"Usah dilayan"...... Itulah kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila diajukan soalan oleh wartawan tentang cabaran Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat. Mengajak Umno berdebat ibarat mengulangi isu pada tahun 80 an dahulu.
Sedangkan bermuzakarah pun mereka tolak, inikan pula berdebat. Kerana mereka tahu yang mereka tiada hujah untuk berdebat dengan Pas. Mereka tahu sekiranya mereka berdebat maka pecah lah tembelang mereka dan yang pasti akan berlaku penghijrahan ahli-ahli Umno kepada Pas.
Sebab itulah Tun Dr. Mahathir mengunakan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai benteng terakhir mereka, kerana pada masa itu rakyat Malaysia inginkan perdebatan itu diadakan. Alasan yang diberikan kerana takut berlaku perpecahan orang melayu.
Isu yang membawa kepada cadangan perdebatan itu ialah kerana "Amanat Haji Hadi". Sebelum berlakunya perdebatan tersebut, Umno telah melakukan perdebatan secara olok-olok sesama mereka. Oleh kerana dalam perdebatan secara olok-olok itu, pihak yang mewakili Umno telah kalah dengan hujah yang yang diberikan oleh pihak 'Pas'.
Maka mereka mempergunakan Raja-Raja Melayu untuk mengelakkan perdebatan itu daripada berlaku. Mereka tidak dapat mengelak kerana mereka telah menyahut cabaran daripada Pas dan juga desak kan oleh bangsa melayu sendiri.
Sedangkan pada masa itu Umno mempunyai kekuatan dan sokongan orang melayu. Sekarang Umno sedang nazak, mana mungkin mereka berani menyahut cabaran daripada Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat.
Kerana itulah Tun Dr. Mahathir memerintahkan agar cabaran dari Pas jangan dilayan. Beliau tahu akibatnya sekira Umno menyahut cabaran daripada Pas. Kerana Umno memang telah banyak memesongkan akidah orang melayu. Setinggi mana pun ilmu yang ada pada ulama-ulama Umno, pasti mereka tidak dapat mematahkan hujah-hujah yang akan dikemukakan oleh Pas.
Ulama yang tinggi ilmunya tidak akan menyertai Umno kerana mereka tahu apa yang telah pemimpin Umno lakukan. Memang Pas adalah parti serpihan Umno yang ditubuhkan oleh ulama-ulama yang berada didalam Umno pada masa itu. Mereka melihat perjuangan Umno telah lari daripada landasan Islam. Maka mereka telah keluar daripada Umno, lalu menubuhkan Partai Islam Semalaya ( PAS ).
Yang pastinya Umno tidak akan sesekali berdebat dengan Pas kerana sekiranya mereka menyahut berdebat dengan Pas, umpamanya mereka membogelkan diri mereka di khalayak ramai. Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengatakan yang Umno itu assobiyah kerana nama Umno pun melambang semangat kebangsaan.
Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda "Bukan daripada kalangan umatku orang yang berjuang di atas dasar assobiah(kebangsaan)".
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 28 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di...
-
DAP mencabar seorang ahli partinya, Mohamed Razali Abdul Rahman agar mendedahkan kandungan laporan polis, yang dibuatnya semalam, berh...
-
Nabi Isa AS akan turun ke bumi. Berita ini masih menjadi perdebatan di kalangan kaum Muslimin, apalagi kaum di luar Muslimin, yang sudah me...
-
Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul ..... Tanggal 12 Rabiul Awal .... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... R...
-
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini tidak menafikan dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menggagalkan usaha menubuhkan kera...
-
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menafikan tuduhan sebuah laman blog yang mendakwanya terbabit dengan rasuah RM2 juta yang sepa...
-
PAS menegaskan parti itu hanya bersedia untuk mengadakan pertemuan dan bermuzakarah dengan Umno hanya membabitkan isu-isu yang berkai...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
Ini apa hal tidur depan tangga rumah aku ni................. balik................. balik. Tak ingin aku kat kamu, dulu bukan main berlagak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan