Ramadhan pergi meninggalkan kita dengan penuh tangisan kerana akan bersuakah lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang. Setelah berpuasa selama sebulan menahan segala hawa nafsu, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.
Selamat menyambut hari hari raya Aidil Fitri daripada saya sekeluarga kepada pengunjung setia laman ini walau pun sudah lebih sebulan saya tidak update kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Kepada para sahabat baik dan seluruh umat Islam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang saya berblog. Maaf zahir batin buat kawan dan lawan dihari yang mulia ini.
Tidak lupa buat keluaga Abg Ibrahim, Abg Hanifa, Abg Maidin, PokSu. Kak Yam, Kak Esah, Kak Tom, Fatimah dan sepupu yang berada di Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Kuantan, Rompin, Kuala Lumpur dan Bukit Ibam.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DARI KAMI SEKELUARGA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan