Mempertahankan Teori yang Dibatalkan Sains
Sebahagian besar para saintis hari ini secara terangan mengakui punca yang mendorong mereka terus mempertahankan konsep evolusi dan materialisme meskipun fakta saintifik kontemporari yang begitu jelas. Sebagai contoh, Philip Johnson memetik dan mengulas kenyataan Richard Lewontin, seorang ahli genetik dari Universiti Harvard dan penyokong bersemangat terhadap teori evolusi dengan kepercayaan membabi-buta terhadap materialisme:
'Masalah paling asas bukanlah memberi pengetahuan mengenai kedudukan bintang yang paling dekat atau unsur yang membina gen kepada masyarakat umum. Bahkan, masalahnya ialah untuk menarik mereka agar menolak penerangan tidak rasional dan supernatural mengenai dunia... '. Apa yang perlu dipelajari oleh umum ialah samada suka atau tidak, kita wujud sebagai zat material di dalam sebuah dunia material, seluruh fenomena adalah akibat daripada hubungan material di antara entiti material. Dalam sebuah perkataan, masyarakat umum perlu menerima materialisme, yang bermaksud bahawa mereka harus [menolak] Tuhan.
Kenyataan ini secara jelas mendedahkan akidah pegangan golongan materialis yang berasaskan kepada rasional yang sesat. Fakta yang diakui oleh sains hari ini menunjukkan bahawa dakwaan yang diutarakan tersebut adalah sangat bertentangan terhadap logik dan kewarasan. Tetapi di sebalik semua data saintifik, mereka membabi buta memberi komitmen terhadap kepercayaan dan terus berjuang di atas namanya. Dr. Michael Walker, seorang ahli antropologi dari Universiti Sydney menjelaskan punca di sebalik propangada teori evolusi yang berterusan:
Philip Johnson yang secara ilmiah menolak dakwaan karut Darwinisme, menghuraikan punca mengapa ia menjadi suatu kepentingan 'yang tidak tergantikan' bagi para saintis yang ateis dan mempertahankannya dengan segala upaya mereka:
Para pemimpin sains melihat diri mereka terhimpit di dalam sebuah perjuangan terdesak menentang fundamentalis agama, iaitu label yang mereka gunakan secara meluas terhadap sesiapa yang beriman kepada Zat Pencipta yang memainkan peranan aktif di dalam urusan duniawi. Darwinisme memainkan peranan ideologikal yangmustahak di dalam perang menentang fundamentalisme. Atas sebab itu, organisasi saintifik diabdikan untuk mempertahankan Darwinisme lebih daripada mengujinya, dan hukum penyelidikan ilmiah telah dibentuk untuk membantu kejayaan mereka.
Para penyokong terkemuka materialis dan ahli falsafah ateis yang berjuang untuk menyebarkannya ke seluruh dunia, seperti yang dinyatakan oleh Johnson, menganut teori evolusi Darwin hanya kerana ia menyediakan sebuah asas yang didakwa saintifik untuk ideologi mereka. Hal ini telah diperhatikan sejak teori evolusi pertama kali dikumandangkan. Karl Marx, pengasas materialisme dialektik yang memusuhi agama sering menekankan nilai kepentingan teori ini terhadap ideologinya. Dalam sepucuk surat yang ditulis Marx untuk sahabat karibnya Engels, beliau menjelaskan pendapatnya mengenai Darwinisme:
Dan selepas membaca buku Darwin, The Origin of Species, Friedrich Engels mengulas:
Seorang profesor botani berbangsa Amerika, Conway Zirkle menerangkan mengapa para pengasas komunisme, Marx dan Engels begitu taksub mengagungkan Darwinisme:
Marx dan Engels dengan segera menerima evolusi setelah Darwin menerbitkan The Origin of Species. Evolusi sudah pasti merupakan apa yang amat diperlukan untuk menerangkan bagaimana kewujudan manusia tanpa campurtangan sebarang kuasa ghaib, dan hasilnya ia dapat digunakan untuk menyokong asas falsafah materialistik mereka. Sebagai tambahan, tafsiran Darwin mengenai evolusi bahawa evolusi adalah terhasil melalui tindakan piihan semulajadi memberi mereka sebuah hipotesis lain berbanding penjelasan yang lazimnya bersifat tauhid, mengenai fakta yang terlihat bahawa seluruh bentuk hidupan beradaptasi kepada persekitaran mereka. Sebenarnya, pilihan wajar memudahkan usaha mengugurkan ketauhidan sepenuhnya dan kemuncaknya, para saintis dapat menerangkan dunia organik di dalam istilah materialistik.
Apa yang jelas dari kenyataan di atas, punca utama mengapa Marx dan Engels memberi sokongan terhadap Darwin ialah rasa kebencian mereka terhadap agama. Ini adalah sebab mengapa mereka berpegang teguh ke atas mekanisme yang tidak memiliki sebarang nilai saintifik dan yang pada asasnya adalah merupakan khayalan imaginasi. Sesungguhnya, Friedrich Engels menjelaskan di dalam bukunya mengenai kepentingan teori evolusi:
Apa yang jelas, Engels juga melakukan kesilapan dengan menganggap bahawa teori evolusi memberi sebuah penjelasan tentang kewujudan berjuta-juta jenis organisma hidupan di muka bumi. Engels bukanlah seorang yang hanya mempercayai bahawa teori Darwin merupakan sebuah fakta yang sahih tetapi juga Joseph Stalin, pemimpin komunis paling kejam dalam sejarah, juga turut menekankan kepentingan teori evolusi ini di dalam autobiografinya:
Apa yang jelas di sini, persamaan umum di antara sistem pemikiran materialis dan teori evolusi Darwin ialah, tanpa diragui, keduanya adalah 'agama' batil di mana tujuan utama penganjurnya ialah menafikan kewujudan Tuhan. Di dalam al-Qur'an, Allah memaklumkan mengenai usaha perjuangan masyarakat terdahulu untuk membawa manusia ke lembah kufur:
Dalam sepotong ayat lain, Allah mengisyaratkan saat akhir yang menanti bagi golongan kufur dan mengajak manusia lain menuruti mereka:
Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk disebabkan mereka selalu berpaling. Surah Al-An'aam: 157
Pembatalan materialisme akan menjadi suatu titik akhir terhadap kekufuran yang hari ini semakin berleluasa di dalam masyarakat. Menuju saat ini, adalah satu keperluan bagi manusia untuk mengetahui hakikat sebenar bahawa materi bukanlah entiti yang mutlak dan bahawa dari sudut sains, teori evolusi adalah teori yang tidak wajar. Dan dengan demikian, kehancuran semua ideologi yang menafikan kewujudan Tuhan adalah merupakan saat yang pasti bagi sistem pemikiran ala-materialisme. Seperti yang dinyatakan Allah:
Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang mereka sering kerjakan. Surah Al-A'raf: 139
Aspek Signifikan Darwinisme Terhadap Agama Batil
Sesetengah pembaca mungkin berfikir bahawa Darwinisme dan materialisme tidak mungkin menjadi asas penting bagi sistem kekufuran disebabkan sebahagian besar manusia tidak langsung menyedari konsep ini dan jauh dari mengamalkan sistem tanpa agama apatah lagi untuk memisahkan kehidupan daripadanya. Seimbas pandang, kenyataan ini ada benarnya; di zaman ini manusia cenderung hidup tanpa sebarang nilai kewarasan akal fikiran. Keinginan-keinginan seperti mengejar wang ringgit dan membina gaya hidup yang ekstrem memenuhi setiap aspek budaya dan sosial yang lazim, khususnya di kalangan remaja. Budaya ini mengabaikan kepentingan tarbiyah naluri seperti persoalan, Bagaimana saya wujud? atau, Siapakah yang mencipta saya? Manusia tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan maksud penciptaa mereka atau pun pembohongan yang jelas dilakukan di dalam teori evolusi. Bahkan, mereka disibukkan dengan pelbagai isu yang remeh-temeh seperti kehidupan selebriti dan gosip hangat bintang pujaan yang sebenarnya mempunyai pengaruh kerosakan yang besar sekaligus menutup mata hati mereka dari memikirkan hakikat penting yang lain seperti soal kewujudan dan maksud penciptaan. Apa yang menjadi rutin harian seperti mencari kebendaan dan masalah remeh-temeh terus menerus menguasai akal mereka. Ringkasnya, individu yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap Darwinisme sepenuhnya dan secara sedar menganut falsafah materialis bukanlah merupakan bahagian yang besar di dalam masyarakat; majoriti manusia yang hidup jauh daripada pegangan agama adalah kerana tidak menggunakan akal fikiran. Di titik ini, sebuah persoalan timbul: Adakah Darwinisme dan materialisme sangat penting?
Penelitian lebih hampir mendedahkan bahawa Darwinisme pada hakikatnya adalah kuasa paling besar yang menunjangi sistem agama batil kerana para penganutnya, walaupun merupakan bahagian yang kecil di dalam sesuatu masyarakat, tetapi adalah merupakan barisan intelektual di dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di dalam satu kajian sosial yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, hanya sembilan peratus dari seluruh individu mengaku mereka adalah golongan evolusionis ateis. Akan tetapi, bahagian masyarakat ini adalah merupakan golongan yang menduduki jawatan penting di dalam pelbagai universiti, media massa, institusi saintifik kerajaan dan di dalam industri perfileman. Anggota yang mentadbir masyarakat, yang menubuhkan polisi pendidikan dan membentuk corak pemikiran masyarakat melalui media secara umumnya adalah merupakan golongan tersebut.
Secara global, situasi ini dapat dilihat sebagai suatu kelaziman di dalam banyak negara. Di sini, indikasi penting adalah usaha bersifat kebudayaan dan ideologi yang diutarakan oleh para penyokong ideologi komunis. Kecuali di dalam beberapa negara, fahaman komunisme telah pun disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme mashi tetap dijulang oleh golongan tertentu kerana prinsip keraja komunisme iaitu aliran falsafah materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang sama, para komunis mengutarakan mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit kegagalan di dalam teori ekonominya, namun materialisme masih tetap bertahan. Sebenarnya, di dalam kebanyakan negara, pergerakan komunis adalah berada di dalam kedudukan yang kukuh dengan pengaruh yang besar di dalam pelbagai bidang sains, kesenian dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar psuat penerbitan dan fahaman mereka begitu tersebar luas di dalam banyak anjuran pesta-pesta buku. Sekumpulan kolumnis dan eksekutif di dalam media popular yang umumnya dikenali sebagai generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan fahaman Marxisme. Walaupun begitu yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme, mereka tetap setia terhadap falsafah materialis dan tetap menganggap agama samawi sebagai candu bagi masyarakat.
Sebaliknya, Darwinisme aalah agama yang hakiki bagi mereka. Mereka berdegil mempertahankan Darwinisme dan berusaha gigih untuk menghidupkan semula teorinya. Kesannya, sebahagian besar masyarakat tidak pernah memikirkan persoalan seperti kewujudan manusia akibat tipu daya Darwinisme. Di dalam institusi pendidikan pula, para pelajar diindoktrinasikan oleh para instruktor berfahaman Darwinisme sambil mempamerekan sejumlah buku ateisme dan mengumandangkan mesej yang sama di pusat pameran serta di galeri kesenian dan teater. Ringkasnya, beginilah sebenarnya pembudayaan mentaliti ateisme yang sekaligus mempengaruhi golongan terpelajar dan individu lain di dalam masyarakat. Mereka yang terjerat dengan pengaruh ini pasti akan beranggapan bahawa Darwinisme adalah sebuah realiti saintifik dan memandang agama sebagai sebuah kepercayaan tradisional yang dianut oleh masyarakat silam dan golongan yang ketinggalan zaman. Hal yang serupa, di dalam al-Qur'an ketika manusia ditanya, Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Golongan yang kafir akan menjawab, 'Cerita-cerita orang terdahulu'.
Pada asasnya, agama adalah sebuah hakikat kebenaran yangjelas dan mutlak yang tidak berkaitan dengan sebarang tradisi atau adat budaya tertentu. Agama adalah merupakan hubungan makhluk dengan Tuhan, iaitu hakikat yang sering diabaikan oleh evolusionis. Sebagai langkah untuk memusnahkan budaya ateis dan merentap tabir yang menutup mata hati sesebuah masyarakat, adalah satu keperluan untuk memusnahkan Darwinisme berserta falsafah materialis yang lain dengan memanfaatkan kajian-kajian saintifik yang mutakhir.
Bersambung...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan