DS Najib terkenal dengan sikap suka berdiam diri, apabila timbul isu-isu yang melibatkan beliau. Sebagaimana kes pembunuhan Altantuya yang dilaporkan oleh media-media barat di atas pembabitan beliau didalam isu tersebut. Sampai hari ini beliau tidak pernah menafi mahupun mengaku laporan media-media barat itu.
Sebagaimana semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan, tentang laporan Ketua Audit Negara 2006.Tiada namanya disebut. laporan tersebut mendedahkan tentang kepincangan besar yang berlaku dalam pengurusan kementerian Pertahanan dalam tempoh beliau menjadi Menterinya.
Antaranya tempahan enam buah kapal peronda untuk TLDM yang tidak diurus, dipantau dan dilaksanakan dengan baik yang melibatkan duit rakyat berjumlah RM 6,57 billion. Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan tentang 14 bayaran kemajuan berjumlah RM 943.46 juta kepada kontraktor dari Disember 1999 hingga 2002 kerana baucer bayaran dan dokumen sokongannya hilang dari simpanan kementerian.
Rekod yang tiada baucer dikemukakan melibatkan bayaran serendah RM 6.69 juta pada 19 November 2001 hingga setinggi RM 222.06 juta pada September 2001. Sepatutnya 6 kapal peronda tersebut selesai diserahkan pada April 2007. Tetapi baru dua sahaja yang diserahkan. Kerana kelewatan tersebut, anjur audit, kontraktor boleh didenda sejumlah RM 214.01 juta.
Itu belum lagi melibatkan kapal selam scopion dan jet pejuang Sahkoi yang melibatkan bebillion wang rakyat telah disalah uruskan. DS Najib memang terkenal dengan kepakaran menghilangkan sesuatu baik dokumen mahupun orang. macam isu Bala yang sampai sekarang kita tidak tahu di mana beliau berada. Itulah kelebihan DS Najib yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin lain.
Sehinggakan dalam satu ulasan mengenai skandal itu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Dato' Shahrir Samad berkata, rekod-rekod tertentu berkaitan dengan urus niaga pembelian enam kapal peronda persisiran pantai yang bernilai RM 6.75 billion telah "dimusnahkan".
Rekod yang dimusnahkan itu membabitkan dua buah kapal peronda yang bermasalah, yang mula-mula diserahkan pada 2006, setelah penyerahannya terlewat dua tahun. Dan sejak itu kosnya telah bertambah sekurang-kurangnya RM 1.4 billion.
Laporan Audit Negara 2006 itu yang dikeluarkan pada September 2006, menimbulkan banyak persoalan berhubung pembelian kapal peronda antaranya," tiada justifikasi bagi pihak kerajaan untuk meluluskan kos tambahan RM 1.4 billion dan tidak mengenakan denda RM 214 juta kerana lewat penghantaran.
Kontrak mewah itu, yang pada asalnya membabitkan kos RM 5.35 billion, diberikan kepada PSC-Naval Dockyard Sdn. Bhd. Sebuah anak syarikat PSC Industries Berhad milik Tan Sri Amin Shah Omar Shah pada 1998. Dan syarikat tersebut diberi nama baru iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. pada bulan Ogos 2006.
Sebagai Menteri Pertahanan pada masa itu maka beliau dengan sendirinya telah terlibat dengan tidak langsung. Apakah beliau ingat rakyat akan lupa apa yang berlaku, walaupun maklumat penting telah dimusnahkan. Kerana itulah beliau mengambil peluang keterbukaan PAS dalam isu kerajaan perpaduan. Apakah beliau dan kroni-kroni beliau merasakan yang mereka boleh lepas begitu sahaja. Mungkin beliau telah menghidu apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti.
Kerana itulah saya mengalu-alukan agar SPRM mengambil lebih ramai lagi kakitangan kerana mereka akan mula bekerja keras selepas PRU 13 nanti. Dan kes-kes yang tertunggak diMahkamah hendaklah dipercepatkan semua perbicaraan agar senang nanti untuk mendakwa pemimpin-pemimpin Umno-BN.
Oleh itu saya memohon agar sesiapa yang mempunyai apa-apa sahaja maklumat tentang kekayaan melampau pemimpin Umno-BN menghantar kepada blog-blog yang boleh dipercayai. Kalau ada gambar-gambar istana mereka tangkap dan posting kat laman-laman blog. Sudah tiba masanya kita mendedahkan kekayaan keluarga, adik beradik, saudara mara dan kroni-kroni mereka. Pilihan raya Umum hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi dan kita masih ada banyak masa untuk melakukannya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP)...
-
Apabila membicarakan soal pengkhianat Islam, masing-masing akan menunding jari antara PAS dan Umno. Sebelum kita menunding jari kepada mana-...
-
Kali ini kita berbincang tentang keadilan dalam berkenaan beristeri lebih daripada satu. Di sini kita akan melihat bagaimana Allah s.w.t. te...
-
Setelah 4 hari tidak dapat berblog dan membaca berita-berita terkini kerana berada diluar liputan, sekarang baru boleh membuka internet. Tid...
-
SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL MENUJU KE LEMBAH NERAKA Di dalam Qur'an, Allah menjelaskan bahawa di sana terdapat para pemimpin k...
-
Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran neger...
-
Apa yang TGNA katakan tentang kerajaan perpaduan adalah betul kerana beliau telah merasa betapa peritnya apabila Pas diperlakukan oleh kera...
-
Mempertahankan Teori yang Dibatalkan Sains Sebahagian besar para saintis hari ini secara terangan mengakui punca yang mendorong m...
-
Adalah amat malang bagi parti yang baru bergelar Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dew...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan