Krisis politik yang melanda Kelantan pada tahun 1977 telah menyebabkan Pas mengambil keputusan keluar daripada BN pada tahun yang sama. Punca krisis itu adalah kerana Adun-adun PAS mengambil keputusan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya sendiri, Dato' Mohamad Nasir, yang dikatakan begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno.
Adun-adun Umno menyokong Dato' Mohamad Nasir dengan menentang usul tersebut. Tetapi, akhirnya usul undi tidak percaya itu diluluskan kerana PAS masih menguasai Dun Kelantan pada waktu itu. Dengan lulusnya usul undi tidak percaya itu, Dato' Mohamad Nasir dengan sendirinya tersingkir dari jawatan Menteri Besar Kelantan.
Tetapi, oleh kerana PAS gagal membentuk kerajaan baru kerana pihak istana tidak dapat menerima calon Menteri Besar dan barisan ahli Exco yang dikemukakan oleh PAS maka timbullah krisis politik yang sukar diatasi.
Para pemimpin Umno tempatan meneruskan usaha mereka dengan cara apa sekali pun untuk menguasai negeri Kelantan dengan menggunakan pengaruh peribadi Dato' Mohamad Nasir yang di anggap 'clean' atau bersih itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan di bandar Kota Bharu yang menyebabkan perintah berkurung diisytiharkan di ibu negeri Kelantan tersebut.
Rusuhan kecil itu berlaku selepas para penyokong Umno dan anak-anak muda yang dibawa dari kampung ke Kota Bharu mengadakan tunjuk perasaan dan perarakan secara haram dari Padang Merdeka ( Padang Bank ) menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan (yang sekarang ini menjadi pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu). TGNA mungkin mengetahui perkara yang sebenar.
Para penunjuk perasaan itu bertindak liar dan mengganas apabila Polis Simpanan Persekutuan menghalang mereka daripada meneruskan perarakan menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Akhirnya, penunjuk-penunjuk perasaan itu berundur dan bersurai sambil membaling batu dan kayu ke arah kedai-kedai cina di sekitar perhentian teksi dan dikawasan-kawasan tertentu.
Tetapi, yang anehnya rumah dan kediaman Adun-adun PAS termasuk kediaman Timbalan Menteri Besar turut menjadi mangsa kepada keganasan para penunjuk perasaan yang terdiri daripada pemuda yang dibawa masuk ke Kota Bharu dari kawasan luar bandar.
Mungkin para penunjuk perasaan itu tidak sanggup dan berani menyerang kediaman Timbalan Menteri Besar di Kubang Kerian itu kalau tiada 'kuasa lain' di belakang mereka. Apakah Umno -BN sudah lupa siapa yang membawa budaya samseng kalau bukan mereka. Sungguh memalukan apabila Umno-BN menyatakan yang PAS telah membawa budaya samseng di Dun Manek Urai. Tolonglah cermin diri sendiri sebelum menuduh orang lain.
Kalau Umno hendak tahu, saya boleh tolong mendedahkan sejarah Umno yang penuh dengan sikap lontar batu sembunyi tangan. Lain kali kalau nak tuduh PAS, Umno patut buka buku-buku sejarah semula.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Semalam saya dihubungi oleh seorang teman sekolah lama yang mahukan kepastian apakah ada kemungkinan akan berlaku lagi tragedi rampasan ku...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan D...
-
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah f...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan