Translate

Memaparkan catatan dengan label pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pandangan. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Februari 2010

Buat Briged MP Segambut, Tulang Besi Dan Yang Sewaktu Dengannya: Apa Masaalah Kamu

Kalau mereka menyatakan bahawa mereka ikhlas dalam perjuangan PAS, kerana itulah mereka terpaksa menegur didalam blog-blog milik mereka. Hantar aduan kat pejabat mereka tak layan pasal dalam pejabat agong PAS puak-puak Terengganu yang kontrol. Maka dibagilah ingatan kepada semua, akan puak-puak Terengganu yang sedang mengawal Pejabat Agong PAS.

Teguran sudah menjadi dendam yang amat-amat sangat, maka dijajalah bagaimana buruknya puak-puak Terengganu ni. Tiada yang baik dilakukan, semuanya buruk-buruk belaka. Ada sahaja jalan yang diusahakan untuk menjatuhkan puak-puak Terengganu ni. Tempiasnya terpaksa diterima oleh blogger-blogger Terengganu seperti saya ini.

Semua kelemahan dicari sampai lubang cacing sehinggakan kekalahan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 11 dijadi modal yang paling besar. Semua daripada Terengganu dihentamnya, kerana merekalah yang paling pandai, cerdik, bijak dan segala-galanya didalam politik. Kita menegur, kita akan diterjahnya semata-mata kerana dendam yang membara. Aku paling bijak, paling lantang dan segala pandai.

Semua diungkit kembali daripada wala' adalah candu sampai kepada politik suku agama suku, konon untuk memberitahu yang puak-puak Terenganu ni cakap tak serupa bikin. Bila dikomenkan, apa kau ingat aku tak ada kabel, aku dah tinggal ditempat sekian-sekian........... usah nak kelentonglah. Bahananya........... terpaksalah saya menulis serba sikit kerana saya orang Terengganu............... hati kecil tetap terasa walaupun peluru itu tidak ditujukan kepada saya.

Didalam PAS, perbezaan pendapat adalah perkara biasa bagi sebuah parti yang telah lama wujud. Walau bercanggah, ianya tidak membawa kepada pepecahan didalam PAS. Kerana itulah terdapat mazhad di dalam kelompok Ahlul Sunnah Wal Jamaah seperti empat mazhad yang besar. Mereka berhujah berkaitan dengan agama kerana keilmuan mereka dalam bidang tersebut.

Mereka-mereka berhujah dengan dalil-dalil yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dan mereka tidak terkeluar daripada Islam. Tetapi apa yang dilakukan oleh Briged MP Segambut lebih kepada hujah seperti Syiah dan Khawarij yang tekeluar daripada Ahlu Sunnah. Mereka cukup bangga dengan apa yang mereka tulis apatah lagi jika ianya berkaitan dengan PAS Terengganu.

Tetapi apa yang di tulis oleh Briged MP Segambut bagaikan beliau adalah agen kepada musuh PAS. Beliau menulis bagaikan beliau cukup pandai tentang sepak terajang politik Terengganu. Kerana itulah tulisan beliau seperti cuba memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Sepatutnya beliau memperkukuhkan lagi ikatan yang ada dan bukannya menjadi talibarut Umno. Beliau sepatutnya sedar yang beliau telah memberi kredit kepada musuh-musuh PAS dan PR.

Apakah mereka menyangka pendapat mereka itu mewakili majoriti ahli dan penyokong PAS?. Apakah kerana PKR memenangi banyak kerusi MP, mereka sudah mendabik dada yang mereka cukup kuat?. Apa yang belaku sekarang ini banyak melibatkan PKR daripada PAS. PAS masih utuh dengan perjuangannya kerana itulah wakil rakyat PAS tidak boleh diperlekehkan.

Beliau mesti ingat, PAS bukannya baru menjadi pembangkang jika dibandingkan dengan parti-parti politik yang ada di Malaysia ini. Apakah Pakatan Rakyat boleh menang besar jika PAS tidak menyertainya?. PAS tidak pernah menikam atau meninggalkan kawan seperti yang diperkatakan, PAS telah meninggalkan Semangat 46. Sedangkan hakikatnya Semangat 46 yang meninggalkan PAS dan menyertai BN.
Dizaman IT ni, semuanya dah jadi pakar-pakar politik tak macam dulu kalau nak tahu politik mesti kena pergi dengar ceramah pasal kaset pun tak ada lagi. Nak harap akhbar arus perdana, baik duduk kat rumah lagi bagus. Mungkin saya ini baru dalam politik PAS jika hendak dibandingkan dengan blogger-blogger tersebut kerana itulah mereka cukup tahu selok belok politik PAS Terengganu. 

Inilah sikap sombong yang ditunjukkan oleh beliau dan yang sewaktu dengannya. Beliau merasakan apabila ramai yang membaca blognya maka mereka semua bersetuju dengan apa yang ditulisnya. Sudahkah sampai ketahap yang diperlukan dalam memperjuangkan Islam sebelum mendabik dada. Baru diberi sedikit kemenangan pun sudah menunjukkan belangnya. Maka inilah yang dikatakan musuh dalam selimut dan anda sendirilah yang menilai apa yang sebenar tersirat dihati anda dengan menunjukkan pemusuhan ini.

Saya menceburi politik PAS, semasa PAS berada dalam keadaan kucar kacir yakni tahun yang amat malang bagi Gerakan Islam Malaysia yang bernama PAS. PAS ditentang dan dihentam dari semua penjuru sehinggalah tumbangnya kerajaan PAS Kelantan.TGHH masih lagi memegang jawatan Yang Dipertua ABIM Terengganu dan Datuk Asri adalah idola saya, 

Walaupun akhirnya beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS diatas desakan golongan muda yang mana dalam sejarah PAS, ucapan dasar Yang Dipertua Agung PAS telah ditolak mentah-mentah oleh perwakilan. Bukan setakat itu sahaja, malah sepanjang ucapan dasar beliau itu diganggu dengan pekikan Marakbar Asri, Marakbar Asri dan diselang seli dengan Takbir. 

Sikap berpuak-puak tidak boleh diterima didalam PAS, jika ada pun mungkin andaian penulis blog sahaja yang cuba menunjukan yang mereka ini amat pandai menilai. Ini kerana ahli-ahli PAS mengharapkan Datuk Asri, supaya dapat menonjolkan mesej Islam yang jelas di dalam menghadapi dasar 'Penerapan nilai-nilai Islam Umno', kecewa dengan pendirian kabur Datuk Asri dan suasana berpuak yang ketara di sekeliling Datuk Asri juga telah mencetuskan tentangan di kalangan ahli-ahli PAS. 

Maka bermulalah 'Kepimpinan Ulama' didalam parti PAS dengan kehadiran Ustaz Fadhil Noor, Haji Hadi, Ustaz Nakhei, Ustaz Harun Taib dan digabungkan dengan tokoh lama iaitu Tuan Guru Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Aziz, Mustafa Ali dan penghijrahan golongan muda dari Mesir. Lebih-lebih lagi dengan kebangkitan Revolusi Islam di Iran yang membaca kepada jatuhnya rejim Shah Iran 

Apakah hujah mereka yang menyatakan wala sudah menjadi candu buat ahli-ahli PAS. Atau pun mereka sebenarnya buta sejarah sebagaimana yang dialami oleh Datuk Asri dengan 'Kumpulan 13'nya. Apakah PAS lumpuh dengan keluarnya pemimpin-pemimpin tertingginya yang bukan calang-calang orang jika mengambil kira ketaatan membabi buta?. Apa yang berlaku pada krisis PAS 1982 yang membawa kepada peralihan kuasa adalah mengikut jalan yang betul. Bukannya seperti sekarang, berkokok selepas Muktamar. Kenapa tidak melakukan perubahan pada Muktamar yang lalu.

Jika anda mengatakan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu pada PRU 11 disebabkan kelemahan pimpinan atau bahasa mudah ialah meremahkan kepimpinan TGHH, sebenarnya anda masih lagi jahil tentang politik di negeri Terengganu. Usahlah berhujah kerana anda sememangnya tidak mengetahui yang Terengganu bukanlah bumi yang subur untuk PAS selepas PAS ditendang keluar daripada BN,  itulah hakikatnya. Kemenangan PAS pada PRU 10 adalah kerana kehangatan isu DSAI, itu tidak dinafikan.

Walaupun PAS dapat menawan Terengganu pada 1959, ianya kerana faktor Datuk Onn. Rakyat Terengganu bukan jenis berpuak, jika atas semangat kenegerian pasti Datuk Onn dan parti IMPnya tidak akan menang di Terengganu. Dr. Burhanuddin dan Datuk Hassan Adli dari Perak menang di parlimen Kuala Terengganu Utara dan Besut. Khatijah Sidek menang di parlimen Dungun dan menjadikan beliau ahli Dewan Rakyat wanita pertama.

Sabtu, 20 Februari 2010

Umno Juara Rakyat............ Katakan Betul Kepada Umno.

Saya akan bantah kalau orang kata Umno bukan juara rakyat. Jangan kata juara............. malah juara segala juara............... Kalau tak percaya.............. tanyalah Raja Beruk............... tanyalah juara lompat katak............. iaitu pemimpin 'We Condemm'.................. tanyalah Zambry D' Pulau............ tanya JK Tata Teretib Umno.

Tapi jangan tanya SPRM.............. nanti kena tuduh makan bersuap................. jangan tanya PDRM.............. nanti direhatkan kat Kemunting................... jangan tanya Mahkamah.............. nanti kena kad merah, tambah dengan tendangan penalti 5-0.............. jangan tanya DBI................ nanti rumah kena sita............... macam rumah saya.

Sebenarnya Umno tak payah promosi................ Rakyat Didahulukan dah tahu............... peruntukan RM 2 juta daripada One Malaysia............... itu pun dah kira juara............... bila One Malaysia umum peruntukan tersebut................ Rakyat Didahulukan dah tahu................ duit itu bukan duit Umno............. itu pun dah dapat gelaran juara.............. juara rembat.

Tanya Che Det, 22 tahun jadi 'Penerapan Nilai-Nilai Islam'.............. habis RM 100 bilion............. siapa jadi juara............. Mirzan selamat tapi Perkapalan Nasional yang tengelam.............. Petronas juga yang kena timbulkan kapal tu............... Che Det kata, anak-anak dia juara berniaga.

Tanya Pak Lah, 5 tahun jadi Islam Hadhari.................. habis RM 285 bilion.............. siapa jadi juara............... Kamaluddin juara terkaya................. Scomi juara dapat projek................. Petronas juga yang kena bagi projek.................. Pak Lah kata, anak dia juara cari projek sendiri............... menantu yang untung............... saham dapat, juara pemuda dapat................. menantu dapat bela hantu kat tingkat 4........... yang terbaru dapat juara Raja Beruk.

Tanya Najib, baru jadi 'One Malaysia'................ berapa RM habis.................. jawabnya, habis bebenor........... kering kontang.............. siapa jadi juara............. adik jadi juara Cimb............... bini jadi juara shooping kat Ober-C.............. hampir-hampir jadi 'Juara Menimbul'................. tajaan Scorpion..

Jangan kata begitu kat Najib............... mana boleh nilai.................. pasal dia baru jer jadi 'One Malaysia'............. maka para-para juara berkokok membela 'One Malaysia'.............. siap memuji lagi........... macam skrip lama................ masa Che Det baru jadi 'Penerapan Nilai-nilai Islam' dan................ Pak Lah jadi 'Islam Hadhari'............. Umno memang juara memuji.................. macam kata Ahmad Nisfu.............. puji ada makna tu. 

Dalam diri 'One Malaysia' sudah ada sifat-sifat kepimpinan.................. sebab itulah beliau berjaya sampai ketahap 'One Malaysia'.............. mengunung pujian diberikan oleh para-para juara.................. apa tidaknya jika celek-celek mata............... dah duduk di Alam Kayangan.................. jadi ahli parlimen Pekan pun atas nama baik si bapa................... jadi 'One Malaysia' pun dalam keadaan Umno masih jadi 'JUARA'.Kerana itulah Umno adalah Juara membakul sampahkan skrip pujian mereka bila 'Raja Juara' dah tak ada kuasa.............. Kalau tak percaya........... tanya sama Che Det dan............... tanya sama Pak Lah dan............. tanya sama Raja Kali dan.............. jangan lupa tanya sama Raja Beruk.

Ahad, 31 Januari 2010

Penyerahan Diri Aduka Di Kelantan Umpama Menegak Benang Basah.

Apabila mendengar akan cerita disebalik penyerahan diri AT di Kelantan bukan di Negeri Sembilan, umpama cuba menipu pentaksudnya. Hakikatnya, itulah sikap sebenarnya Aduka,  manusia yang sentiasa bercakap besar tetapi mempunyai hati yang pengecut. Jika beliau sorang yang berani, kenapa menyusahkan mentuanya walau apa pun alasan yang diberikannya.

Kenapa aku mengatakan begitu, kerana jika beliau tidak pulang ke Kelantan pasti rumah mentuanya tidak digeladah. Mengikut siasatan polis, polis akan mengeledah mana-mana rumah yang menjadi persinggahnya semasa pemburuan sedang dilakukan. Seandainya beliau bersembunyi dirumah kawan-kawannya di Negeri Sembilan pun, polis tetap akan mengeledah sebagaimana pengeledahan dirumahnya adalah sasaran utama.

Sebelum itu yang menjadi kemuskyilan aku lah................ beliau kata dah berkahwin............... tetapi dalam rayuannya pula.............. beliau mengatakan akan melangsungkan perkahwinannya.............. mana satu betul ni.............. bukankah lebih baik kata.............. aku dah nikah............. cuma untuk majlis persandingan sahaja yang belum............. kan senang............... baru orang faham............... Dan untuk makluman aku pulak.......... bersanding ni amalan agama Hindu............ dalam Islam tak ada bersanding-sanding............... ooooooppppppss lupa................ dia ni bukan suka sangat ikut amalan Islam............. kuno katakan.............. kalau tak, takkan Iman-Iman besar 4 mazhad dimaki hamunnya.

Jadi.......... jika orang mengatakan yang beliau cuba melarikan diri ke Siam ada asasnya kerana Kelantan bersempadanan dengan Siam. Mungkin juga atas nasihat mentuanya yang membuatkan beliau menyerah diri. Usahlah memberi berbagai alasan nak hantar isterilah........... nak itulah............. nak inilah.............. hakikat sebenarnya............. memang nak lari............... tetapi bila dah tak ada harapan............... terpaksalah menyerah diri.

Yang lucunya............. geng-geng pencacai dia kata............. macam mana nak lari ke Siam........... duit pun tak ada............. maka mereka pakat-pakat kumpullah sikit sorang............... untuk makan minum dan isi minyak............. hai, takkan sampai gitu sekali pokainya............ dengar-dengar income mengalah elaun exco............. takkan nak makan minum ke Kelantan pun tak ada duit.
Berapalah sangat belanja kalau setakat makan minum sehari untuk pulang ke rumah mentua................ kalau dah sampai kat Kelantan............ takkanlah sampai hati mentua tak nak bagi makan............. yang bebenarnya mesti betul-betul nak larikan diri............... pakat fikirlah sendiri dengan akal yang waras............. lojik akal........... oleh kerana Aduka suka pakai lojik akal.............. jadi kita pakai lojik akal jugalah.

RM 150 tak cukupkah untuk perjalanan dengan Waja (kalau dia pakai kereta Waja)................ campur makan minum............. campur tol dan minyak............... Kalau nak menipu tu biarlah lojik akal.............. usahlah temberang dengan bermacam-macam alasan............... maka mentualah yang menjadi mangsanya............. tempat mengadu katakan.

Mungkin juga bila beliau lari ke rumah mentuanya di Kelantan, beliau telah diperli oleh mentuanya........ kamu macam jantan tak ada anu............ cakap ajer besar............ tetapi di hati sebenarnya pengecut. Lepas itu kerana nak menutup malu........... macam-macam ceritalah dikarangnya. Untuk menunjukkan yang beliau seorang jantan............. berani buat berani tanggung.

Aku rasalah........... sebenarnya beliau memang nak lari ke Siam.................. mungkin nak minta tolong dengan Raja Bhumipol.............. kut-kut raja Bhumipol boleh tolong................. boleh minta suaka politik dengan kerajaan Siam............. manalah tahu............ orang macam ni bukan boleh dipercaya sangat............ autanya lebih............ aku ingat Aduka ni anak jantan............... rupa-rupanya jenis aaauuuuuwwwww jugak.

Macam orang kata le............ tahi je besar.............. hati kecut nak mampooooooos............. oleh kerana Raja Bhumipol tak boleh tolong............. terpaksalah menyerah diri................ nasib kamulah jalob............ kesian tu memanglah kesian sesama blogger.............. tetapi bab-bab hina Sahabat r.a. yang aku tak boleh terima............ yang lain tu............. lantak kamulah nak maki hamun banyak mana............. selagi kamu mampu pikul.

Jumaat, 22 Januari 2010

Si Tanggang Dari Serawak, Bagaimana Dengan Si Tanggang Dari N9

Seminggu dua ini kena banyak membaca dan mendengar cerita-cerita yang berkaitan anak 'Derhaka' yang sanggup meningalkan ibubapa mereka. Ada yang meninggalkan ibubapa mereka di rumah jagaan wargatua, ada yang meninggalkan ditepi-tepi jalan terkapai-kapai dan ada yang tidak mengaku mereka itu ibubapa.

Sanggup mereka melakukan perkara-perkara tersebut tanpa ada perasaan belas kasihan, maka jadilah mereka sebagai anak derhaka, atau istilah lebih tepat lagi 'Si Tanggang'. Walau sezalim mana pun anak terhadap ibubapa mereka, kerana sifat keibubapaan......... mereka tetap memaafkan anak-anak mereka.

Apa jenis manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut terhadap ibubapa mereka yang mengandung mereka selama 9 bulan dan ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sanggup bangun malam bila anak mereka menangis dan bersengkang mata menjaga anak-anak mereka dari gigitan nyamuk. Sungguh tersentuh hati  saya bila melihat dan mendengar perbuatan mereka itu.

Ibubapa sanggup berlapar agar anak-anak mereka tidak kebuluran dan mereka sanggup membela anak-anak mereka walau seberapa ramai sekali pun.  Tetapi yang amat malang sekali ialah dalam ramai-ramai itu, tiada seorang pun yang sanggup menjaga ibubapa mereka setelah mereka dewasa.

Dimanakah silapnya jika perkara seperti ini berlaku?. Bak kata perpatah, 'bukan salah ibu mengandung, tetapi salah asuhan'. Tetapi jika direnungkan kembali akan situasi ini, bolehkah kita meletakkan kesalahan itu kepada ibubapa?. Tidakkah jika  perkara ini berlaku, pihak kerajaan pun patut dipersalahkan? Kita lihatlah bagaimana pemerintah mendidik rakyatnya dalam kehidupan seharian.

Lesen-lesen hiburan, perjudian, minuman keras dan bermacam-macam kemaksiatan berlaku dengan tanpa apa-apa tindakkan daripada pihak kerajaan. malah kerajaan sendiri mengalakkannya, janji mereka bayar cukai. Jika ada pihak cuba menghalang perbuatan tersebut, maka akan kedengaranlah daripada pak-pak menteri dan pemimpin-pemimpin Umno mempertahankan kemaksiatan tersebut. Kenapa ya............ kerana mereka pun terlibat sama dengan kerja-kerja yang tidak bermoral tersebut. Yang terbaru ialah cerita seorang ibu dari Serawak iaitu Tumi Wongsoruju............... dengarlah rintihannya.





Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan . hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yanglah  tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.


Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.


Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.

Itu cerita 'Si Tanggang Dari Sarawak', bagaimana pula dengan 'Si Tanggang Dari N9' pula. Yang mana adiknya terpaksa berhijrah keluar negara, gara-gara kehidupannya sentiasa diselubungi dengan ketakutkan kerana dikacau oleh 'kakak'nya yang menjadi orang paling berkuasa di negara One Malaysia.

Bila berlaku kes-kes seperti ini, terasa macam satu fenomena pula terjadi dinegara One Malaysia ini. Adakah kerana disebabkan 'seseorang' itu, maka ia mempengaruhi RAKYAT IDAHULUKAN dinegara One Malaysia. Macam dunia hiburan pula jadinya, yang mana 'seseorang' itu menjadi ikutan para peminatnya.............. apa nak jadi dengan negaraku One Malaysia.

Ia kes kedua bapa dibuang anak di Perlis selepas nasib sama dialami Abdul Rahman Talib, 57, yang ditinggalkan anak kandungnya di tepi jalan dekat pondok bas, 8 Januari lalu. Othman yang pernah beristeri tiga sekali gus dan memiliki empat cahaya mata mendakwa perubahan sikap anaknya semakin ketara sejak dia perlu menjalani rawatan hemodialisis dua hari sekali.

Ahad, 27 Disember 2009

Buat Dr. Hassan Ali contohilah Khalid Al Walid r.a......

 
Apabila tersebarnya SMS tang berleluasa di Selangor sekarang ini yang menyarankan agar PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat. Ini berkaitan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Displin PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa ada kes untuk menghadapkan Dr Hassan Ali untuk tindakkan selanjutnya.

Dan dikatakan satu memorendun  akan diserahkan kepada Dr. Hassan Ali oleh pemimpin Umno. Maka berbagai pihak didalam PAS yang menuntut agar memorendon tersebut tidak dilayan dan ada yang menyatakan sebaliknya pula.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Hassan Ali bahawa beliau tidak sesekali akan meninggalkan PAS, walau apa pun tindakkan yang akan dikenakan oleh Lembaga Displin PAS terhadapnya. Jika beliau digugurkan atau dipecat daripada parti, tidakkah itu satu berita gembira buat musuh-musuhnya didalam PAS.

Oleh kerana matlamat musuhnya di dalam PAS dan PR sudah tercapai, kenapa sampai ada suara-suara amaran agar beliau tidak menerima memo tersebut. Tidakkah tindakkan ini satu perkara yang luar biasa dan apakah hak musuh-musuhnya untuk masuk campur sekiranya beliau disingkirkan dari PAS.

Bagi pendapat peribadi saya, tiada siapa yang boleh melarang atau menyokong halatuju politik beliau setelah cita-cita musuh-musuhnya untuk menghancurkan karier politik beliau berjaya.Bagi pejuang sejati parti Islam (PAS) yang meletakkan al-Quran dan Hadith sebagai perlembagaan tertinggi, jawatan bukanlah matlamat.

Sebagaimana yang berlaku kepada Panglima Islam, Khalid al-Walid r,a, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r,a, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan. Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang.

Seandainya Dr. Hassan Ali dipecat daripada parti, maka dengan sendirinya bai'ah beliau kepada parti PAS akan tergugur dengan sendirinya kerana beliau tidak keluar parti tetapi dipecat. Tetapi beliau menafikan akan melakukannya jita beliau digantung atau digugurkan ataupun dipecat.

Sikap beliau ini pasti akan mengecewakan musuh-musuhnya yang terlalu lantang menghentam dan mengkritik beliau. Bagi saya sikap ini patut dipuji walau apa pun tindakkan yang akan dikenakan oleh beliau. Beliau tetap komited untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS.

Ini tidak bermakna saya menyokong ataupun membantah tindakkan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Apa yang saya mahukan ialah PAS akan tetap kukuh dan diperkasakan lagi dalam menghadapi Umno/Bn. Apa yang penting bagi PAS ialah para pendokongnya tetap bersama-sama merapatkan saf.

Kerana kita berjuang bukan kerana hendak mencari nama atau jawatan atau kekayaan tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.............. Selamat berjuang dalam menghadapi musuh yang nyata dan dalam selimut.

Rabu, 11 November 2009

Blog 4U2C : Kenali Musuh PAS Dan Lakukan Pemulauan Terhadap Blog K.B.O......

Kalau kamu hendak baca blog yang paling terbaik daripada terbaik........... kamu bacalah blog K.B.O, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya.............. dia orang ni tulis semua betul............. dia orang saja yang pandai............ orang lain semua salah........... blog dia orang sahaja yang ada class......... selain dari blog dia.......... hampas..
Yang paling bagus sekali ialah blog Briged MP Segambut dan anak-anak syarikatnya.............. blog ni memang banyak anak syarikat.......... K.B.O.Online, Bawean Termenung, Sinar Politik dan Komunis Bawean Online...... oooopppp silap Komunitas.......... nama pun dekat nak sama dengan Komunis............ ahli dia saja 20 orang........ ramainya mak datuk.............. kalah Malaysiakini.
Sumber kewangannya............. itu kena tanya dioranglah............ itu aku tak tahu........... katakan RM2,000 sebulan setiap seorang............... dah RM 40,000, banyak tu............. duduk KL, sedara............ tak kan cukup RM 2,000 sebulan............... ni mesti lebih................. kelengkapan dia orang............ macam TV 3 suku............. tapi bawah sikitlah dari TV3 suku.
Sumber-sumber daripada tulisan dia orang................. tak mainlah dari jenis cakua............... mesti yang berpangkat tinggi.......... Kepakaran blog ni................ buat fitnah, buat tuduhan dan melaga-lagakan dengan niat jahatnya............ musuh utama blog ni ialah PAS.................. parti lain dia tak kacau.
Kalau tak percaya............ tengoklah cara blog buat tesis Ph.D........... tajuk tesis Ph.D yang pertama blog ni........... Persepsi Mengatakan Pemimpin PAS Kini Jauh Dari Islam, Dengan Itu Blog Ini Harus Keluar Dari Menyokongnya............... tajuk yang kedua tesis Ph.D blog ni......................Pemimpin Atasan PAS Gila Kuasa Dan Bukan Gila Islam............ Mak datuk.......... berasap tajuk tesis Ph.D diorang.
Pasal tajuk tesis dia orang ada class............... maka marilah kita pakat-pakat buat penilaian........... payah sangat, kita konon-konon jadi pensyarah la............. bukan senang nak bagi pangkat Doktor Sampah........... Tesis pertama dia orang............... kita bagi jalan mudah kat blog diorang.............. Jangan letak keluar............. kita letak berambus lah kamu dengan dianugerahkan slogan BPN.............. itu pun kalau geng-geng BPN nak terima.
Tesis kedua pulak............ kita pakat luluskan............. tapi kena tukar tajuk tesis Ph.D kepada.......... Briged MP Segambut Gila Kuasa Nak Jadi PM Dan Bukan Gila Bayang............. tak payah nak sebut Islam la......... dulu aku tengok gambar ahli wanita diaorang pun tak tutup aurat. pun............. seksi.
Jadi, aku syorkan agar ahli PAS pulau blog diorang.......... pakat-pakat baca blog 4U2C pulak........ lagi kamu baca lagilah diaorang X............ itu saja caranya untuk mengajar mereka berbahasa........... apa keperluannya membaca blog-blog yang membawa kepada perpecahan dengan melaga-lagakan pemimpin anda.
Ini bukan blog PAS.......... tetapi aku kesihan juga kepada ahli-ahli PAS yang terkial-kial disebabkan berita-berita yang dinawa oleh siMunafik............. Jangan kata aku pakai tulis je............ aku pun ikut juga perkembangan politik semasa........... macam tuduhan yang mengatakan Presiden PAS tidak membela DSAI dalam kes liwatnya............ aku pernah dengar ceramah Haji Hadi............. bagaimana beliau membela DSAI.
Kalau aku ni tak dengar sendiri ceramah tersebut............... mungkin aku percaya dengan tuduhan Tulang Besi.......... Nak bagi nasihat sikit kat Tulang Besi............ kalau nak menipu.......... rekalah cerita yang orang lain tak tahu........... hanya kamu sorang je tahu............ aku ingatlah........... kalau kamu cerita kat tiang lampu pun, tiang lampu tak percaya............ tiang lampu pun boleh beza antara betul dengan tak betul.......... Kalau kamu nak jadi bodoh.............. jadilah bodoh bersama geng-geng kamu............. jangan bawa orang lain.
Memang puak-puak ni............. puak Munafik........... bacalah macam mana diaorang olahkan cerita tentang isu bai'ah............ orang macam ni lebih jahat daripada Umno................ Umno dah terang dan jelas musuh PAS........... tetapi puak-puak ini berselindung dibawah cerita............. konon-kononnya membantu PR........ hakikatnya............ inilah warisan Kaab dizaman Rasulullah s.a.w.

Rabu, 4 November 2009

Bila Orang Menanya tentang Isu Dr. Asri dan Isu Kerajaan Selangor Dan Kerajaan Perpaduan........ Ini Jawab Saya.

Ini adalah jawapan peribadi saya sebagai penulis blog mengikut pandangan saya sendiri. Berkenaan isu yang dibangkit tentang Dr. Mohd Asri, saya telah nukilkan tulisan yang bertajuk.... Dr. Asri.... Kembara Ilmu Ke India.

Saya merasakan apa yang telah saya tulis itu banyak menjawab akan persoalan berkaitan  dengan pegangan sebenar Ilmu yang menjadi pengangan beliau. Saya mengharapkan yang bertanya dapat membaca coretan tersebut dengan hati yang terbuka.

Tentang penangkapan yang telah dilakukan oleh pihak JAIS, orang patut ditanya dan selayaknya menjawabnya ialah Pengarah JAIS, Jawi dan Mufti Wilayah Persekutuan. Itulah orang-orang yang mengetahuan kisah sebenar tentang penangkapan yang bagi pendapat saya ialah amat memalukan.

Lebih malang lagi, tiada pertuduhan daripada penangkapan tersebut. Ada juga alasan yang diberikan oleh pihak tertentu, umpama melapas batuk ditangga.. Jika nak kata hairan, simpan sahajalah persoalan tersebut, perkara ini boleh ditanya kepada Shahidan Kassin yang terang-terang mengaku sebagai penganut Mazhab Wahhabi.

Tidakkah perkara yang sama pernah berlaku terhadap almarhum SS Ustaz Ishak Baharon yang amat disayangi. Sedangkan beliau lagi lah........ bekas Mufti Selangor yang cukup dibenci oleh Mahathir. Sihinggakan kontrak beliau pun dipermain-mainkan oleh kerajaan Selangor.

Semua rakyat Selangor dan Malaysia tahu akan peribadi beliau yang cukup lembut, berbudi bahasa,  bersopan santun, tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, apabila menegur kerajaan pun secara berlapik. Orang macam itu punya baik dan warak pun dijadikan musuh oleh kerajaan Umno sampai akhir hayat.

Jadi usahlah mempercayai apa sahaja alasan yang diberikan oleh Umno berkaitan penangkapan Dr. Mohd Asri. Apabila ada pihak mempertikaikan tentang ijazah beliau............... itu yang melucukan. Apakah Umno mengira Sahidan Kassin begitu bodoh untuk melantik seorang Mufti tanpa melakukan beberbagai tapisan demi tapisan.

Kerana kelayakkan beliaulah yang membuatkan Sahidan Kassim bersetuju dengan pelantikkannya sebagai Mufti Perlis. Apa yang berlaku kepada Dr. Mohd Asri adalah tangkapan bermotifkan politik. Apatah lagi dengan lawatan Dr. Harun Taib kerumah Dr. Mohd Asri baru-baru ini.

Inilah yang membawa ketakutan buat Umno yang melihat kepada pengaruh yang ada pada Dr. Mohd Asri. Antaranya ialah beliau masih lagi muda dan syarahan yang dilakukan oleh beliau dapat menarik anak-anak muda untuk mendekatkan diri kepada Islam.

Bagi saya.... percaturan yang dilakukan oleh Umno  kepada Dr. Mohd Asri, secara mendadak telah membuatkan beliau menjadi lebih terkenal. inilah sikap Umno dari dulu, sekarang dan selama-lamanya (kalau ada umur panjang), yang selalu tergesa-gesa yang usaha mereka untuk melakukan sesuatu agendanya.

Kerana sikap itulah yang kesudahannya memakan diri mereka sendiri. Pening juga kepala Najib untuk menjawab isu tersebut. Ini disebabkan kehadiran begitu ramai anggota polis yang dikatakan kehadiran mereka mencecah ratusan orang............... itu belum dikira kehadiran anggota JAIS lagi. Kalau kita lihat, ianya boleh diumpamakan untuk menangkap sorang penjenayah yang paling dikehendaki.

Tentang Kerajaan Selangor Dan Kerajaan Perpaduan.

Saya tahu pertanya tersebut sebagai jerat untuk saya kerana saya berasal dari Terengganu. Walaupun pertanyaan tersebut melibatkan Dr. Hassan Ali, jadi secara tak langsung ia berkaitan dengan TGHH atau sebutan bagi mereka 'Puak Tranu' kerana saya adalah orang Terengganu.

Dan saya tetap tidak dapat meninggalkan loghat Terengganu saya itu, saya tidak akan meninggalkan negeri tanah tumpah saya itu. Berbalik kepada soalan pertanyaan tersebut yang lebih kepada memerangkap untuk melihat akan sokongan saya terhadap puak mana dalam PAS.

Bagi saya, didalam PAS tidak ada sikap berpuak dan sikap kenegerian, jika ada sikap begitu maka ideologi perjuangannya masih berpaksikan sisa-sisa daripada Umno.

Memang saya adalah anak kelahiran Dungun, Terengganu, walau dimana pun saya tinggal, saya tetap mengaku saya berasal dari Terengganu. Dan saya mengaku yang Tuan Guru Haji Hadi adalah guru saya dan Tuan Guru Nik Aziz Adalah pemimpin tertinggi saya yang patut saya Wa'la.kan.

Kerana itulah banyak blog-blog yang mengaku sebagai pendokong PAS, tetapi mereka yang menciptakan sikap-sikap berpuak didalam PAS. Mereka cuba melaga-lagakan Tuan Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi.. Mulalah mereka menggunakan perkataan pro Pakatan dan pro Perpaduan.

Dan mulalah mereka menghentam pemimpin yang mereka tidak suka dam muji-muji pemimpin yang mereka suka. Inkah sikap yang ditonjolkan oleh orang yang mengaku pendokong Islam? Tentang kata-kata nista mereka, usah dikatalah......... macam blog Umno menghentam PAS.

Ada juga alasan yang diberikan......... 'ini cara nak tegur bagi pemimpin yang tak mahu dengar nasihat.'....... 'kalau tegur cara baik tak nak dengar, kena tegur cara umnolah'. Bagi blogger-blogger tersebut....... tolong tunjukkan teguran secara baik yang telah kamu lakukan dimasa lepas............ saya ingin melihatnya. mungkin pembaca pun ingin melihat.

Kerana apa yang tulis ini berpandukan kepada beberapa blog yang sudah lama layari dan mengikuti penulisannya.............. jawapannya ialah itulah corak tulisan meraka dulu, kini dan ........... Kita tinggalkan isu-isu tersebut.

Berbalik kepada isu Selangor yang melibatkan Dr. Hassan Ali yang dikaan yang dikatakan orang Tuan Guru Haji Hadi. (ada lagi sikap berpuak-puak yang ditonjolkan). Kita sebagai pendokong perjuangan Islam, mempunyai perlembagaan yang tidak memilih bulu. Setinggi mana jawatan yang disandang bukannya satu batu loncatan untuk mengatasi pelembagaan PAS.

Ini pernah belaku semasa era Datuk Asri menjadi Yang Pertua PAS (Presiden)  Datuk Asri pun tidak  terlepas, walau pun beliau adalah pemimpin nombor satu dalam PAS sehinggalkan beliau terpaksa meletak jawatan. Jangan salah sangka pula, beliau tidak dipecat tetapi meletak jawatan dengan kumpulan 12 (jika tidak silap saya), dan meninggalkan Datuk Hassan Adli keseorangan didalam BN sebagai anggota kabinet.

Semasa Datuk Hassan Adli masih didalam BN, beliau telah menyeru kepada ahli-ahli PAS agar meneruskan perjuangan dan jangan sesekali meninggalkan PAS. Oleh itu saya tidak menyokong mana pemimpin secara berseorangkan kerana saya menyokong perjuangan PAS.

Jika pucuk pimpinan Selangor didapat bersalah, maka hukumlah mereka kerana pemimpin boleh datang dan pergi.............. PAS tetap akan berdiri kukuh............ Insyaalah. Jika Tuan Guru Presiden sendiri pun sudah tidak mendapat kepercayaan ahli-ahli PAS, maka lakukanlah semasa Muktamar Pemilihan nanti. Jangan nanti di ibaratkan ' Rumah sudah siap tetapi ketukan masih lagi berbunyi'.

Jika nak lakukan............. lakukan  pada pemilihan nanti............. jangan selepas pemilihan, masih ada lagi suara-suara sumbang............. kerana untuk memuaskan hati berjuta-juta pendokong Islam bukannya perkara mudah............. lakukan yang  terbaik..................... jangan sampai menyesal dikemudian lari.

Saya yakin dengan sepenuh hati saya berpandukan kepada sedikit pengalaman.............. perkara yang saya baru sebutkan pasti akan belaku............... percaya.

Isnin, 2 November 2009

Kembara Ilmu Ke India...... Ustaz Mohd Asri.

Tulisan beliau ini telah disiarkan pada bulan Julai 2001 bersamaan Rabiul akhir 1421 oleh majalah Tamadun edisi 82. Sama-samalah kita menghayati akan apa yang telah beliau tuliskan. Hampir sebulan saya berada di India. Kebanyakkan orang awam di Malaysia, bila disebut sahaj India, mereka akan terbayang wajah-wajah pelakon Bollywood. Ramai juga akan menyangka India ini seindah yang digambarkan dalam filem-filemnya. Mereka tertipu dengan mainan filem.
Namun saya bukan mencari para pelakon Bollywood, tetapi saya pergi bertemu, menziarahi dan mengambil manfaat ilmu daripada ulama hadith yang masih hidup di India. Yang sebahagian mereka adalah anak-anak kepada tokoh-tokoh pengarang syarah kitab-kitab hadith. saya tidak melihat India seindah yang dipertontonkan oleh orang kita di dalam filem-filemnya, saya melihat bergitu kotor, miskin, entah berapa puluhan juta penduduknya kelaparan dan tanpa tempat tinggal, hidup merempat di kiri dan kanan jalan. Sistem kasta yang mencengkam hidup mereka. Kekotoran yang membaluti kota dan manusia. Penipuan menjadi mainan lidah dan cara. Yang kaya barangkali kaya. Tetapi kaya diatas kemiskinan ratusan juta manusia. Adapun yang menganggap India seindah filemnya dan ingin sekali menikmati udara India., sebenarnya semua itu adalah hasil propaganda filem semata. Demikianlah media-massa selalu berjaya membohongi mereka yang percaya dan 'beriman' dengannya. Untuk pengetahuan kita, sesungguhnya orang Islam pernah memerintah India hampir seribu tahun. Pada pandangan saya, India adalah negeri yang paling sukar untuk Islam berperanan mengikis kesesatan, khurafat dan kekarutan kepercayaan penduduknya. Ini disebabkan banyak faktor, antaranya peranan kebanyakkan pemerintah yang tidak berkesan dan tabiat penduduknya yang begitu cenderung kepada khurafat dan mengakar umbi dalam perasaan dan fikirannya. Hinggakan sistem kasta yang dianuti oleh agama Hindu, masih mempengaruhi sebahagian penganut Islam di India. Ini sama seperti yang berlaku kepada orang Melayu dahulu yang dipengaruhi ajaran Hindu dan selainnya, kemudian apabila datang Islam, menerima Islam, di samping terus dibawa sebahagian ajaran Hindu dan khurafatnya, seperti persandingan pengantin, nasi kunyit untuk sesuatu upacara, tepung tawar, percayakan sial-sial tertentu dan seumpamanya. Demikian juga kebanyakkan muslimin India bahkan lebih jauh dari itu, banyak kesan-kesan ajaran Hindu dan khurafat yang lain terkena kepada mereka. Bahkan ada yang membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah yang banyak mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis dipintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (Bismillah). Di tempat kita pun ada juga ajaran tarekat yang sesat yang terpengaruh dengan ajaran ini mengajar pengikutnya jika ingin membaca Bismillah hendaklah sebanyak 786 kali. Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separyh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama'at Tabligh di Nizamudin. Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dikalangan mereka sujud kepada kubur seperti didalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka. Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi, dimanakah yang dikatakan dakwah kepada La Ilah illa Allah? Di celah-celah itu semua Allah tetap memberikan kurnianya kepada muslimin India yang begitu ramai itu. Sebelum beberapa dekad yang mutakhir, benua India pernah menjai pusat terbesar perkembangan ilmu hadith, hampir dua kurun lamanya. Pengasas utamanya ialah al-Iman Shah Waliyullah al-dahlawi (1114-1176 hijrah). Di India beliau digelar Markaz al-Asanid fi al-Hind iaitu pusat sanad-sanad hadith di India. Sesiapa yang berminat dengan kisah sanad hadiyh di India, dia patut membaca al-'Anaqid al-Ghaliyah min al-Asanid al-'Aliyah karya Maulana Muhammad 'Asyiq Ilahi al-Barni al-Mazhahiri. Kitab ini menghimpinkan sanad-sanad para ulama Deoband sehingga ke Al-Iman Shah Waliyullah al-Dahlawi. saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith. 'Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu'asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Makkah. Hasilnya, kami dapat bertemu, menziarah, mengambil manfaat daripada beberapa ulama hadith India. Kami sempat membaca Risalah al-Awail, petikan dari kitab-kitab hadith dihadapan mereka serta nasihat-nasihat yang berguna. Juga mereka mengijazahkan sanad mereka. Antaranya, sanad daripada anak pengarang Faidh al-Bari syarah Shahih al-Bukhari, Maulana Anzar Shah iaitu anak Anwar Shah al-Khasmiri. Salah satu sanadnya daripada al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah muhaqqiq yang sangat terkenal. Juga sanad daripada Maulana Zainul 'Abidin al-A'azami, yang diambil daripada tokoh hadith yang terkenal, al-Syeikh Habib al-Rahman al-A'azami. Juga beberapa sanad yang lain. Namun begitu, perlu diperingatkan bahawa sanad hadith pada zaman ini, pada hakikat, tidak diperlukan lagi. Para penulis kitab-kitab hadith seperti al-Iman al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, Ibn Jarud, Ibn Sakan dan lain-lain telah pun menyatakan sanad mereka. Kajian para perawi hanya setakat mereka sahaja. Selepas itu tidak diperlukan lagi. Ulama di India sendiri menganggap pemberian ijazah sekadar suatu cara tradisi dan sekadar mengharapkan keberkatan pertemuan dengan guru sahaja. Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis didalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Ini adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya. Alangkah baik sekiranya dunia pondoknya diluaskan. Dia patut belajar cara mengutip manfaat daripada semua tokoh seperti Al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah yang berguru dengan al-Syeikh Syakir, juga al-Kauthari, sekali pun kedua gurunya itu tidak sehaluan. Bacalah Imdad al-Fattah karangan murid Abu Ghuddah yang meriwayatkan hal gurunya. Di India saya tinggal Dar Ulum, Deoband juga Dar Ulum, Lucknow tempat maulana Abu hasan 'Ali al-Nadwi. Deoband agak begitu traditional tetapi pengajiannya patut disanjung. Al-Syeikh Rasyid Redha pernah menziarahi Dar Ulum Deoband dan memujinya. Begitu juga al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dar Ulum, deoband berjasa dalam memerangi golongan khurafat dan bid'ah terutama golongan penyembah kubur. Untuk menghadapi dakwah ulama deoband maka ahli bid'ah dan khurafat di India menyatakan mereka berada atas sunnah dan menuduh para ulama Deoband sebagai wahabi. Walaupun Dar 'Ulum Deoband itu kuat bermazhab Hanafi sedang al-Syeikh Muhammad bin 'Abd Wahab seorang yang bermazhab Hanbali. Tujuannya hanya mempertahankan khurafat dan bid'ah mereka. Para ulama Deoband bangun membela diri mereka, sekali gus membela al-Syeikh Muhammad bin 'Abd Wahahhab, sekali pun tiada hubungan antara mereka dengannya, kerana mereka tahu tokoh berkenaan dizalim dan difitnah. Sesiapa yang inginkan pendetilan sila baca Dar 'Ulum Deoband, keluaran Akedemi Syeikh al-Hind. Ditempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi'i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakkan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi'i, tidak pernah pun disebut al-Iman Muhammad bin Idris al-Syafi'i r.a. Bahkan dikalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith. Lebih dahsyat lagi, ada yang tidak pernah tengok teksnya dalam bahasa Arab. Pun begitu segala amalannya disandarkan kepada iman yang mulia itu. Dalam masa yang sama sesiapa sahaja yang menegur amalan turun-temurun, sekalipun dengan menggunakan nas dari kitab al-Iman al-Syafi'i sendiri akan dituduh wahabi. Seakan Muhammad bin 'Abd Wahhab itu pengasas satu mazhab baru. Saya sendiri, dalam beberapa hal dituduh wahabi. Sedangkan saya buka keluaran univesiti di Saudi, saya belajar di Jordan. Saya mengajar di tempat saya Dewan al-Iman Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Fekah Mazhab al-Syafi'i. Saya bermazhab Syafi'i, tetapi secara insaf bahawa pendapat yang paling kuat dan kebenaran itu sendiri tidak hanya terkurung dalam satu mazhab sahaja. Kita patut melihat dalil dari semua mazhab. Ini bukan ajaran Muhammad bin 'Abd Wahhab sahaja, tetapi itulah tunjuk ajar serta arahan semua iman-iman mazhab. Malangnya dalam hal ini kita dituduh sebagai wahabi. Kalaulah sungguh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab itu mengasaskan mazhab, saya secara peribadi tidak sudi untuk mengikutinya. Ini kerana iman-iman yang lain dalam feqah jauh lebih hebat daripadanya. Al-Albani sendiri menyatakan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab itu tidak begitu mantap dalam menghukum hadith dan menyimpulkan persoalan fiqh. Dia sebenarnya pejuang akidah. Pada zamannya dia adalah pejuang yang menghapus khurafat dan syirik serta menegakkan aqidah yang bersih. Banyak buku ditulis mengenai jasanya, antara apa yang ditulis oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat. Saya menziarahi tempat Maulana Abu hasan 'Ali al-Nadwi. Dalam hayatnya, beliau adalah seorang tokoh ilmu dan dakwah. Univesitinya bercita-cita menghimpunkan antara unsur traditional dan kemodenan. Syiarnya ialah Al-Jam'u baina al-Qadim al-Salih wa al-Jadid al-Nafi', iaitu menghimpunkan antara tradisi yang salih dan baru yang bermanfaat. Gabungan ilmu lama dan moden memungkin seseorang muslim hidup dizaman serba canggih ini. Islam tidak boleh digambarkan sebagai agama yang kuno serta ketinggalan zaman. Kemodenan itu sebenarnya milik Islam. Islam mesti hidup di timur dan barat, generasi lama dan baru . Inilah yang hendak ditonjolkan oleh Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi. Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak tanah yang malap, tinggal di dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa Melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama Timur Tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w. itu dulunya lahir dikawasan pondoknya. Apa yang saya lihat juga, para ulama India samada di Deoband atau Lucknow terutama Maulana Abu al-hasan 'Ali al-Nadwi r.a. banyak memuji dan mengambil manfaat daripada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Abu al-Hasan al-Nadwi sendiri mengarang kisah kehebatan dakwah Ibn Taimiyyah. Tokoh-tokoh ulama timur tengah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi pun begitu. Dalam buku kaif nata'amul ma'a al-Sunnah, al-Qaradawi menyatakan Ibn Taimiyyah adalah tokoh ulama yang paling disayanginya dan paling dekat dengan akalnya. Demikianlah sesiapa yang membaca karya dan perjuangan Ibn Taimiyyah pasti akan mengaguminya. malangnya ada di negara mereka yang hidup untuk memusuhi Ibn Taimiyyah dan menfitnahnya. Penulis keluaran pondok Kelantan itupun tidak jauh dari mazhab tersebut. mazhab menghimpunkan maklumat untuk mencerca ulama Islam dan tokohnya. Kita sepatutnya menjadi golongan yang insaf dan tahu menilai jasa tokoh-tokoh kita. Demikian sedikit catatan saya dalam kembara ke India. Semoga Allah meluaskan pengalaman kita dan memberikan pahala perjalanan ilmu. Itulah apa yang telah saya salinkan daripada Dr. Asri, maka saudaralah yang akan menilainya benar atau pun tidak. Jika ada kesilapan cara penulisan saya, harap perbetulkan.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Saya rela disiasat...... Hassan Ali

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menegaskan beliau sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk disiasat serta menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh parti sekiranya didapati bersalah.

Bagaimanapun, menurut beliau, Jawatankuasa Disiplin tersebut mesti melakukan siasatan dengan adil serta telus dan bukannya bersandarkan emosi atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Beliau mengharapkan siasatan itu dilakukan segera secara menyeluruh demi keadilan.

''Percepatkan siasatan kalau saya yang menjadi punca 'kecacatan' parti. Siasat dan kajilah saya. Saya sangat mengalu-alukan siasatan itu dibuat.

''Tetapi, dengan syarat sila kemukakan bukti yang kukuh. Cara siasatan itu dibuat mesti dengan cara yang meyakinkan kita. Bukan dilakukan dengan emosi atau dipengaruhi mana-mana pihak. Mesti dibuat dengan telus. Saya akan terima,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau Loji Rawatan Air, Batu 11 Cheras, di sini hari ini.

Hassan mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan namanya sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan prokerajaan perpaduan.

Ini adalah kenyataan pertama Hassan kepada media selepas mesyuarat khas parti pada 28 Oktober lalu yang membincangkan cadangan Nik Abdul Aziz mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mengulas lanjut, katanya, beliau langsung tidak terkejut atau jauh sekali mahu 'bersikap murung' dengan dakwaan Mursyidul Am Pas itu.

''Sebagai pejuang, 'hati mesti besar'. Bukan bermakna sombong. Perlu kuat ketahanan diri dan inilah waktunya untuk melihat kekuatan diri.

''Jika saya terbukti bersalah dan siasatan itu telus, saya sedia menerima hukuman. Apa saja bentuk hukuman itu saya terimalah. Saya terima kenyataan. Saya anggap teguran Tuan Guru sebagai abang kepada adik. Saya menghormati beliau. Mana-mana jika Tuan Guru ada (berada), saya akan menegurnya dulu. Saya tidak murung atau muram dengan tuduhan itu,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Hassan berkata, Pas Pusat perlu memperluaskan siasatan kepada Pas Selangor dan bukannya tertumpu pada beliau seorang sahaja.

''Saya serahkan pada mereka. Jangan hanya siasatan tertumpu pada 'Hassan Ali' sahaja. Mungkin 'Hassan Ali' dianggap player (pemain). Tapi mungkin ada beberapa lagi individu di Selangor akan disiasat atas pertuduhan 'mencacatkan' parti,'' katanya.

Ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta, Hassan menyifatkan tindakan itu tidak menjejaskan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

''Kalau boleh kita tidak mahu kehilangan satu kerusi pun. Tetapi tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak menjejaskan PKR Selangor. Majoriti (kerusi ADUN) masih milik kita,'' katanya. (Utusan Malaysia)

Jumaat, 30 Oktober 2009

Tuhan Tidak Pernah 'Tinggalkan' Kita...

 "...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."

Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.

"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.


"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.

"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.

"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.

Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.

Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
 
Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.

"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.

"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!

"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.

Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.

Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara.

Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.

Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.

ImageDalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.

Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan s

Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.


"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis
termanggu-manggu.

Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik

kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.
Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.

Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.

Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan
kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.

 Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjukk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.

Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.

"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.

"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.

Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.

Sesat selama sejam
 
Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.

"Abang...kenapa berhenti?

"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi. Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.

Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:

"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
 

"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.

Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.

ImageTiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.

Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan-Nya.

Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.


Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.

Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.

Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.


"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.

Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...

Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.

Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.

Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)
 

Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.

Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.

Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.

Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.

"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.

"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.

Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.


Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.

Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)
 

(Sebarang pandangan dan teguran atau apa saja, tanpa teragak-agak silalah majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )_

Sabtu, 24 Oktober 2009

Perlukah Di Adakan EGM (1)..................

Hari Rabu saya pulang ke Terengganu kerana ada masaalah sedikit, tetapi dalam masa itu saya cuba mencari maklumat dari peringkat akar umbi tentang apa yang berlaku di dalam PAS sekarang ini yang semakin hangat setelah saya menulis isu yang bertajuk...... PAS Dalam Bahaya (1).

Bermacam-macam tohmohan yang saya terima, tetapi saya tidak berasa kecil hati dengan tohmohan yang saya terima. Apa yang saya tuliskan semata-mata kerana sayangnya saya kepada PAS. Walau pun ada tuduhan yang di lemparkan yang saya bersikap ke Negerian, yang bermaksud saya ini lebih condong kepada PAS Terengganu.

Tetapi saya telah terangkan bahawa didalam PAS tiada sikap berpuak-puak atau bersikap ke Negerian.. Saya sebagai pendokong gerakan PAS tidak memiliki sifat-sifat tersebut. Saya anggap tuduhan itu sebagai komen-komen nakal kerana saya sudah bersama dengan PAS selama 31 tahun.

Apa yang membuatkan saya takjud ialah sikap ahli-ahli PAS yang tidak cepat melatah dengan isu EGM. Apabila saya menanya kepada akar umbi, jawaban yang saya dapat ialah "biasalah". Tiada sikap memprotes mahu pun melahirkan sikap puas hati walau pun mereka tahu ada cubaan untuk menjatuhkan TGHH dan pimpinan dari Terengganu.. Tidakkah saudara merasa pelik dengan situasi begini?

Ramai para blogger terlalu beria-ria agar TGHH dan kumpulan dari Terengganu di singkirkan dari peringkat pusat. Yang menghairankan saya, kenapa sesetengah blogger bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan TGHH. Macamlah esoknya langit akan runtuh. Adakah  mereka memikirkan  akan kesannya jika ianya benar-benar berlaku.

Janganlah jadi seperti pepatah melayu 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya'. Apakah mereka mengira kerana ianya pernah berlaku didalam PAS semasa era Datuk Asri maknanya dengan peristiwa tersebutlah mereka berhujah.

Sedangkan mereka tidak mengira apa yang akan berlaku sekarang ini tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman Datuk Asri. Impak yang PAS akan alami pasti akan lebih besar lagi, kerana pengaruh yang ada pada TGHH tidak sama dengan Datuk Asri.

Jangan kita fikir untuk hari ini sahaja, tetapi fikirkanlah kesannya pada kemudia hari.Apabila saya menyatakan tentangnya pasti ada yang tidak senang hati kerana ia melibatkan kepentingan peribadi.Mungkin ada yang mengatakan sifat kenegerian saya masih tebal............. Apa yang dapat saya katakan ............... anda silap.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Muktamar Khas : Siapa Dalang Yang Sebenar................

EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam lipatan yang berada didalam PAS kerana TGNA telah memudahkan agenda politik mereka.

Di sini saya ingin mengajak saudara mengimbas kembali apa yang telah berlaku di Selangor selepas Pakatan Rakyat mendapat majoriti mudah untuk Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Saya meminta saudara berfikir secara waras apa yang sebenarnya berlaku.

Apa yang saya tulis ini tidak bermaksud membela sesiapa atau pun atas sikap kenegerian. Ianya semata-mata hendak mencari kebenaran agar PAS tidak diperlekehkan oleh musuh-musuhnya.

Kita tinggalkan dulu tentang perjumpaan 3 pemimpin PAS bersama Pak Lah dan Khir Toyo. Ini kerana perkara tersebut telah diketahui umum dan telah diulas panjang lembar oleh ahli politik dan juga para blogger ala parpukari.

Isu ini muncul kembali setelah Dr. Hassan Ali memecat Y.B. Khalil Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Dari situlah bermulanya segala kritikan demi kritikan terhadap Dr. Hassan Ali bermula..

Daripada isu rampasan minuman keras hinggalah kepada isu Selcat. Siapakah yang membesarkan isu tersebut dan kemudiannya menyembunyikan diri di belakang TGNA. Jangan kata hendak menyokong tetapi mereka menghentam dan menentang segala usaha Dr. Hassan Ali.

Siapakah Khalil Samad sebenarnya? Siapa pula anggota IRC yang baru pulang belajar dari luar negara dan cuba menubuhkan Parti Negara Islam yang tidak lulus pendaftarannya, lalu mereka bertanding diatas calon bebas?

Sebelum hariraya Aidul Fitri, beliau ada menyatakan yang beliau akan mempelawa abangnnya agar menjadi ahli PAS apabila pulang berhari raya bersama keluarga di Johor.

Apakah kita lupa akan jawapan yang diberikan oleh Datuk Sharir Samad tentang adiknya didada akbar bahawa Y.B. Khalil lebih sesuai berada didalam Umno daripada berada didalam PAS. Kerana perjuangan adiknya lebih mirip kepada Umno.

Apakah Datuk Sharir saja-saja buat andaian tanpa mengkaji mahu pun melihat corak perjuangan adiknya itu. Sedangkan beliau bukan calang-calang ahli politik yang sanggup melepaskan jawatan sebagai MP dan bertanding semula sebagai calon bebas di Parlimen Johor Bahru, dan beliau menang.

Dengan isu-isu yang dibawa kemudian menyembunyikan diri maka para bloggerlah yang menolong beliau menjadi lidah tidak rasmi beliau. Oleh itu anda sendirilah yang menilainya betul atau salah apa yang saya katakan.

Yang amat malang bagi blogger-blogger yang mengaku sebagai ahli PAS tetapi corak penulisan lebih kepada cara Umno dan PKR. Mereka sudah menjadi seperti blogger upahan dalam menghentam PAS, jika inilah caranya lebih baik letakkan saja logo BPN kat  blog masing-masing.

Seperti yang selalu saya katakan......... blog aku, ikut sukalah apa yang hendak aku tulis. Jika anda mengaku sebagai blogger PAS, tidakkah telah ada garis panduan yang telah dicatatkan didalam Al-Quran.Bagaimana hendak menulis, bagaimana hendak kritik dan bagaimana memanggil nama seseorang.

PAS Dalam Bahaya : Saya Titipkan Komen Saudara Husin,,,,

Patah tumbuh hilang berganti. apa yang berlaku adalah akibat wala' yang keterlaluan, sehingga tidak mampu membezakan di antara intan dan permata. sehingga terpaksa tgna "masuk campur'.

mereka tidak dapat melihat ke mana pas cuba dibawa dengan urutan2 peristiwa yang berlaku. mereka tidak mampu kaitkan ke mana "kepimpinan ulama tercabar" hendak membawa pas. mereka hanya jadi penumpang bas yang setia tanpa mampu memperdulikan cara tidak beretika pemandu. mereka tidak ambil kisah cara memandu yang boleh memudaratkan orang ramai. peduli apa sedangkan kemudaratan yang boleh menimpa mereka pun mereka tidak sedar.

peduli apa pemimpin berbohong dalam isu "pertemuan dalam gelap". peduli apa penipuan "dipersetujui majlis syura ulama". akibatnya pas terengganu bersesak2 di jalan raja laut. "orang2 lama" berlonggok di jalan raja laut. pandangan hati sudah jadi kabur kerana termakan racun wala' dari "kepimpinan ulama" yang dipertahankan dengan cara penipuan.

racun wala' telah berjaya melalikan sehingga tak kelihatan bahawa ulama akan mencemari 'kepimpinan ulama'. tak kelihatan ulama tidak faham "konsep kepimpinan ulama". presiden dan timbalan presiden mesti ulama. mereka terikut2 rentak tarian ulama kerana tarian itu akan menjaminkan mereka ke syurga!

menolak pandangan mursyidul am, tindakan pertama oleh 'kepimpinan ulama', mesti dipatuhi. kritikan mursyidul am usah dilayan malah perlu dibakulsampahkan. peringatan almarhum fadzil noor mesti diketepikan. "wawasan" 'kepimpinan ulama' selepas muktamar ke 55 dijunjung.

inilah kepimpinana yang ada pada hari ini. lahir dari pil wala' yang diedarkan menjelang muktamar ke 55. sejauh mana kesan pil ini akan terserlah pada muktamar khas nanti, jika diadakan. hubaya, hubayalah!

jangan salahkan pemimpin. salahkan diri anda yang telah memilih pemimpin. bukan dengan sukarela dan di atas kesedaran sendiri. kerana sanggup menelan bulat2 pil wala' yang "diberi". teruslah berkhayal dan pertahankan "kepimpinan ulama tercabar"!

pandangan orang bukan politik jangan dilayan. mereka tidak layak walaupun kerana mereka ahli akademik. lihat sahaja respon hebat, canggih, berilmu dari orang politik seperti ketua penerangan pas. bak kata tuan ibrahim, mereka tidak tahu apa yang berlaku dalaman dan hanya melihat dari luar. lalu pandangan mereka adalah selekeh sekali.

pedulikan persepsi pengundi kerana pas tidak mengharapkan undi mereka. pas ada Allah, jika kita ikhlas, Allah pasti tolong pas.

"Pada pendokong PAS, tindakkah anda terfikir kenapa apabila PAS melakukan sesuatu maka semua pihak terlalu seronok melanyak, tetapi tidak pada PKR dan DAP. Dimana dasar perjuangan saudara sebagai pendokong PAS."

maafkan saya. kita perlu perbetulkan rumah tangga kita dulu sebelum boleh tegur orang lain. dalam keadaan rumah tangga sendiri berserabut, teguran kita akan diperlekehkan. ia akan hanya seperti air ke daun keladi.

lagipun, tidakkah pas mempunyai cita2 politik untuk menggantikan umno di persada politik tanah air? sekiranya tidak, baik pas join kumpulan2 dakwah yang lain dan tinggalkan politik.

Sudah tentu pas bercita2 begitu sepertimana luahan presiden "pas kerajaan yang ditunggu". apabila memberi label "pas kerajaan yang ditunggu", maka sewajarnyalah pas bergerak ke arah itu. teguran pendokong pas terhadap pas menunujukkan mereka lebih peka dan faham akan maksud dari "pas kerajaan yang ditunggu".

teguran yang diberi janganlah ditafsir sebagai mereka mempertahankan "kemaksiatan". janganlah menghina saudara sendiri seolah2 mereka tidak tahu islam. semua orang islam akur arak itu haram. termasuk orang umno. yang memberi lesen penjualan arak tanpa kawalan. apa yang dilhat adalah tindakan2 yang menolak persefahaman dan setiakawan yang memberi persepsi negatif kepada pas keseluruhanny, bukan sekadar pas selangor. janganlah bertindak semata2 ego demi menolak tuduhan yang dilemparkan ke atas pas perak, mengikut telunjuk dap. siapakah yang membuat tuduhan tersebut?

mereka bukan menjadikan apa yang berlaku di selangor sahaja sebagai hujah untuk menegur pas. apa yang berlaku di selangor ada kaitan dengan kejadian sebelumnya, yakni selepas pru 12. pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin. mereka melihat ia seolah2 kesimbanguan tindakan kepada muzakarah yang tidak mampu dilenyapkan apabila timbul pula kerajaan perpaduan. rentetan peristiwa2 inilah yang mendorong mereka menegur pas

tindakan mereke menegur pas adalah kerana sayangnya mereka kepada pas. bukan kerana benci. benci hanya kepada tindakan2 yang dilakukan yang tidak sedikitpun mencerminkan pas benar2 ikhlas dengan "memperkasakan pakatan rakyat". dengan "pas for all". ia boleh menimbulkan keraguan kepada pengundi yang sudah mula mendekati pas. keraguan pengundi terhadap pas telah diekplotasi sepenuhnya oleh seteru pas yang sentiasa menanti2kan "kelemahan" pas.

pas dilihat tidak mampu menggunakan "kekuatan" yang ada padanya. yang teruk, pas tidak mampu menyembunyikan "kelemahan"nya. di mana perginya "swot"?

sekadar persepsi saya, yang sentiasa boleh disanggah. kalau pas "kerajaan yang ditunggu", ia mestilah dengan kekuatan pas sendiri bukan kerana perpecahan dalam umno seperti yang berlaku di terengganu. pas tidak perlu menahan lukahnya "pas keraajaan yang ditunggu" di pergentingan "perpecahan umno. anggaplah itu satu 'hadiah' dari Allah swt untuk memantapkan lagi pas. gunakanlah dia dengan sebaik mungkin dengan penuh bijaksana bukan dengan rasa syok sendiri.

terengganu adalah satu pengajaran. pas tidak mampu mengambilalih kerajaan negeri pada dua pru selepas berjaya menang besar pada 1999. pas tewas pada 2004 dan 2008. pas political players afiled to recapture terengganu for whatever the reasons. for reasons known to them. for reasons known to the voters.

mereka yang sama kini bersesak2 di jalan raja laut. apakah ia tidak akan sedikitpun menjejaskan pas di mata umum? lebih2 lagi dengan rentetan2 peristiwa yang berlaku sejak "pertemuan dalam gelap"? the same political players who failed to recapture terengganu state are now in pas hq. persepsi ramai adalah "cara" pas terengganu kini menjadi "cara" pas pusat.

jangan pula cepat menuduh saya benci pas terengganu. ingat pepatah melayu, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga." perhatikan sendiri akan ucapan2 mereka serta cara mereka bertindak.

pemimpin tidak boleh menggunakan "Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya" apabila berhadapan dengan ahli2.

"Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya", sewajarnya menjadi pegangan dan peringatan kepada pemimpin di sepanjang perjuangan.

wallahu'alam.

Muktamar Khas : Benarkah Telahan Saya PAS dalam Bahaya..........

Kerana sayangkan PAS kita terpaksa meluahkan walau pun ia pahit, akan ia tidak dapat dihancurkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka sentiasa mencari ruang yang ada untuk memasukinya walau sebesar lubang jarum.

Apa bila Tuan Guru Nik Aziz minta satu muktamar khas, maka apa yang saya telahan didalam PAS hampir tepat. Mungkin kerana kekedilan kita yang membuatkan orang tidak mengambil perhatian. Bila TGNA yang bersuara, maka ramailah yang memukul gendang.

Saya agak setuju apa yang telah dikomenkan oleh saudara Husin dalam tulisan saya yang bertajuk.... PAS Dalam Bahaya 3.Adakal apa yang berlaku didepan mata kita pun kita tidak nampat, dan kita hanya mengetahuinya selepas ianya menjadi sejarah.

Sayangi PAS........ sekira nya kita mengaku sebagai pendokong perjuangan Islam. Bagi perjuangan Islam, tiada sikat berpuak-puak mahu pun sikap kenegerian. Itu semua adalah lebih kepada sikap seperti Umno iaitu Assobiah.

Apakah selama hampir 60 tahun kita dalam gerakan Islam, langsung tudak mematangkan kita dalam politik Islam.Dan membiarkan kita digolek kesana kemari tanpa apa-apa yang dapat kita lakukan.

Sehinggakan TGNA besuara baru kita membuka mata sedangkan TGNA sendiri pun mempunyai beban yang berat untuk diselesaikan. Jadi ....................... kita ini siapa,

PAS Dalam Bahaya ( 3 ).......................

Seteleh melihat kritik-kritik yang bertubi-tubi terhadap pimpinan PAS dan yang terbaru dari Prof. Aziz Bari, sememangnya PAS telah memasuki phasa tersebut. Saya melihat teguran daripada Prof.Aziz Bari lebih bersikap mengingatkan.

Di dalam PAS tidak dinafikan bahawa ada gunting dalam lipatan, yang telah berjaya menyuntik jarumnya. Mereka telah berjaya duduk sebaris dengan pimpinan apatah lagi sudah bergelar Y.B dan MB. Negeri yang paling diberi tumpuan adalan Selangor kerana itulah tapak awal mereka dan juga sekarang.

Mereka mula betul-betul aktif setelah memdapat jawatan yang kebanyakkan bertaraf MP kerna itu adalah sasaran mereka yang lebih mengidamkan kerajaan pusat daripada daripada kerajaan negeri.

Saya melihat isu ini beleh dikatakan bermula apabila Dr. Hassan Ali melakukan sedikit pembersihan didalam diperingkat Perhubungan PAS negeri Selangor. Dari situlah bermulanya isu-isu yang remeh diperbesar-besarkan.

Ini tidak bermaksud saya menyokong membabi buta dengan tindakkan Dr. Hassan Ali dan saya tahu pasti ada yang tidak senang duduk dengan apa yang saya katakan.

Seandainya saya menyebut nama beliau pasti saudara akan mengimbas kembali apa yang terjadi setelah beliau di turunkan oleh Dr. Hassan Ali. Dan pada pandangan peribadi saya tindakan Dr. Hassan Ali itu ada kebaikkannya.

Pada pendokong PAS, tindakkah anda terfikir kenapa apabila PAS melakukan sesuatu maka semua pihak terlalu seronok melanyak, tetapi tidak pada PKR dan DAP. Dimana dasar perjuangan saudara sebagai pendokong PAS.

Dimanakah kedudukkan sebenar PAS didalam Pakatan Rakyat....... Adakah sebagai barua atau hamba. Bagi gunting dalam lipatan ini,, wa'lanya lebih kepada PKR daripada PAS sendiri.

Oleh itu sekiranya anda lebih senang bersama dengan PKR, maka dipersilakan meninggalkan PAS secara terhormat. Bukannya cara era 80an dahulu dan ambillah title MP dan Y.B walaupun menang diatas tiket PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular