Salam sejahtera kepada semua perwakilan Pas yang sedang bermuktamar.Muktamar kali ini boleh dikatakan yang paling panas dalam sejarah penubuhan Pas.Kerana banyak media masa nasional yang memainkan peranan dalam menonjolkan calon-calon pilihan mereka.Satu perkara yang jarang berlaku kepada Psrti Islam terbesar dan tertua di Malaysia.Secara tidak langsung umpamanya Utusan Malaysia telah menolong berkempen untuk calon yang mereka rasa boleh menolong menyambung lagi hayat Umno yang dikatakan semakin menyusut sokongan daripada kaum melayu.
Memang perkara ini telah lama dikesan oleh pihak tertinggi kepimpinan tertinggi Pas.Bagaimana Umno cuba memancing para pemimpin Pas untuk membantu Umno yang telah mula dipinggirkan oleh bangsa melayu sendiri.Ini boleh diterjemahkan dalam PRU12 dan beberapa pilihanraya kecil yang terang-terang telah memalukan parti melayu tertua diMalaysia.Bagaimana pihak Umno telah mula cuba memainkan api perpecahan dikalangan pemimpin-pemimpin Pas.
Segala jentera telah digunakan dalam masa menyambungkan talian hayat yang masih ada.Jentera kerajan seperti SPRM,SPR,kehakiman,PDRM dan juga Raja-Raja Melayu.Daripada slogan "Islam Hardhari" dan yang terbaru " Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Matlamat Diutamakan".Itulah Umno yang sudah kehabisan modal yang cuba meraih simpati daripada Rakyat Malaysia dan bangsa melayu khususnya.Setiap kali pimpinan tertinggi Umno bertukar,maka timbullah bermacam-macam slogan dicanangkan.Tetapi rakyat tetap menghukum mereka diatas apa yang yang telah mereka lakukan dengan sewenang-wenangnya apabila kuasa sudah ada didalam tangan.Penyalahan guna kuasa,mencuri khazanah negara , memperkayakan kaum kerabat dan kroni-kroni mereka dan menganayai rakyak dengan memperkudakan penguatkuasa undang-undang.Banyak perkara yang Umno atau BN lakukan,rakyat tidak dapat memaafkan mereka.
Sekarang ini pula mereka cuba pula untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Pas dan juga Pakatan Rakyat.Mereka menggunakan istilah-istilah ProMuqabalah dan ProEdogan.Kemudian mereka menanamkan jarum mereka dikalangan ahli Pas tentang kepimpinan Ulama yang telah berusia 25 tahun selepas mengambil alih kepimpinan Pas daripada Datuk Asri Muda dab kumpulan 12 nya.Yang mana Pas mula kembali kepada matlamat asal tertubuhnya Pas 55 tahun yang lepas.
Umno mesti ingat akan cintanya ahli Pas kepada parti tidak ada tolak tandingnya selagi Pas tidak lari daripada landasan perlembagaan parti yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis adalah perundangan tertinggi parti.Ahli Pas bukan seperti Ahli Umno yang terlalu taksub kepada seseorang pemimpin.Ini boleh diambil daripada beberapa contoh yang nyata bagaimana ahli Umno keluar parti mengikut Ku Li yang menubuhkan Semangat 46 dan juga DSAI yang menubuhkan Adil yang kemudian didaftarkan kepada Parti Keadilan Rakyat.
Saya tidak melihat ahli-ahli Pas keluar parti secara beramai-ramai apabila pemimpin tertinggi meninggalkan parti.Seperti Datuk Nakahie Ahmad yang pada masa itu adalah Naib Yang Dipertua Pas Pusat.Memang sekarang ini Umno melihat kebanyakkan ahli-ahli Pas taksub kepada seseorang pemimpin tetapi ketaksuban mereka ada hadnya,iaitu selagi pemimpin itu tidak lari daripada landasan parti.
Oleh itu saya mengharapkan agar para perwakilan menggunakan akal dan membuat pilihan yang akan memcorakkan hala tuju Pas.Bukannya dengan menggunakan nafsu dan berita-berita yang memang telah dirancang dengan teliti daripada Umno.Lihatlah sendiri bagaimana Umno bergitu bernafsu sekali didalam Muktamar Pas kali ini.Tidakkah itu adalah satu agenda daripada Umno untuk mengucar-kacirkan Pas.
SELAMAT BERMUKTAMAR YANG KE 55.....
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang nyata. “...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno be...
-
ebuah tanda yang menunjukkan permulaan abad keempat belas hijriyah dan akhir abad kedua puluh dan permulaan aba SUATU PENAFSIRAN YAN...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
SPRM (Skuad Penjaga Rosmah Mansor) Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan ...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan