Translate

Khamis, 25 April 2013

DAP Terus Difitnah Tapi Melayu Makin Berani Dekatinya.



Kenyataan Media oleh calon Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Rabu, 24 April 2013:

Satu lagi fitnah UMNO tentang 13 Mei untuk menaman rasa benci orang Melayu terhadap DAP; tetapi orang Melayu sudah bersedia untuk perubahan bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13.

DAP menjadi mangsa fitnah Berita Harian, akhbar harian kawalan UMNO, hari ini Rabu 24 April 2013 apabila ruangan Rencana di muka surat 25 yang ditulis oleh “Lanang” telah mendakwa, tanpa sebarang bukti, bahawa DAP adalah “parti perkauman yang memperalatkan hak sama rata”. Malah rencana itu menuduh “Masa kempen pilihan raya 10 Mei 1969, DAP ghairah mainkan isu perkauman. Hasilnya sengketa 13 Mei 1969”.

Satu lagi fitnah UMNO tentang 13 Mei untuk menaman rasa benci orang Melayu terhadap DAP; tetapi orang Melayu sudah bersedia untuk UBAH bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13. Semakin ramai orang Melayu sedar bahawa DAP bukan pencetus tragedi 13 Mei 1969.

Saya ingin jelaskan bahawa ini adalah pembohongan dan penipuan. Saya telah banyak kali jelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana DAP tidak mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Malah saya telah menuntut kepada kerajaan Malaysia supaya membuat siasatan terbuka dan pendedahan awam sepenuhnya tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969 kerana masih banyak rahsia yang tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. Tetapi sehingga sekarang tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan BN yang berani berbuat demikian.

Kemudian, tulisan Lanang itu dalam Berita Harian mendakwa pula “DAP hanya benarkan PAS dan PKR bergasak sesama sendiri di tujuh kawasan. Yang untungnya DAP kerana berjaya melihat Melayu pecah” dan “Akhirnya yang rugi adalah Melayu. Yang berkuasa dan memencilkan kuasa Melayu adalah pihak lain. Kita dapat tulang, depa dapat isi.”

Isu menjadi calon pun mahu dijadikan isu perkauman? Berita Harian bersikap hipokrit kerana isu pertindihan kerusi Pakatan Rakyat hanya berlaku di tujuh kawasan sedangkan ia melibatkan 61 orang di kawasan-kawasan BN! Sehinggakan UMNO terpaksa memecat 58 pemimpin dan ahlinya yang menjadi calon bebas! Malah, orang penting seperti Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim pun menentang parti dengan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Beranikah Berita Harian, sebagai alat propaganda UMNO, mengatakan “MCA dan MIC untung kerana berjaya melihat Melayu pecah” kerana 61 ahli BN berebut kerusi menjadi calon bebas menentang BN? Atau adakah Berita Harian hanya berani memfitnah DAP dan Pakatan Rakyat kerana ia cukup yakin bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pihak polis tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadapnya kerana ia adalah alat UMNO-BN?

Rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, sudah bosan dan marah dengan ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku. Mungkin hanya UMNO dan Berita Harian belum sedar tetapi ramai orang Melayu sudah mula condong ke arah Pakatan Rakyat. Kita rakyat Malaysia sudah bersedia untuk UBAH.

Ini kali lah!

Lim Kit Siang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

13 mei dulu perarakan kat KL yg organise ialah org2 parti Gerakan sbb time tu diorg menang bnyk kat KL

Tanpa Nama berkata...

Terbaca blog ini yang telah cuba menghurai kesan kerjasama dengan DAP yang majoriti: http://beritadarigunung.blogspot.com/2013/04/sejarah-khianat-2008-nizar-jamaluddin.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular