Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 27 Mei 2011

RON95, Kemenangan Sementara Buat Rakyat.


















Tekanan demi tekanan dari laman blog, laman sosial dan terus dari orang ramai telah berjaya menidakkan kenaikkam harga petrol RON95. Yang pasti kemenangan ini hanyalah sementara kerana kerajaan masih gatal untuk menaikkannya dan ia pasti akan dinaikkan, cuma menunggu masa sahaja.

Inilah kelebihan pada era internet yang mana rakyat cakna akan keadaan sekelilingnya. jika perkara ini terjadi pada tahun 80 an, pasti kerajaan akan menaikkannya sewenang-wenangnya kerana mereka mengawal semua media massa elektronik dan cetakan. Mahu tak mahu rakyat terpaksa menerimanya walau pun kehidupan dihimpit kemiskinan.

Ada suatu yang tidak kena apabila minyak dibahagikan kepada dua iaitu RON95 dan RON97 dengan harga yang amat ketara. Apakah ianya satu taktik kerajaan untuk memansuhkan RON95 kerana dengan perbezaan harga sebanyak 80 sen, secara logik rakyat pasti memilih RON95. Dengan mengurangkan subsidi kepada RON97 maka stoknya pasti berlebihan atau tidak laku dan kerajaan tidak mendapat apa-apa walau pun ianya dinaikkan sehingga RM 4.00 seliter. 

Jadi jalan terbaik yang kerajaan lakukan ialah dengan memansuhkan RON95 dan sebenarnya sekarang kerajaan yang dipimpin Umno sedang mengakali rakyat. Rakyat sedang di main-mainkan oleh kerajaan BN dalam usaha mereka untuk kekal berkuasa pada PRU 13 dengan melakukan ugutan kenaikan harga barang.

Adakah kerajaan yang diterajui oleh Umno mengambil kesah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana bagi mereka naik atau tidak, mereka langsung tidak merasainya. Sebagai contoh tol, seorang bekas menteri dari utara yang pertama kali membayar tol telah mengatakan, 'Betapa mahalnya tol dan ia betul-betul membebankan rakyat'.

Inilah pertama kali seorang bekas menteri kabinet sedar bagaimana rakyat terpaksa menanggung beban setiap hari. Semasa menjawat jawatan menteri, semua keperluan hidup ditanggung oleh kerajaan yang mana sumber kewangan itu adalah dari rakyat. Mereka sentiasa menyalahkan rakyat dengan bermacam-macam gelaran diberi sedangkan mereka sendiri tidak merasai apa yang rakyat rasai.
azlan

Mereka menegur rakyat agar berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, tetapi lihatlah kediaman rasmi mereka yang penuh dengan cahaya bergemilang mengelilingi pagar-pagar disepanjang kediaman mereka, tidakkah itu satu pembaziran. Jika rakyat marhaen terpaksa membayar bil elektrik sebanyak RM 50-70 sebulan, berapa ribu pula elektrik yang telah mereka gunakan untuk mencahayakan kediaman mereka. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, mereka sendiri adalah pembazir yang tegar.

Jadilah Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh pemimpin dalam penggunaan cahaya. Yang pasti ianya pasti tidak berlaku kerana kehidupan dengan kemewahan sudah berakar umbi dalam diri para pemimpin Umno/BN. Bila ada pemimpin pembangkang bukan Islam ingin mengambil contoh pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bermacam kutukan dan cacian diberi oleh pemimpin Umno, media pencacai dan para blogger terhadap pemimpin itu.

Hanya satu sahaja jalan yang rakyat ada ialah menguburkan terus pemerintahan Umno/BN pada PRU 13 nanti.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular