Translate

Memaparkan catatan dengan label PRU12. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU12. Papar semua catatan

Ahad, 7 April 2013

Macam Tak Percaya Jer Janji SiMunafik: Tuan Guru Ibrahim Dengan 400,000 Ahli, Dia Pengikut Dah Ramai, Baik Tun Pi Tolong Berkempen Untuk Mukriz.


Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali

Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen. Sumber

Selasa, 17 Mei 2011

Pakatan: Kami tak perlu pilihan raya olok-olok, tapi sudah hidu PRU


Pakatan Rakyat (PR) “tidak bimbang” untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun BN khususnya parti terasnya Umno dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya olok-olok Julai ini, atas alasan perikatan tiga komponen itu telah pun membuat persediaan rapi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok sepertimana hendak dilakukan Umno dalam dua bulan lagi.

“Kita telah persiapkan jentera kita untuk menghadapi pilihan raya umum di semua peringkat, semua parti telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi BN.

“Dari segi PAS, kita akan membentuk satu pelan bertindak yang lebih serius selepas pemilihan parti nanti. Kita telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ditambah pula dengan pengalaman beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok seperti mana yang akan dilakukan BN itu.
“Saya rasa kita ada cara lain yang kita rasa boleh (dilakukan), kita tidak perlu mengadakan pilihan raya olok-olok kerana kita ada mekanisma tersendiri untuk melihat tahap sokongan rakyat.

“BN terpaksa mengadakan pilihan raya olok-olok sebab mereka harapkan sokongan 1 Malaysia dikembalikan yang mana BN kehilangan sokongan orang bukan Melayu terutamanya di Sabah dan Sarawak,” kata beliau lagi.

“BN adakan pilihan raya olok-olok sebab nak lihat tahap sokongan orang bukan Melayu, kalau tidak berjaya (dapat sokongan) kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan tahun depan...kalau dapat sokongan mungkin ia akan diadakan penghujung tahun ini,” katanya.

Laporan awal hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pilihan raya “olok-olok” bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan menjadi topik utama dalam mesyuarat pengurusan Umno esok.

Baru-baru ini, beliau berkata, Umno selaku parti teras BN akan mengadakan pilihan raya persediaan itu Julai ini.

BN juga sepatutnya membincangkan jentera pilihan raya olok-olok Jumaat lalu tetapi ditangguhkan sehingga Datuk Seri Najib Razak kembali dari lawatan ke luar negara.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, mesyuarat esok akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhydidin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya.

“Kita akan bawa perkara yang dibincangkan esok itu kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 23 Mei untuk diputuskan tarikh mengadakan pilihan raya olok-olok di semua bahagian di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PR sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menggerakkan jentera di seluruh negara.

“Kita sudah membuat persiapan rapi, kita juga telah arahkan jentera-jentera kita untuk turun ke bawah untuk menemui pengundi.

“Semua ini telah kita lakukan, kita sudah gerakkan jentera di seluruh negara dan kita tidak memerlukan pilihan raya olok-olok,” katanya.

Jelas beliau, hasil keputusan pilihan raya olok-olok BN itu akan menjadi penentu tarikh sebenar pilihan raya umum ke-13.

“Kita sudah dapat hidu bila pilihan raya umum akan diadakan, semua bergantung kepada pilihan raya olok-olok ini.

“Mungkin ia akan diadakan hujung tahun ini atau tahun depan, kita perlu bersedia dari sekarang,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej PR sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini.

Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata, pilihan raya olok-olok BN itu tidak akan menutup hakikat pilihan raya adil akan dilaksanakan.

Justeru, beliau menjemput BN untuk mengadakan satu pilihan raya yang adil dan telus pada pilihan raya umum ke-13.

“Demi menghormati proses demokrasi PKR dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan sebarang persediaan sebaik mungkin.

“Pun begitu pilihan raya olok-olok BN tidak dapat menutup hakikat pilihan raya umum yang tidak telus dan tidak adil, justeru saya menjemput BN secara serius dan bukan olok-olok untuk bersama Pakatan Rakyat menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

“Barulah pilihan raya olok-olok itu dapat dijadikan suatu latihan yang berguna,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, pilihan raya yang telus dan adil boleh dilaksanakan sekiranya BN menghentikan segala bentuk politik yang bersifat fitnah, lucah dan ugutan.

“Kenyataan bahawa medan pilihan raya tidak adil sepenuhnya datang daripada hakikat penggunaan politik lucah, fitnah dan ugutan yang dilakukan BN menerusi media yang dimilikinya serta kuasa eksekutif yang ada.

“Hakikat ini menyebabkan saya mempersoalkan keyakinan dan keberanian BN untuk menang secara adil dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya umum ke-13,” katanya. Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular