya hari ini.
Terdahulu Ahmad Kamarulzaman hadir pada majlis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pembubaran Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kontinjen Malaysia 1 (MALCON ISAF 1) di Hospital ATM di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama
1 ulasan:
apa ko cakap ni mel... dulu masa org2 gi haji naik kapal mana mereka kebumikan jenazah2 yg meninggal semasa perjalanan... tidak ke ke laut... ko cakap apa ni... nasib ko belum tentu lagi... diberi ilmu oleh Allah tapi ko sokong pemimpin2 dan perti sesat lagi menyesatkan... dan ko pula menambah lagi kesesatan itu... tah2 maya ko nanti masuk dlm tong taik...
Catat Ulasan