Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 9 Julai 2012

Tabung Blogger Untuk Menghadapi PRU13.

Kami bukan kaya sepertimana blogger-blogger upahan Umno yang ada dibayar secara bulanan dan ada yang dibayar secara tahunan dan yang pasti blogger pencacai tahap 1 akan dibayar puluhan ribu siap mendapat perlindungan dari pemimpin Umno/BN dan pihak berkuasa. Mereka tidak boleh disentuh walau sebanyak mana pun laporan polis dibuat kerana mereka memiliki kekebalan dari undang-undang.

Blogger Pakatan Rakyat tidak memiliki apa yang diperolehi oleh blogger-blogger pencacai terutamanya dari kem Umno. Semua perbelanjaan untuk segala bil-bil dan peralatan adalah dari poket blogger Pakatan tanpa dibantu sehinggakan ada tak mampu membayar bil talipon kerana tiada sumber untuk membantu blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Sumbangan yang dilakukan oleh pengendali laman-laman sesawang dari Pakatan Rakyat seperti tidak diendahkan oleh pucuk piumpinan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP. Mereka langsung tiada pertahanan untuk membela mereka jika mereka ini disaman, ditangkap atau didakwa demi mempertahankan segala serangan yang dilakukan oleh Blogger upahan Umno/BN.

Mereka inilah barisan hadapan dalam menghadapi segala fitnah-fitnah yang direkacipta oleh blogger pencacai. Kami sedar parti dalam Pakatan Rakyat bukannya banyak tunai sebagaimana dimiliki oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno. Pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu menanya sumbangan blogger-blogger (PR) tetapi tanya pada diri sendiri apa sumbangan parti terhadap blogger/pengendali laman sesawang yang bekerja keras mempertahankan Pakatan Rakyat.

Sudah lama saya mengajukan pertanyaan ini kepada parti tetapi ianya seperti tidak diendahkan. Memang kami ikhlas demi perjuangan menegakkan kebenaran yang menangkis segala fitnah dari kerajaan tetapi kami juga perlu menyara hidup keluarga kami kerana ada diantara kami yang berblog sepenuh masa, ada yang separuh masa disebabkan ada mulut yang perlu disuap setiap hari.

Oleh itu saya meminta sokongan daripada rakan-rakan blogger agar menyokong saranan untuk mengisi 'Tabung Untuk Blogger' dari parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat. Memang kami memerlukan dana untuk terus bekerja keras menghadapi fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat. Memandangkan Pilihan raya umum sudah tidak lama lagi dan ianya akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang kutipan dana untuk blogger tidak boleh ditangguhkan lagi.

Insyaallah saya akan panjangkan perkara ini kepada PAS Pusat, PKR Pusat dan DAP Pusat agar diambil perhatian segera. Kepada sesiapa yang sudi baik dari individu mahu pun parti, sumbangan anda boleh terus disalurkan ke akaun CIMB Islamic no. 0813-0000069-10-0. Kami akan melantik sekumpulan blogger untuk menguruskan 'Dana Untuk Blogger' agar blogger Pakatan boleh terus berkarya tanpa memikirkan bayaran-bayaran bil dan sara hidup walaupun tidak semewah blogger pencacai. Sekurang-kurangnya dana ini dapat membantu serba sedikit masaalah kewangan yang kita hadapi.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular