Translate

Jumaat, 16 Disember 2011

Mahathir Didakwa Pernah Minta Bantuan Bank Dunia



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

NONEKatanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular