Translate

Khamis, 11 Jun 2009

BN Vs PR : Bila Rosmah Menjadi Menteri Pelajaran

Datin Seri Rosmah Mansor telah menyarankan agar Bahasa Inggeris supaya dalam meningkatkan keyakinan diri, segala gus mampu bersaing di peringkat global. Beliau juga berkata agar kita tidak mementingkan diri dengan isu PPSMI kalau ingin terus maju.
Kononnya kita perlu menunjukkan ketaatan kita kepada pemimpin Negara. Takkan kalau kita tidak belajar bahasa Ingeris maka kita tidak taat kepada pemimpin Negara. Sebenarnya siapa yang berkuasa sekarang ini Datin Seri Rosmah ataupun DS Najib.
Bila rosmah bercakap tentang PPSMI, beliau samakan diri beliau seperti ahli akademik pula. Negara akan mundurlah bila tidak rakyat tidak pandai berbahasa Inggeris. Sepatutnya beliau tunjukkan, negara manakah yang menjadi maju gara-gara rakyatnya pandai berbahasa Inggeris. Kalau adapun mungkin Singapore.
Kita ambil contoh Afrika Selatan yang mana rakyatnya boleh berbahasa Inggeris, adakah negara itu bertambah maju. Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Perancis adalah contoh terbaik buat Rosmah buat penilaian. Adakala pemimpin-pemimpin negara tersebut langsung tidak pandai berbahasa Inggeris. Tetapi kita boleh lihat bertapa majunya negara mereka maupun dari segi ekonomi ataupun taraf hidup rakyat mereka.
Bahasa ibunda adalah bahasa yang terbaik untuk menjadikan nagara boleh bersaing diperingkat global. Apa yang berlaku di Malaysia adalah kerana kerajaan sendiri memperlekehkan bahasa sendiri. Sebagaimana kerajaan menghapuskan bahasa jawi, kemudian sekarang ini cuba pula menghapuskan bahasa melayu secara berperingkat-peringkat. Sebenarnya kerajaan Umno lah telah memundurkan negara dengan mencanangkan isu bahasa.
Rosmah dah mula tunjuk taringnya sekarang ini. Beliau sepatutnya belajar daripada Tun Dr. Hasmah Mohd Ali tentang menguruskan rumahtangga. Tak habis-habis pasal si Rosmah ni. lepas satu-satu isu yang dibawanya.
Sebab itulah saya lihat DS Najib dan jadi muka tension aje. Ialah........ Bila isteri yang lebih banyak bercakap daripada DS Najib sendiri. Dan inilah jua dalam sejarah politik Malaysia bila isteri PM lebih ke depan daripada PM sendiri........ Untuk Rosmah....... yang sebaik-baiknya jadilah suri rumahtangga dan biar DS Najib yang menguruskan Negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular