Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 25 Mei 2011

Subsidi IPP: Lagi Pembohongan Dan Penipuan BN.



DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

NONESetiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Sikap tak bertanggungjawab BN

“Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.
Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

azlanKatanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.
Tipu diri sendiri

“Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

azlanSebagai contoh, menurut Lim kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini, katanya tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

“Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

“Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga,” katanya lagi. MK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular