Translate

Isnin, 24 Ogos 2009

Yang Pasti Umno Sebuah Parti Yang Sesat.

Laporan serangan yang dikira fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.
Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.
 
Kenyataan Mahathir tentang Islam.....

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994, “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
Apakah beliau mengira Al-Quran itu sama dengan buku-buku teks yang ada sekarang ini. Senang-senang untuk mentafsirkan semula untuk didesuaikan dengan keadaan semasa. Dimanakah kewarasan seorang yang mengaku Islam tetapi jahil tentang kitabullah. Al-Quran tidak boleh ditafsirkan mengikut selera pemerintah dalam menghalalkan cara.
Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.
Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.
"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

Kenyataan Mahatdir tentang hukum Hudud.........

Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
Apakah seseorang itu dinamakan sebagai cerdik sekiranya membezakan dengan negara-negara Islam yang lain. Apakah dengan membezakan dengan negara Islam lain maka beliau boleh menilai seseorang itu Islam atau tidak. Apa yang mereka lakukan tentang hukum Allah kerena ianya sudah menjadi satu kewajipan yang tidak boleh dijual beli. Islamnya sesorang yang melaksanakan hukum Allah dengan Islamnya seseorang yang menentang hukum Allah secara total adalah perkara yang akan menilai dimanakah imannya yang mengaku sebagai Islam. 

Apakah beliau menyangkakan umur yang Allah panjangkan terhadap beliau kerana beliau menjaga kesihatannya dengan baik. Apakah beliau tidak memikirkan apa yang Allah lakukan adalah kerana untuk menunjukkan kepadanya, apa yang telah beliau lakukan setelah 22 tahun memerintah secara kuku besi. Sesungguhnya, tangan-tangannya masih lagi basah dengan darah-darah para syuhada yang telah zalimi dan bunuh mereka.

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."
Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.
"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."
Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.
"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.
Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.
"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.
"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."
"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.
Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'
"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."
"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."
Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

Kenyataan Mahatdir tentang Islam menjadi mundur sekiranya....
 
Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
 
Beliau dengan sesuka hati tanpa memikirkan apakah kesannya terhadap kenyataan beliau itu yang melibatkan akidah. Sesungguhnya bertetapan dengan TGNA mengatakan penyokong Umno tidak akan masuk syurga sekiranya mereka masih lagi bersama-sama dengan Umno. Tidak pernah berlaku seorang penganut agama masing-masing menentang apa yang telah di haramkan dan yang dihalalkan oleh agama masing-masing melainkan Umno.

Maka telah nyata lagi terang dengan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno terhadap Islam yang mereka mengakui sebagai penganutnya. Tidakkah para penyokong Umno masih lagi mempertahankan orang-orang seperti ini, yang telah menghina agamanya sendiri.

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".
Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.
Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.
Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. _

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular