Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat(PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Ahi Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mohamad Ezam berkata, beliau sedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.
"Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah pun berlaku," katanya kepada pemberita, di sini semalam. Mohamad Ezam berkata, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu namun diberikan arahan yang berbunyi: "kamu bedallah dulu".
"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu," katanya.
Rabu lalu, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh "menggoncangkan iman" untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.
Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dilapor berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.
Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti tersebut agar tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli. - Bernama
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
-
Sekarang ini isu kesanggupan Haji Hadi untuk bertanding di parlimen Pekan mendapat tempat dimedia massa. Berbagai ulasan diberikan tent...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan