Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri memperkenalkan calon Umno-Bn Tuan Aziz Tuan Mat, Umno seolah-olah cuba mempermainkan Pas. Itulah politik cara Umno-Bn yang lebih mengutamakan duniawi dalam memperkatakan tentang calon yang bertanding di Manek Urai.
Hinakah seorang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual ikan. Apakah modal yang akan dijaja kan ialah Pas sudah ketandusan pemimpin hinggakan terpaksa mencalonkan seorang penjual ikan. Tengoklah calon Umno-Bn.......... seorang yang berpendidikan tinggi, jawatan pun pengurus Kesedar dan nama pun sama dengan Menteri Besar Kelantan.
Apalah ada pada nama kalau amalan tidak ke mana perginya. Walaupun beliau seorang penjual ikan tetapi penduduk Manek Urai kenal hati budinya, akhlaknya dan amalnya. Apakah Umno menjangkakan yang mereka akan berjaya merampas dun Manek Urai yang telah dimenangi oleh Pas selama 5 penggal dan Umno-Bn hanya memenanginya pada pilihan raya umum ke 11. Itu pun kerana rakyat tertipu dengan gelaran "Mr Clean" Tun Abdullah, Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi akhirnya tersungkur pada PRU 12 setelah rakyat mengetahui betapa bersihnya Perdana Menteri yang disayangi itu. Bukan sahaja rakyat Malaysia sahaja yang menghukumnya tetapi termasuk ahli Umno yang memaksa beliau bersara awal.
Daripada apa yang tersurat dan tersirat didalam ucapan TPM tersebut lebih kepada memperlekehkan calon daripada Pas. Penjual ikan........... yang sebenarnya adalah seorang seorang pemborong ikan ataupun nama hormat yang dipanggil di sebelah pantai timur ialah " Dagangan".
Sebenarnya dari kenyataan TPM itu di majlis penamaan calon yang dihadiri puluhan ribu penyokong Umno-Bn, telah banyak memberi kelebihan kepada calon Pas 'Si penjual ikan' dengan kredit pengundi atas pagar. Telah timbul sedikit sebanyak sokong simpati terhadap 'Si penjual ikan' tersebut. Terima Kasih dan tahniah buat TS Muhyiddin di atas kredit yang beliau bagi kan kepada calon 'sipenjual ikan.
Bolehkah Umno-Bn menjaja nama DS Najib sebagai Perdana Menteri untuk kempen pilihan raya kecil Manek Urai. Siapa yang tak kenal DS Najib yang memang cukup terkenal melebihi Tun Razak. Pergi ke ceruk mana pun nama beliau cukup dikenali oleh rakyat jelata. Betapa gahnya nama beliau anak kepada Tun Razak.
Najib yang satu....... itulah gelaran yang diberikan....... pemimpin yang turun padang untuk melihat rakyat jelata. Sama-sama bersama rakyat jelata menunggu komuter untuk merasai sama keperitan rakyat. Itulah yang dijaja kan oleh media arus perdana yang memang terkenal dengan sikap lebih kuah daripada nasi.
Setelah berpuluh-puluh tahun menjadi menteri dan PM sekarang ini, apakah beliau tidak pernah turun padang secara ikhlas dengan tanpa kehadiran pemberita. Semuanya adalah untuk publisiti murahan beliau dalam usaha mengalihkan perhatian rakyat terhadap skandal-skandal yang tidak terjawab oleh beliau. Apatah lagi dengan perangai lama beliau iaitu suka mendiamkan diri dari menjawab soalan-soalan pemberita.
Kerana sebelum ini beliau sentiasa tidak pernah merasai semua itu, pergi ke pejabat di iringi oleh polis, jalan yang akan beliau lalu akan ditutup, pergi melawat negeri-negeri dalam negara naik helikopter atau kapal terbang khas. Mana penuh naik bas espress atau kalau dulu bas mini.
Apakah segala yang beliau lakukan dapat mengemgelangkan nama beliau yang penuh dengan skandal yang masih lagi belum terjawab. Satu sejarah di dalam dunia IT ini, seorang PM tidak mendapat sambutan tahniah daripada para pemimpin-pemimpin dunia. Tidakkah itu satu perkara yang amat memalukan apabila nama PM tenggelam dek kerana terlalu banyak skandal yang memalikkan sekali nama baik negara.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Memang aku cukup geram dengan blog Alhusseyn, bukan selalu tetapi kadang-kadang kalau tulisan dia tidak kena dengan selera aku. Memang kami ...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Tan Sri Robert Kuok terus mempertahankan kedudukkan sebagai rakyat Malaysia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak US$ 12 bilion. T...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan